MUDAHNYA NAK BUAH KUIH ONDE-ONDE BUAH MELAKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

RESEPI ONDE-ONDE BUAH MELAKA 
Sejak- sejak bulan puasa dan musim PKP ni , ada masa spend time kat rumah so kita try resepi-resepi . Satu hari satu kuih .Bila semangat nak membuat itu ada dan akhirnya semua resepi yang di cuba menjadi , rasa wahh seronok sangat-sangat.



 RESEPI, ONDE-ONDE BUAH MELAKA, RESEPI ONDE-ONDE BUAH MELAKA, CARA MUDAH MEMBUAT ONDE-ONDE BUAH MELAKA, ONDE-ONDE BUAH MELAKA SEDAP, GAMBAR ONDE-ONDE BUAH MELAKA


Hari ni try satu resepi kuih "onde-onde buah melaka"  . Kuih ni cair di dalam mulut sebab apa ? Hahh sebabnyaa kuih ini kalau time mengunyah memang isinya gula merah akan melimpah cair ke dalam mulut.time makan tak boleh gigit cikit-cikit, memang campak je seketul dalam mulut 

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT ONDE-ONDE BUAH MELAKA


  • 1 cawan tepung pulut
  • 2sb tepung beras
  • Daun pandan (dikisar untuk ambil pati pandan )
  • Pewarna pandan (kalau nak warna nampak cun)
  • Gula melaka
  • Air
  • Garam
  • Kelapa parut


1. Kukus kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam untuk tambah rasa lemaknya.

2. Kisarkan beberapa helai daun pandan , tambahkan sedikit air dan,pewarna pandan .tapiskan untuk ambil pati pandan sahaja.

3. Campurkan tepung pulut dan tepung beras dalam satu bekas untuk diuli.

4.masukkan pati pandan yang siap dikisar dan ditapis tadi ke dalam tepung.masukkan sikit demi sedikit dan teruskan uli tepung tersebut sehingga tepung menjadi doh yang tidak terlalu lembik.

5. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih untuk proses merebus buah melaka.

6. Potongkan gula melaka kecil-kecil untuk dijadikkan inti dalam buah melaka.

7. Tarik sedikit doh tadi dan uli bulat-bulat dan leperkan atas tapak tangan .Letakan gula melaka yang sudah dipotong dadu ditengah-tengah lalu uli semula sehingga membentuk membulat.

8. Onde-onde buah melaka yang sudah siap dimasukkan gula melaka boleh ditebus ke dalam air yang siap mendidih, rebus onde-onde buah melaka sehingga masak dan terapung ke atas . 

9. Boleh angkat onde-onde buah melaka yang terapung, masukkan ke dalam kelapa parut dan salutkan semua bahagian .




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Senang juga. Boleh cuba nanti

    BalasPadam
  2. ni antara resipi yang tiap tahun mak ngn abah takkan miss buat. hehe :)

    BalasPadam
  3. time pkp ni, baru tahu kuih ni senang nak buat. Lagi puas hati compare beli di kedai.

    Jemput baca dan komen,
    https://tarotthefool.blogspot.com/2020/05/14th-educational-trip-experience-lodz.html

    BalasPadam
  4. Sedapnya onde onde melaka.tak sabar nak rasa.resepi mudah untuk paham

    BalasPadam
  5. sedap nyer, ccl.
    aida ada semua bahan tau, kecuali 1 bahan utama - kelapa parut.
    hmmm dok mencari lagi ni. tak berjumpa!
    buat nyer mudah kan. lebihkan gula melaka. best!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan