" KONGSI WAKTU REHAT BERSAMA KITKAT " , KITKAT BERI PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



" KONGSI WAKTU REHAT BERSAMA KITKAT " , KITKAT BERI PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN KITKAT beri penghargaan kepada Petugas Kesihatan Kongsi “waktu rehat KITKAT” yang menyeronokkan kepada lebih 12,000 petugas barisan hadapan Bagi menghargai kegigihan dan kesungguhan barisan petugas barisan hadapan kita, KITKAT baru-baru ini telah menyumbangkan produk kepada lebih 12,000 pekerja penjagaan kesihatan di enam buah hospital di Lembah Klang.



KITKAT Break Bus telah menghantar sumbangan tersebut kepada pekerja penjagaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital KPJ Selangor, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Sungai Buloh. Ini termasuk pelbagai jenis produk KITKAT, seperti KITKAT Milk Chocolate dan KITKAT Senses. 



Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata,“Nestle Malaysia telah memberi sokongan terhadap usaha petugas barisan hadapan sepanjang pandemik ini, dan ingin terus menunjukkan penghargaan kami kepada pekerja penjagaan kesihatan kita yang terus memainkan peranan penting dalam perjuangan menentang Covid-19. Mereka telah menunjukkan dedikasi yang tidak terhingga dan kami berharap bahawa dengan cara ini, kami dapat sedikit sebanyak menyokong dan menggalakkan petugas barisan hadapan untuk terus bersemangat dalam menjalankan tugas mereka.” 



Encik Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia, menjelaskan, “Kami sedar bahawa negara kita kini sedang berhadapan dengan waktu yang sukar, namun kami memahami akan pentingnya waktu rehat, terutamanya apabila menghadapi tekanan yang tinggi semasa berkerja, bagi tempoh waktu yang panjang. Kami harap sumbangan kecil daripada KITKAT akan membawa sedikit keceriaan kepada petugas barisan hadapan kita dan memberi mereka peluang untuk berehat seketika dalam perjuangan membendung penularan pandemik ini.”



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. LH suka teruk makan kitkat. Kalau stres-stres buat kerja pun LH makan kitkat juga. Ahaha.

    BalasPadam
  2. lama tak beli..sejak2 dh tak keluar rmh mmg xbeli2 coklat gini..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan