Bawal Printed LeeyanaRahman MonoClaire Series | Code Anna

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Bawal printed LeeyanaRahman, bawal monogram LeeyanaRahman, tudung LeeyanaRahman, bawal MonoClaire LeeyanaRahman

Tambah collection tudung lagi . Kali ni bawal printed dari LeeyanaRahman . Edisi MonoClaire design-design monogram juga . Jatuh hati pada corak monogram LR ni . gabungan warna pun memikat mata CCL tau .. perempuan kan , selagi tak beli selagi tu la akan buka tengok sehinggalah tekan proceed checkout .  Sebenarnya dari sebelum tarikh release haritu lagi memang dah aim tudung monoclaire design ni . Elok-elok jer release terus proceed checkout . Hahh terus rasa bahagia . Haaaa .. 

Material tudung kali ni memang sangat best menggunakan material dari chiffon velvet . Awning senang bentuk . Material tak jarang , berat dah sangat terletak elok tau . Kualiti design printed ni pun sangat fall in love . Macam biasa hujung tudung ada signature dan tagging dari brand LeeyanaRahman . Keluaran kali ni baby seam pada kekemasan tepi tudung . Bukan laser cut tau .. 

Selain dari material tudung chiffon velvet yang memukau tu , ia juga hadir dengan packaging yang ekslusif iaitu hadir dengan ziplock bag . Paling best bau tudung ni luxurious scent tau .. bau wangi ..bau ala-ala orang kaya .. bidang tudung ni macam biasa 45 .. 

Edisi MonoClaire ni ada lagi design lain . Semuanya cantik-cantik . CCL idok laa nak memborong semua , kang tak sempat nak memakai haaa .. Design yang CCL beli ni MonoClaire code Anna ..

U guys yang berkenan design ni pergi checkout dekat LeeyanaRahman , atau boleh beli dengan agent-agent diorang di platform media sosial 





Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Wah cantik nanti klu berkenang dgn minaz boleh wasap rabia ya

    BalasPadam
  2. Saya ada juga design monogram seperti ini , tapi dari brand lokal sini Buttonscarves. Sukaa sangat. Tapi Waktu itu ada dikasih hijab dari Malaysia oleh mummy ayu, dan saya suka bahannya. Yg penting mudah dibentuk 😄. Jadi nanti nak juga beli hijab sana kalo ke KL lagi

    BalasPadam
  3. Alaaaa..cantik la yang corak ni

    BalasPadam
  4. Saya pun dah mula pakai tudung bawal. Ringan dan ringkas.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan