CIK B BERLAKON MENERUSI DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lelaki lingkungan cinta, drama lelaki lingkungan cinta, drama adaptasi novel, sinopsis drama lelaki lingkungan cinta , novel lelaki lingkungan cinta, cik b berlakon drama,



CIK B BERLAKON MENERUSI DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA Sejak kebelakangan ini, trend drama adaptasi novel menjadi pilihan utama pengarah drama dan saluran TV tempatan. Oleh kerana satu-satu novel itu mungkin sudah ada pengikutnya tersendiri, maka keterujaan untuk menonton drama itu lebih tinggi berbanding skrip yang dihasilkan khas untuk drama atau filem.

Sudah tentu pengalaman membaca novel itu tidak akan sama dengan pengalaman menonton kisah yang sama dalam skrin.

Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Naim Daniel sebagai Adib manakala Shasa Abedul memegang watak sebagai Esya, drama ini juga menampilkan Cik B yang turut berlakon . Apa yang akan berlaku dalam Drama bersiri 13 episod ini merupakan arahan Emi Suffian dan terbitan dibawah Zeel Production Sdn Bhd ? Sama-sama kita nantikan 



“Awak ni garang sangat. Awak tahu tak saya ada hilang barang?’
“Hilang barang? Eh! Saya tak curi apa-apa pun.”
“Eh betullah. Awak tu dah curi hati saya!”
“Benarlah kata orang. Kalau mahu saling mencintai, kita harus mengunyah erti derita terlebih dahulu. Harus faham erti air mata. Bukankah cinta itu adalah saling menerima?”

Lelaki Linkungan Cinta ini adalah karya Lily Haslina Nasir bersama Karya Seni. Karya ini melalui tiga fasa dalam kehidupan Adib dan Esya.

Di sekolah, Adib terkenal dengan imej budak jahat. Dalam menjalani hidup sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Adib dan rakan menghidupkan suasana dengan kelakuan yang tidak mengikut peraturan. Di samping itu, dia juga sempat mengganggu Esya, rakan sekelasnya menyebabkan Esya membencinya.
terhibur membaca gelagat Adib dan gengnya.😆

Di universiti, jalan hidup Adib bertembung lagi dengan Esya. Kali ini. ada rasa yang berputik.
Tanpa membuang masa, Adib melamar Esya dan mereka berkahwin ketika masih bergelar pelajar.Pada ketika ini, dugaan mula datang bertimpa-timpa menguji cinta Adib dan Esya. 

Mesej-mesej yang sarat dengan kehidupan banyak disuntik dalam fasa ini.CCL kira ini adalah bacaan ringan tetapi sebenarnya ia adalah novel dewasa yang banyak mempamerkan tentang kehidupan dan cabaran dan bagaimana hidup berpaksikan Tuhan bisa menyelamatkan sesiapa jua daripada terjerumus dalam perangkap dan tipu muslihat manusia.


Drama Lelaki Lingkungan Cinta akan disiarkan melalui slot Lestary , mulai 21 Oktober 2020 . Disiarkan pada hari Rabu sehingga Jumaat jam 9 malam di Tv3

Catat Ulasan

1 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan