Report Balai !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Report Balai !  Penghujung Ramadan ni kan, entri menu berbuka pun dah ke laut .. penyakit malas dah datang . Hehe.. bukan apa ada beberapa masalah yang nak kena settlekan . Ujian di 10 akhir Ramadan . Allah uji untuk hambaNya nak tengok kuat atau pun tidak . Nak tak nak kena hadap, kena settlekan . Kadang-kadang runsing bila difikirkan . 

4 hari lepas bila dapat satu berita yang merunsingkan kepala otak CCL, masalah tu terus berlegar-legar tanpa titik noktah . Niat nak tolong tiba-tiba mendatangkan masalah balik . Dah cuba slow talk cara baik, bukan sehari dua tau, CCL bersabar dan bersabar lagi malas sebenarnya nak bergaduh. Bila bergaduh masalah takkan selesai . Bila diajak slow talk cara baik pun tidak selesai juga . Tentang masalah apa yang berlaku antara CCL dan hamba Allah tu, CCL tak boleh nak jelaskan secara terperinci, taknak mengaibkan pihak sana . 


Bila kes ni dah berlarutan, dan bagi side effect negative pada CCL, benda dah bincang tapi tiada penyelesaian , so jalan terakhir adalah balai .. ya memang dah fikir panjang sebab nak clearkan kes ini dan nak clearkan nama CCL so terpaksa bawa kes ni ke balai . Kalau uols tanya kes ni besar sangat eh ?? Tak besar sangat, tapi sebagai nak clearkan nama dan tak nak lagi isu ni berpanjangan.

Bila dah bukak report ni di balai, kena la bagi statement ni dari awal hari kejadian sampailah hari khamis lalu . Terpaksa laa throwback ibarat masuk ke pintu doremon untuk ceritakan kronologi  kes ini berlaku  . Lagi nak kena ingat balik kejadian tersebut berlaku dalam pukul berapa . Memang itu statement yang paling penting . Kena ingat tarikh kejadian, hari, dan waktu . Mujur waktu pergi ni memang tak ada orang, sempat la CCL berceritakan kronologi kes tersebut berlaku . Dan beberapa minit kemudian ada juga orang lain datang .. CCL kalau ramai-ramai ni memang hilang habis la point nak bercakap tu .  

Alhamdulillah 1jam setengah bagi keterangan dekat balai .. harap-harap kes ni berpenghujung . Malas nak fikirkan lagi .. 

Lepas settle buka report di balai , bergegas balik ke office settlekan daily report walaupun sebenarnya dah ada janji dengan kak Lia nak pergi ambil kuih raya. Memang ke sana ke sini lah yerr, 

Doakan segala urusan CCL dipermudahkan.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Semoga dipermudahkan urusan CCL 🤲🏻

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan urusan CCL. Allah uji tanda sayang

    BalasPadam
  3. Semoga dipermudahkan urusan.

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan urusan ccl
    tahun ni puasa dan raya tak meriah bagi rabia. Umi angkat rabia masuk wad

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan