Unifi Dah Boleh Guna

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Unifi Dah Boleh Guna Hari ni CCL offday, seperti yang dijanjikan , pagi ni ada appointment dengan pihak maintenance Unifi berhubung dengan kes teknikal Unifi CCL yang terputus wayar kable tu . Pagi tadi 10.30 macam tu pihak maintenance Unifi datang check modem dan router Unifi kalau-kalau ada masalah  . Lepas tu barulah diorang pergi check tiang telekom tersebut . 

Ternyata betul, wayar tersebut memang putus dari kotak hitam TM, pihak maintenance ada tanya macam mana tahu wayar terputus , eh takkan laa sengaja nak pergi tarik wayar Unifi tu kan , memang terang-terang nampak wayar tu memang putus, CCL hanya cakap mungkin sangkut lori yang keluar masuk dari lorong tepi tu, wayar pulak tak rendah tak tinggi sangat.  

Kable unifi terputus, kable unifi problem, unifi tak dapat sambungan internet, kable unifi telekom

Alhamdulillah 11pagi masalah tersebut selesai . Modem dan router boleh guna seperti  biasa . Connection internet pun dah ok . Dah tak ada lagi  lampu merah yang bernyala . Tiada sebarang cas yang dikenakan semasa pembaikkan tersebut . 

Alhamdulillah settle satu masalah . 



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Yeay boleh ber-blogging tanpa halangan hehe

    BalasPadam
  2. pernah gak mengalami perkara yg sama, wayar internet putus sebab tersangkut ngan lori sampah. pastu lori tu bole blah camtu jer..

    BalasPadam
  3. Syukur lah dah selesai masalah internet ini ☺️👍

    BalasPadam
  4. Lega betul masalah selesai.
    Yalah takkan sengaja tarik wayar pula, susahkan diri sendiri.

    BalasPadam
  5. Kalau kerosakan luar mmg takde caj
    Tapi kalau dlm rumah kenalah caj kan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan