Kopi hanya kopi. Penggemar kopi kata kopi ada seni. Eh, yaka? Soal orang yang sebaliknya pula. Siapa kopi, andalah yang tentukannya. Tak kira apa jenis kopi yang jadi kegemaran korang. Kopi O, latte, atau espresso, hari ini adalah masa terbaik untuk nikmati secawan kopi panas. Dari kedai kopi kampung sampai ke kafe hipster, kopi menyatukan kita semua.
Kopi, ibarat kehidupan seharian – pahit pada awalnya, namun kita teguk dengan tenang, perlahan-lahan hingga ke akhirnya. Setiap hirupan membawa kita kepada pelajaran baru – menghargai keindahan di sebalik setiap kepahitan.
Namun, manisnya kopi kerana gula kadang-kadang merosakkan rasa asli kopi, sepertimana dalam hidup, kemanisan berlebihan boleh membuat kita lupa akan kepahitan dan susah payah. Kopi di pagi hari menyegarkan, di siang hari mendebarkan, dan di malam hari mungkin menggusarkan.
Begitulah kehidupan – penuh dengan perubahan dan emosi yang tak terduga, namun tetap kita jalani, kerana di sebalik setiap kepahitan, tersimpan kemanisan yang kita nantikan.Begitulah kehidupan.
10 Ulasan
Selamat menyambut hari kopi sedunia
BalasPadamSaya malah baru tahu ada hari kopi sedunia 🤣🤣. Kalo tahu, dah beli kopi pagi tadi 😅.
BalasPadamhari ni sempat bancuh satu sachet kopi o... letak dalam termos kecik.
BalasPadamhappy coffee day..semalam pagi MA layan cappucino, ptg gatai lagi..americano plak..
BalasPadamSelamat mengopi :)
BalasPadamSemalam minum kopi Sacha Inchi dan Vietnam coffee yang beli dulu :)
BalasPadamKopi ori best.
BalasPadamLama tak minum kopi
BalasPadamperasan juga semalam Hari Kopi Sedunia, kak ana hari-hari pekena kopi CCL addicted dah dari dulu huhu tapi suka kopi o jer :)
BalasPadamBila tiba Hari Kopi Sedunia ada banyak promo kopi. Tapi tulah tak sempat saya nak grab. Sibuk dengan hal lain. huhu... Tapi kalau sempat, mesti grab Kenangan Coffee.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan