LAUTAN POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


LAUTAN POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI Beberapa minggu lalu viral satu lokasi pemandangan yang sangat cantik terletak di Sungai Petani, Kedah . Memang sudah menjadi kebiasaan ramai setiap kali terdapat satu destinasi baru yang cantik, semua orang akan berpusu-pusu sehingga tidak mahu melepaskan peluang ingin ke sana.


TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Siapa sangka sebuah loji kumbahan yang terletak di Sungai Petani, Kedah boleh berubah menjadi begitu cantik apabila ia dihiasi dengan  pokok keladi bunting yang sedang berbunga kembang sekaligus menarik perhatian orang awam termasuk CCL . 


Bila tengok semua gambar-gambar yang instagramable shot di loji kumbahan tersebut , hati terus meronta-ronta nak pergi sana. Memandangkan jarak dari Perlis ke Sungai Petani tidaklah mengambil masa terlalu lama, so weekend lepas CCL ajak suami ke Sungai Petani . Ramai yang cakap loji kumbahan ni sangat busuk , so nak tahu tahap kebusukkan loji tersebut sekaligus nak bergambar di tepi loji yang tasik ni , gagahkan juga ajak encik suami untuk ke sini . 


Sampai di loji kumbahan ini juga sudah jam menghampiri 5.30 petang . Keadaan cuaca juga amat mendung , syukur juga tak hujan , kalau tidak memang tidak berpeluang lah nak bergambar di sini . Orang Sungai Petani semestinya tahu kewujudan loji kumbahan ni , kalau korang yang travel dan nak singgah ke sini korang boleh sahaja waze " Texas Chicken Sungai Petani" . Ianya terletak betul-betul berhadapan Texas Chicken Sungai Petani .



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Sewaktu , CCL sampai sana , ada juga orang yang sedang bergambar di loji tersebut , mujur tak ramai dapat juga CCL dan suami menyelit di setiap sudut untuk mencari angle yang cantik . Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk . Busuknya sampai melekat ke baju . .betul ke ?  Apabila CCL sendiri yang jejak kaki ke sana , barulah tahu keadaan yang sebenarnya . Bau loji kumbahan ini tidaklah sebusuk sampai tidak boleh bernyawa, bau tu kadang-kadang lalu sepintas lalu dibawa angin . 

Demi mendapatkan gambar yang cantik , ala-ala tengah bercuti di oversea , ku gagahkan juga . 



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Disebabkan keadaan cuaca yang mendung , hasil tangkapan  gambar lautan pokok keladi bunting tidak menghasilkan warna ungu , sebaliknya warna putih ,bunga pokok keladi bunting tidak sebegitu kembang sebab datang pun dah petang kan  tetapi ia tetap nampak menarik untuk dipandang. 



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk

Ada yang cakap sebenarnya loji kumbahan ini bukanlah loji najis , sebaliknya loji kumbahan sisa-sisa kilang yang disalahgunakan . Tempat itu sebenarnya adalah sebuah tasik semula jadi yang telah disalah guna sebagai lokasi pembuangan sisa-sisa kilang berhampiran. Apa-apa pun loji ini tetap nampak menarik untuk dipandang kerana ia ditumbuhi dengan pokok keladi bunting



Lokasi : Loji kumbahan , Jalan bakar sampah Padang Nahu (berhadapan Texas Chicken Sungai Petani)




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Daripada nampak sisa-sisa dari kilang duk nampak macam tu baik juga ada pokok keladi bunting yg dipenuhi atas air tu.. so sedap la mata memandang kan walaupun ada juga bau yang tak berapa best..hehe

    BalasPadam
  2. tempat ni dekat je dengan rumah hehe. tp itulah, bau dia agak busuk. tak sangka pulak tempat ni viral.

    BalasPadam
  3. Cantiknya... mmg tak sangka tempat kumbahan pun boleh jadi cantik. Indah ciptaan Allah...

    BalasPadam
  4. Kalau tenguk gambar, emang nampak enarik

    BalasPadam
  5. Dekat Melaka dulu pun ada pernah sekali viral.. Tapi akhirnya telah dibersihkan pokok-pokok keladi tersebut.

    BalasPadam
  6. Dah ada tarikan kat sini. Banyak bunganya tu yang nampak cantik. Tambah pulak ada macam jeti dan ada pokok kat situ. Ohh busuk tu hanya dibawa angin je lah ye. Okay lagilah tu boleh tahan sekejap bau busuk yang menyapa hidung.

    BalasPadam
  7. nanti kalau balik Kola Ketil nak pergi la tempat ni, hihi.

    BalasPadam
  8. Cantik. harap ada peluang nak kesana

    BalasPadam
  9. Wahhhh.. Nampak cantikkk.... Jauhnya nak ke sana... huhu...

    Pssttt: Nak tanya, hadiah dah dapat ker

    BalasPadam
  10. biasalah kan, bila tahu ada tempat viral, nak jugak pergi dan tengok sendiri. nice jugak tempat ni CCL. kena pandai cari angle

    BalasPadam
  11. Malaysia ni mana tempat yg tak viral hahaha.. tempat loji pun org sanggup terjah. Nasib ada pokok tu kalau tak mesti nampak kotor

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan