TRICK RESTORAN BUFFET BUAT UNTUNG

 Assalamualaikum dan salam sejahtera .


TRICK RESTORAN BUFFET BUAT UNTUNG Makan kat restoran buffet memang syok sebab kita boleh tambah ikut suka hati kita , ambil sahaja makanan banyak mana yang hangpa nak letak dalam pinggan lepas tu makan , kalau dah habis hangpa repeat lagi . Repeat dan repeat sampai lah hangpa rasa kenyang . Tapi hangpa terfikir tak macam mana restoran buffet ni boleh buat duit sedangkan semua makanan pelanggan boleh makan .



BUFFET MAKANAN , BUFFET RAMADHAN , INFO ,TRICK RESTORAN BUFFET MAKANAN MENGUNTUNGKAN, BUFFET MAKANAN YANG UNTUNG


Makan di restoran buffet memang seronok , mana taknya hangpa cuma bayar harga yang ditetapkan lepas tu hangpa boleh akses ambil sahaja makanan sebanyak mana yang hangpa teringin nak makan .


Restoran buffet ni pada awalnya tahun 70an , masa tue sangat popular . Kebanyakkan restoran buffet ni mengkhususkan dalam satu jenis makanan contohnya  restoran Seoul Garden , menu utamanya adalah BBQ dan steamboat cara Korea . Restoran Shogun menu utamanya buffet untuk makanan Jepun dan ada juga buffet yang boleh hangpa makan pelbagai jenis pizza . Kalau bulan puasa lagi lah seronok kalau hangpa makan buffet di hotel-hotel .  Apa yang menariknya boleh dikatakan semua makanan ada , dari makanan melayu , makanan barat , makanan jepun semuanya ada sekali tunggu hangpa ceduk makanan ke dalam pinggan dan makan 



BUFFET MAKANAN , BUFFET RAMADHAN , INFO ,TRICK RESTORAN BUFFET MAKANAN MENGUNTUNGKAN, BUFFET MAKANAN YANG UNTUNG


Salah satu faktor yang hangpa nak tau kenapa restoran buffet ini boleh bawa untung adalah Tidak memerlukan staff yang ramai .Dah menjimatkan kos, sebab pelanggan yang pergi ambil makanan letak kat pinggan dan duduk .lepas tu hangpa makan sahaja . So  tak perlukan staff yang ramai untuk bayar gaji . 



Antara strategi halus yang digunakan oleh restoran buffet kalau hangpa perasan dekat barisan awal makan yang hangpa bariskan mesti awal-awal mesti makanan kabohidrat contoh nasi, mee, bihun dan sebagainya yang murah dan cepat kenyang . Makanan yang mahal-mahal diorang letak pada hujung-hujung  . So bila dah awal-awal hangpa letak makanan murah-murah lepas sampai ke bahagian makanan mahal macam kambing, ketam , udang pinggan hangpa dah pun penuh dah tak muat nak letak sEbab dah letak makanan karbohidrat tadi . So hangpa akan balik ke meja kejap  lagi dengan harapan kejap baru tambah makanan mahal . Tapi tak sempat nak tambah perut hangpa dah terasa kenyang .



Antara trick lain yang digunakan oleh restoran buffet ni adalah diorang akan sediakan hangpa dengan saiz pinggan yang agak kecil , so bila hangpa ceduk makanan dan letak dalam pinggan hangpa dah imagine yang hangpa dah letak makanan tu dengan kuantiti yang banyak sedangkan hangpa letak sedikit sahaja sebab pinggan tu kecik dan hangpa akan nampak makanan itu nampak banyak . 



Kemudian diorang akan sediakan hangpa gelas yang besar , so hangpa pun akan minum ais dalam kuantiti yang banyak sampai kembung perut lepas tu dah tak lalu nak tambah makan . 



So restoran-restoran makanan buffet ini akan gunakan strategi ini untuk memastikan diorang takkan rugi dan diorang juga menggunakan stategi macam ni untuk memastikan diorang takkan rugi dan diorang juga  menggunakan makanan yang mudah untuk jimat. 



So kalau hangpa tengok sampai sekarang restoran buffet ni ada di merata tempat. Pelbagai trick juga restoran buffet lakukan untuk memastikan tidak belaku sebarang pembaziran kos dan mencapai tujuan yang sama macam restoran lain 




 




 



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hihi, tapi sy sebagai pemakan makanan buffet, sy elak amek benda mcm nasi or berkarbo awal awal.. saya cari kambing dulu ke... udang kee.. tapi semua amek portion sesikit...nak merasa gituuu... Kalau air.. memang air masak je... tak berapa lebihkan air... tapi kek, buah, dan lauk pauk mmg sy ngap duluu...rugi tak try...nasi dah biasa kat luo nun..tp try gak la..takut kempunan konon.....

    BalasPadam
  2. Saya cuba yang jarang dapat makan.
    Betul piring dan pinggan kecil. Elak pembaziran ambil banyak-banyak tapi tidak habis.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan