SELEBRITI ALIF SATAR MENGESAHKAN DIRINYA POSITIF COVID-19 SELEPAS MENJALANI UJIAN SARINGAN KALI KEDUA

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ALIF SATAR, ALIF SATAR POSITIF COVID19, ALIF SATAR POSITIF COVID, ALIF SATAR MUZIK-MUZIK, ALIF SATAR KUARINTIN DIRI , ALIF SATAR KENA COVID, INSTAGRAM ALIF SATAR

SELEBRITI ALIF SATAR MENGESAHKAN DIRINYA POSITIF COVID-19 SELEPAS MENJALANI UJIAN SARINGAN KALI KEDUA Selebriti dan penyanyi popular, Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah mendapat keputusan saringan hari ini.Beliau yang kini sedang menjalani kuarantin memaklumkan telah memberikan nama dan kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.Berita itu telah dikongsikan di laman Instagramnya sendiri sebentar tadi.



assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan... p/s alif sekarang menjalani proses kuarantin.






Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. fuhhh..moga tiada kontak rapat yg positif..smga diberikn kesembuhan

    BalasPadam
  2. Terkejut dengar berita ini.moga Allah permudahkan urusan Aliff Satar semasa menjalani rawatan nanti

    BalasPadam
  3. serious terkejut, sebab dia baru lepas perform muzik muzik kan

    BalasPadam
  4. allahu..semoga baik2 saja untuk alif dan keluarga.

    BalasPadam
  5. Semoga Aliff dan semua yang positif covid dipermudahkan urusan dan semoga cepat sembuh seperti sediakala..

    BalasPadam
  6. aduh, get well soon :( penyakit ni mmg tak boleh nak habis selagi tak ada vaccine kan

    BalasPadam
  7. Semoga dipermudahkan dan semoga pandemik beransur pulih

    BalasPadam
  8. Harap-harap tak menular la di kalangan rakan artis. Boleh tahan ramai gk di stage SFMM tu

    BalasPadam
  9. Semoga Alif dan mereka yang disahkan positif terus kuat dan sabar.Harap keputusannya negatif selepas 14 hari. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Aaminn

    BalasPadam
  10. semoga dia cepat sembuh dan semoga Allah lindung kita semua sentiasa..

    BalasPadam
  11. semoga beliau cepat sembuh

    BalasPadam
  12. kesian juga ye..

    semoga semuanya selamat dan dalam lindungan Allah

    BalasPadam
  13. allahu kesian aliff satar , sebaik isteri dgn anak negative

    BalasPadam
  14. tak semua minta jd begini.. yg kecam dia tutak fikir dosa ke.. hmm

    BalasPadam
  15. Bagus aliff satar ni antara artis yg baik dan sopan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan