Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis


Menu sejenis-sejenis . Satu menu sayur dan satu menu lauk . Memang tak pandai nak makan banyak-banyak jenis lauk . Ikan goreng wajib untuk ayah CCL .. dah beberapa hari  buat cili potong, letak bawang dan  kicap dan perahkan sikit limau nipis . Nak buat sambal belacan ,terlupa beli belacan walhal dah beberapa kali singgah kedai tetap terlupa nak beli belacan . 

Menu 25 Ramadan 
  • Ikan goreng
  • Labu kuning sayur manis
  • Sambal ayam
  • Cili kicap

Juadah kuih-muih beli di gerai tepi jalan . Malas nak bersesak dengan orang ramai di bazar . Cuma popia bergedil tu sahaja adik CCL yang buat . 

  • Popia bergedil
  • Popia basah
  • Tepung talam
  • Apam puri inti kastard
Alhamdulillah atas rezeki . 


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Lauk-lauk yang menyelerakan. Ikan goreng cicah cili kicap pun sedap.

    BalasPadam
  2. Sedapnya. Lama betul tak makan apam puri.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah sedap2 semua menunya tu.

    BalasPadam
  4. oo.. kuih yang kuning tu nama apam puri.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan