RESEPI GABUNGAN KEK BATIK DAN CHEESEKUT YANG PASTINYA SANGAT SEDAP


Assalamualaikum dan salam sejahtera


 RESEPI, RESEPI KEK, RESEPI KEK TANPA OVEN, RESEPI KEK BATIK, RESEPI CHEESEKUT, RESEPI KEK BATIK VS CHEESEKUT, GABUNGAN KEK BATIK BERSAMA CHEESEKUT , CHEESEKUT MUDAH , KEK BATIK MOIST, KEK BISCHOQCHEESE,


Korang penggemar kek ? Lagi-lagi yang sukakan kek batik mahupun kek cheese . Pernah tak terfikir alangkah seronoknya dapat makan kedua-dua kek ini, kek batik dan kek cheese dalam satu . Wahhh sedap bukan. Pernah tak korang terfikir nak gabungkan kek batik dan kek cheese ini menjadi satu kek ? Mesti tak pernah kan . 

Hah ! Sini CCL nak bawa korang jelajah resepi gabungan kek batik bersama kek cheese . Terpandang satu posting dari El Nilufer berkongsikan satu resepi yang rata-rata orang yang melihat kek ni semuanya nak tahu kek apa ni ? Resepi apa kek ini ? Fuhh kreativiti yang ada itu membuatkan semua yang terpandang kek ini rasa ingin tahu . Rup bentuk kek ini jugak menarik perhatian ramai sehinggakan mendapat 1.8k share . Wahhh ! Banyak kan . 


 RESEPI, RESEPI KEK, RESEPI KEK TANPA OVEN, RESEPI KEK BATIK, RESEPI CHEESEKUT, RESEPI KEK BATIK VS CHEESEKUT, GABUNGAN KEK BATIK BERSAMA CHEESEKUT , CHEESEKUT MUDAH , KEK BATIK MOIST, KEK BISCHOQCHEESE,


BAHAN - BAHAN MEMBUAT KEK BATIK 
  •  biskut marie
  • Susu pekat
  • Butter
  • Serbuk koko
  • Esen vanilla 
  • Coklat ganache
  • Susu cair

CARA MEMBUAT KEK BATIK 

1. Cairkan 170g butter (atau ¾ drpd seketul butter tu) bersama ½ tin susu pekat.Boleh letak dalam Microwave sekejap dalam 30sec.pastu kacau-kacau atau boleh masukkan dalam kuali sampai sebati boleh tutup api.

2.Masuk serbuk koko dalam 6sudu besar.kacau sehingga sebati hilang ketul-ketul. 

3. Masuk vanilla esen 2sk. Sebati tu, pecah-pecahkan  masuk biskut marie pon boleh, biskut hupseng pon boleh. Guna sepeket tu. Ni sukatan utk sepeket. Gaul sekata.

4.Guna loyang yg dalam.Alas baking paper atau plastik. Pastikan plastik/paper tu boleh ditarik nanti, so pastikan besar ye.
Kalau ade loyang boleh bukak tepi tu bole je pakai.

5.Dah masuk tekan-tekan adunan kek batik tu. Lepas tu boleh tuangkan choc ganache.Untuk choc ganache pakai dala 200g dark choc bar/coin + 1 sudu besar butter + ¼ cup susu full cream. Siap !


 RESEPI, RESEPI KEK, RESEPI KEK TANPA OVEN, RESEPI KEK BATIK, RESEPI CHEESEKUT, RESEPI KEK BATIK VS CHEESEKUT, GABUNGAN KEK BATIK BERSAMA CHEESEKUT , CHEESEKUT MUDAH , KEK BATIK MOIST, KEK BISCHOQCHEESE,



BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT CHEESEKUT

  • 250g cream cheese
  • Esen vanila
  • Gelatin
  • Biskut hup seng
  • Susu cair 
  • Nestum

CARA-CARA MEMBUAT CHEESEKUT

1. Untuk membuat cream cheese korang memerlukan 250g cream cheese (nak cheese lebih tebal boleh lebihkan cheese) + ¾ drpd 1 tin susu pekat, 2sk esen vanilla. 
Mix kan. Takkisahlah blender ke mixer ke. Janji lots of mix 

2 tambah sikit gelatin 1sk  dibancuh dgn suku cup air panas. Sebab taknak cheese cair sangat. Nak cheese dia stabil. 

3. Biskut hup seng sebungkus. Celup dalam susu satu demi satu dan susun atas kek batik tadi. Kemudian layer dgn cheese. Tabur nestum. Ulang2. buat 4 layer. Siap.

4 Masuk peti ais. Dah sejuk boleh tarik plastik/kertas tu keluar dr loyang. Maka bersatulah mereka berdua. Dan bersemadi di dalam perut.

Resepi asal : El Nilufer



RESEPI GABUNGAN KEK BATIK DAN CHEESEKUT YANG PASTINYA SANGAT SEDAP RESEPI GABUNGAN KEK BATIK DAN CHEESEKUT YANG PASTINYA SANGAT SEDAP Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 6:00:00 PTG Rating: 5

5 ulasan:

  1. Alahai tengok sedap je.. nak buat tu yang malas.. adeh..

    BalasPadam
  2. Wahh bila dua dua kek sedap bergabung. super sedap jadinya. nak cuba lah nanti. Tq CCL share resepi dan idea.

    BalasPadam
  3. menarik ni.. tak penah lak terfikir nak gabungkan dua2 ni

    BalasPadam
  4. Wahh kreatiflahh. 2 2 favourite ena

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.