Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tahun Pertama Raya Tanpa Dia Masa kecil kita semua mungkin tak merasai, tak pernah faham apa itu erti kehilangan . Masa kecil-kecil kalau kita hilang orang yang kita sayang tambah-tambah lagi salah seorang dalam ahli keluarga kita takkan faham apa . Kita takkan pernah rasa sakitnya kehilangan . Tak perlu nak melawan perasaan . Bila dah dewasa ni perlu pujuk hati , perlu pujuk diri sendiri kena redha dengan apa yang berlaku.  Difasa dewasa ni lah , CCL mula belajar erti kesakitan, erti kehilangan . Sakit dengan pemergian orang tersayang , hilang orang tersayang di muka bumi . Hanya memori melalui cebisan gambar dan juga beberapa video hanya untuk tatapan melepaskan kerinduan . Berat hati rasanya .. 


Tahun ni tahun pertama raya tanpa arwah wan  . Raya tahun ni dan tahun-tahun akan datang memang dah takkan lengkap seperti sebelum-sebelumnya . Gambar kat atas, antara moments raya 2024 yang terakhir beraya dengan arwah wan . Tahun ni tiada lagi susuk tubuh arwah wan duduk di kerusi kayu menunggu anak cucu menantu untuk salam bermaafan . Bermula pada tahun ni juga la beraya tanpa susuk tubuh seorang tok & tokwan sebelah mak dan sebelah ayah CCL . Semuanya dah pergi menjemput illahi . 


Pusara arwah tok . Dah dua tahun raya tanpa arwah tok 


Ni pula pusara arwah tokwan CCL , tahun ni 2025 tahun pertama raya tanpa arwah tokwan . 

Pusara arwah tok dan tokwan sebelah ayah CCL . Pusara satu lorong yang sama , selang satu pusara sahaja . Senang nak dicari . 

Betul lah orang cakap salah satu perang  yang paling kuat adalah melawan  kerinduan pada seseorang .  Rindu pada yang telah pergi dan takkan kembali lagi.  

Selamat hari raya arwah tok & tokwan 
Al-Fatihah 



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Saya pun dah berapa tahun beraya tanpa ayah.. Kadangkala apabila teringat, boleh menitiskan air mata.

    BalasPadam
  2. Tumpang sedih, CCL. Semoga roh orang-orang yang kita sayang dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aminnn....

    BalasPadam
  3. PH dah hampir 5 tahun yatim piatu :(
    Memang perit sangat bila kehilangan orang tersayang. Hanya Allah yang tahu sakitnya perasaan tu.

    BalasPadam
  4. Al Fatihah buat mereka yg telah pergi meninggalkan kita di Dunia ini. Semoga tenang mereka di sana alam abadi Dan diampunkan segala dosa. Aamin...

    Rindu yg tiada penghujungnya..Selamat Hari Raya CCL..

    BalasPadam
  5. Paling berat memang.... Tak terbayang sedihnya. Saya rasakan saat kehilangan papa mertua dan mama mertua. Sedih sangat. Raya kami jadi tak sama. Dan jadi malas nak mudik.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan