K-DRAMA : SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE


Assalamualaikum dan salam sejahtera


K-DRAMA : SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE


K DRAMA, THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE, SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE, FULL EPISOD THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE


Ji Sunwoo (Kim Heeae) ialah seorang doktor perubatan keluarga. Mempunyai suami, Lee Taeo (Park Haejoon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.

Kesemuanya nampak indah sehinggalah pada suatu hari dia terperasan ada sehelai rambut panjang lain di skarfnya. Sunwoo mula membayangkan bahawa suaminya sebenarnya mempunyai perempuan simpanan. Apabila meluahkan mengenai kerisauannya kepada rakan baiknya iaitu Dr Seol Myungseok (Chae Gookhee), namun wanita itu menolak dan mengatakan bahawa dia hanya berfikir perkara yang bukan-bukan.



Disebabkan masih ragu-ragu, Sunwoo telah mengikuti Taeoh untuk berhadapan dengan lelaki itu dan berasa malu apabila suaminya telah ke hospital yang menempatkan ibunya. Tambahan pula, suaminya habis jam kerja jam 5 petang tetapi hanya sampai rumah lebih kurang 7 petang. Suaminya menjelaskan bahawa dia sering ke hospital untuk melawat ibunya sejak Januari lagi. Namun bahagia Sunwoo hanya sementara apabila jururawat di situ mengatakan bahawa pasti ibunya akan gembira kerana anak lelakinya sudah lama tidak melawat dan hanya bersembang di telefon sahaja.
Menggunakan khidmat salah seorang pesakitnya iaitu Hyeonseo (Shim Hyunwoo), wanita itu memintanya mengekori segala gerak-geri suaminya. Daripada situ dia mendapat maklumat bahawa suaminya ada ke sebuah perumahan mewah dan meluangkan masa yang lama di sana. Meskipun tidak mendapat gambaran wajah skandal suaminya dengan jelas, dia mengetahui maklumat nombor pendaftaran kereta wanita itu.

K DRAMA, THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE, SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE, FULL EPISOD THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE

Semasa di sambutan parti hari jadi Taeoh, Sunwoo sudah boleh bau suaminya itu curang bersama dengan Dakyeong (Han Seohee) iaitu anak kepada pesakitnya, Sunkyung (Uhm Hyojung) yang merupakan bekas Miss Korea. Menerusi informasi Hyeonseo, wanita itu mendapatkan kunci kereta suaminya dengan alasan untuk mendapatkan kamera walhal dia mahu menggali isi beg yang disorokkan oleh lelaki tersebut. Daripada situ, dia dapat menyelongkar pelbagai barangan peribadi seperti pakaian dalam, kondom dan barangan bilik mandi.
Lebih memeranjatkan apabila kesemua rakan yang dikenalinya seperti Myungseok sebenarnya tahu mengenai hubungan sulit suaminya. Mereka semua menipu dia hidup-hidup meskipun mengakui sebagai teman baiknya. Myungseok jugalah yang memaklumkan kepada Taeoh bahawa isterinya seperti sudah dapat menghidu kecurangannya selain memberi kemas kini waktu pulang Sunwoo hampir setiap hari.
Dokyeong dan Taeoh juga dalam diam memegang tangan masing-masing meskipun berada di tempat umum. Lagi pula, Dokyeong meminta kekasihnya itu supaya meninggalkan Sunwoo selain melakukan adegan intim yang dalam diam sebenarnya telah dirakam oleh seorang lagi pesakit Sunwoo iaitu Dongshik. Sunwoo jadi tak tentu arah apabila perempuan simpanan suaminya telah datang ke tempat kerjanya untuk mendapatkan rawatan. Mengejutkan apabila gadis itu kini sedang mengandung dan dia semakin kecewa dengan aturan hidupnya.



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. haa.. dah bookmark cite ni, nanti nak tengok lepas siap seme keje.. hee~ dah viral plak cite ni kat Twitter tau, ada yang kata seram nak tengok takut tak boleh control emosi..

    BalasPadam
  2. macam best drama ni...nak tengokla

    BalasPadam
  3. uish... baca entry ni pun SS dah rasa berdebar... huhuhuuu

    BalasPadam
  4. wahhh nanti kak ana bagitau anak kak ana dia suka la K drama ni CCL :)

    BalasPadam
  5. mesti geram je tgk cita..sambil marah2...kann?

    BalasPadam
  6. baca sinopsis best. tapi ramai geram dengan laki dia..haha..tu akak berpikir nak tgk ke idak. boleh naik darah tinggi nengok ni..haha..dah la citer bersambung-sambung plak..adeh..lagi buat tak sabar nak tahu apa yg jadi next..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan