Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong Pagi tadi, tengah bersiap nak pergi kerja,  pakai baju dah, tudung dah matching, makeup sikit-sikit pun on. Sampai part akhir perfume.Capai botol perfume, tekan… eh? Tekan lagi… ehh?Goncang… sembur sikit… keluar angin je Barulah CCL tersedar perfume dah habis! ..Rasa macam tak lengkap satu hari tu. .

Hati ni memang dah lama berhajat. Dah siap tengok-tengok dekat Shopee, dah survey review kat TikTok, siap masuk wishlist. Memang plan nak beli perfume baru. Bau pun dah bayang dalam kepala nak bau floral ka, fruity ka, fresh ka… semua nampak best! Survey sampai tak tahu nak pilih mana, akhirnya hasrat nak perfume tu tersadai la sekejap .Setiap kali CCL terpandang botol tu, terus teringat banyak moment. Perfume Paradise pemberian oleh Mak serta Adik Lelaki CCL  sempena birthday CCL tahun lepas . Botol tu dah kosong. Tapi setiap kali nak keluar rumah, tangan automatik masih capai botol tu. Dah tahu tak ada isi pun, tapi tetap buka penutup… macam ada harapan magik keluar setitis terakhir .



Sekarang banyak je perfume murah yang berkualiti. Local brand pun dah makin kreatif. Ada yang inspired by jenama mahal, ada yang bau lembut dan tahan lama. Yang penting, kita kena pandai pilih dan cuba dulu. Kadang perfume bawah RM30 pun buat orang tanya, "Eh, wangi ni… pakai perfume apa?"

Perfume mahal takkan bermakna kalau kita tak yakin. Tapi bila kita rasa yakin dengan diri, walau perfume tu murah kita tetap nampak menyerlah. Pakai perfume bukan sebab nak impress orang. Tapi sebab nak rasa baik tentang diri sendiri. Nak langkah keluar rumah dengan senyuman dan bau yang menyenangkan.

Kadang-kadang,  goncang sikit, sembur… tapi yang keluar cuma hanya angin dan kenangan. Bau dia masih terlekat kat dinding memori. Pernah tak uguys rindu dekat bau? dan ada satu perasaan yang pelik bila kita habiskan perfume, rasa macam kita habiskan satu fasa hidup. Macam penutup pada satu bab cerita. Bau tu mungkin pernah temankan kita masa jatuh, masa gembira, masa nervous nak jumpa orang penting .Tapi realitinya perfume habis, dan hidup tetap kena jalan. Kita boleh beli perfume baru, tapi rasa sayang dekat yang lama tu susah nak ganti.

Sekarang CCL tengah fikir nak repeat beli yang sama atau cuba perfume baru. Dilema biasa orang yang suka perfume setia dengan yang lama atau explore bau baru? 

Uguys pulak macam mana? Perfume dah habis ke belum? Jenis simpan botol atau terus buang? Dan paling penting ada cadangan perfume yang best?


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Bau perfume memang penuh misteri dan memori!
    Adakalanya diri terperangkap dalam kenangan kerana terhidu aromanya!

    BalasPadam
  2. kena add to cart la tu...

    BalasPadam
  3. Cie punya perfume lagi murah tak sampai rm10 beli kat shopee wangi je. Pakai hari2 pi kerja yang mur2 pun ok asal wangi.

    BalasPadam
  4. saya pun pakai perfume local, love letter by flonerch. yg tu bau dia memang wangi n tahan lama
    kadang2 beli perfume murah pun okay je sebenarnya

    BalasPadam
  5. ini macam memang kena masuk cart la hahahahha

    BalasPadam
  6. Betul…perfume local sekarang ni boleh tahan juga pilihannya. Banyak yang wangi dan tahan lama.

    BalasPadam
  7. Saya koleksi parfume. Dari yg murah sampai mahal. Brand lokal, sampai brand luar negara. Krn memang suka. Even saking banyaknya parfume di rumah, saya pakai utk tidur dan setiap mandi walau hanya di rumah 😄

    Ntah kenapa wangi parfume memang bikin mood membaik. Rileks.

    Ada 1 parfume lokal Malaysia yg saya nak beli saat nanti ke KL. LEGENDARY brand nya. Temen saya yg dah coba bilang wanginya tahan lama dan enak banget 👍👍

    BalasPadam
  8. Gawat ni kalau dah habis. Benda penting, kalau tidak tak confident nak keluar. Risau betul kalau badan berbau. Lepas ni kena alert dan get ready stok sebelum kehabisan. Kalau nak kelainan, pilih perfume bau lain. Kalau masih tak tahu nak pilih, beli bauan yang sama je.

    BalasPadam
  9. iyer..beli yg murah2 pun ok je

    BalasPadam
  10. Pakai yg murah saja. Kdg nk wangi kena kerap scrub badan, pakai losyen hehehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan