8 GARIS PANDUAN YANG SEMUA ORANG WAJIB IKUT 6 BULAN INI.


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


8 GARIS PANDUAN YANG SEMUA ORANG WAJIB IKUT 6 BULAN INI. CCL nak tanya ni, korang punya bisnes dalam industri mana? Yang makan gaji, company korang sekarang dalam industri mana? Fikirkan.Kalau korang bukan dalam industri essential atau bukan penjawat awam, korang kena ready dipotong gaji, atau dibuang kerja.

Korang kena faham kenapa kerajaan bagi macam-macam bantuan kewangan, siap bagi tangguh komitmen dengan bank moratorium 6 bulan.Maksudnya, walaupun wabak ni akan selesai dalam masa by Mei, tapi kesan ekonominya mungkin sampai hujung tahun ni atau awal tahun depan.


PERSEDIAN SEMASA PKP, UPGRADE SIMPANAN KECEMASAN SEMASA PKP, SIDE INCOME SEMASA PKP, TIPS JIMAT CERMAT DI MUSIM PKP,,TINGKATKAN SECURITY RUMAH SEMASA PKP


Masa wabak ni dah tamat nanti, banyak bisnes-bisnes kena start from zero semula, simpanan habis, staf dah tak ada, stok tak ada. Mencabar bukan ? Yes sangat mencabar.Nampak macam effect kepada orang bisnes, tapi kena faham yang bila orang bisnes effect, pekerjanya yang makan gaji juga akan terkesan.

Sebab tu kerajaan siap-siap bagi benefit kepada kita dan rangsangan kewangan up to 6 months. Bukan saja-saja nak bagi. Semuanya bersebab.

Jadi, CCL senaraikan apa yang kita kena buat selama 6 bulan ni. Tak kirakan sekarang korang masih bergaji atau tak. Buat saja!

1. Wajib upgrade simpanan kecemasan. Kalau sebelum ni ada 3 bulan gaji CCL, naikkan jadi 6 bulan gaji. Contoh, gaji korang RM2,000 dah ada simpanan RM6,000. Maka korang kena simpan kaw-kaw sampai cukup RM12,000.

2. Semua orang kena ligat fikir cari side income. Kalau korang rasa kerja korang stabil pun, buatlah side income juga. Nak upgrade simpanan kecemasan cepat-cepat kan.

3. Elak tambah hutang baru melainkan korang dah ada 12 bulan simpanan kecemasan. CCL rasa sekarang ni semua orang tak hingin tambah hutang baru. Ha!

4. Jimat cermat. Sepanjang PKP ni memang banyak boleh jimat. Iyalah, duduk rumah saja. Petrol, tol, parking semua tak payah bayar dah. Yang gaji masih jalan, mesti banyak lebihan duit. Yang income tak jalan, tengah resah gelisah.

5. Kalau korang banyak rumah, korang boleh refinance atau jual beberapa rumah supaya korang dapat instant cash up to 12 bulan simpanan kecemasan. Ini cara ekspres.

6. Bila dah rasa selesa dengan simpanan kecemasan yang ada, duit lebihan tu korang laburkan dalam platform pelaburan yang kau faham dan diiktiraf. Jangan sampai kena scam pula ya.

7. Buat peruntukan khas untuk sedekah. Dalam masa ekonomi macam ni, mesti ramai orang hidup makin susah. Iyalah, ramai orang dibuang kerja, unemployment rate akan naik. Selalu kita berdoa supaya dilimpahkan dengan rezeki. Ramai yang tak sedar, sebenarnya kita kena bersedekah barulah rezeki yang masuk itu cukup dan berkat.

8. Kalau boleh, tingkatkan security rumah kau. Bila unemployment meningkat, kadar jenayah pun meningkat. Yang duduk dalam perumahan gated and guarded bertuah. Tapi stil kena upgrade security rumah masing-masing ya.

Macam CCL kata tadi, walaupun hari ni kita rasa kerja kita macam tak terjejas dengan COVID-19 ni, better kita semua kena follow juga 8 perkara yang CCL kongsikan tu.
Prepare for the worst!

Semoga kita semua mampu cipta 6-12 bulan simpanan kecemasan segera dan survive untuk melalui fasa ekonomi yang genting dan mencabar tahun ni.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Terima kasih CCL krna berkongsi peringatan ini.

    BalasPadam
  2. sangat mencabar lepas pkp tamat nanti. pasti ada perbezaan yang ketara, apa pun kena mula menyesuaikan diri dengan keadaan semasa sekarang

    BalasPadam
  3. Sedihnya kalau x dpt beraya tahun ni.. 😢

    BalasPadam
  4. Jemput join contest

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan