Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Settle Report Teknikal Kable Unifi Entri lepas CCL ada cerita mengenai Unifi kat rumah CCL tak ada sambungan internet, bukan dari masalah pembayaran tetapi wayar kable Unifi terputus dari kotak hitam TM . Gigih la dial TM customer service untuk buat report . Dial 100 bercakap dengan operator tetapi pilihan yang operater tu bagi tak ada untuk bahagian teknikal . Dial pulak number 03-21063001 pun sama juga . Sebelum-sebelum ni memang kalau nak buat report untuk teknikal dial number yang sama sahaja . Mungkin diorang dah tukar sistem CCL tak pasti . So buka apps Unifi la kot- kot dari situ boleh membantu kan .. lama juga laa godek-godek dalam apps tu barulah jumpa .
Terus klik pada Maya Chat - Fibre broadband - Technical enquiry - Chat with live agent . So semasa conversation uguys dengan diorang, uguys kena stay sampai habis conversation . Masa tengah conversation tiba-tiba uguys terkeluar so uguys kena ulang semula step tadi . Pukul 8 malam juga la selesai buka laporan , terima kasih kepada staff Unifi Customer Service yang membantu ,
Setelah selesai , number report untuk rujukan pun CCL dah dapat, tarikh appointment dengan pihak maintenance unifi pun dah dapat , pagi ahad diiorang akan hantar maintenance untuk datang check masalah tersebut .
2 Ulasan
Bagus layanan nya cepat 👍. Masalah internet mati memang mengganggu sangat. Krn kita sangat tergantung dengan itu 😅
BalasPadamCuya kalau bab unifi memang call 100 atau open report dekt website. Kalau kt website senang, tekan2 je dah open report.settle
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan