COVID-19 : KLUSTER SALA DI KESAN DI DAERAH YAN,KEDAH

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


COVID-19 : KLUSTER SALA DIKESAN DI DAERAH YAN,KEDAH KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikesan di Daerah Yan, Kedah. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9148) adalah lelaki warganegara Malaysia yang dikesan positif pada 13 Ogos 2020 melalui sistem survelan klinikal Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. 

Covid-19,kluster sala

 

Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 14 Ogos 2020 dan kes-kes dikesan positif pada 15 Ogos 2020. Ketiga-tiga kes yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan ahli keluarga kepada kes pertama (kes ke-9148).


Sehingga 15 Ogos 2020, 80 kontak rapat beliau telah disaring. Daripada jumlah ini: 4 kes dikesan positif COVID-19 manakala 76 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia.


Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.


Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Catat Ulasan

1 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan