Assalamualaikum dan salam sejahtera
PANDUAN MENGATASI KEBOSANAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi selama dua minggu telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah untuk menangani penularan Covid-19 di negara ini. Dengan adanya PKP, rakyat diminta untuk #dudukrumah, dan tidak keluar dari rumah tanpa sebab.
Rakyat Malaysia kini meluangkan kebanyakan atau seluruh masa mereka di rumah, dan untuk sesetengah orang, kebosanan mula melanda. Kami kemudian bertanya untuk mengetahui bagaimana orang lain menghabiskan masa mereka, dan berikut adalah beberapa tips untuk menyibukkan diri dan berhubung dengan dunia luar!
Merapatkan jarak sosial secara virtual atau di alam maya.Rakyat Malaysia telah diberitahu untuk mengamalkan penjarakan sosial, tetapi bagaimana anda melakukannya apabila anda ingin berhubung dengan orang yang tersayang? Buatlah apa yang kebanyakan pekerja sedang lakukan! Mulakan panggilan video bersama yang tersayang. Aplikasi kegemaran kami yang boleh diguna secara mudah alih dan juga di desktop ialah Skype dan Zoom. Walaupun diberitahu untuk duduk di rumah, apa yang menghalang anda daripada menjadi kreatif dan mengatur sesi minum dan berborak di mamak secara virtual di rumah mellui panggilan video .
Panggilan video secara berkumpulan di Skype kini membolehkan hingga 50 pengguna berada dalam satu panggilan.
Kalau korang bosan dengan makanan yang dimasak di rumah dan mempunyai keinginan untuk menikmati sejenis makanan? Jangan bimbang, kerana perkhidmatan penghantaran makanan masih beroperasi! GrabFood dan foodpanda kedua-duanya masih menghantar pesanan ke rumah korang. Sama ada korang inginkan bubble tea atau makanan yang enak, namakannya dan mereka akan hantar. Semasa tempoh PKP, syarikat penghantaran makanan memberikan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pengguna mereka.
Untuk foodpanda, penghantaran percuma adalah untuk semua dan korang boleh menggunakan kod PANDAPAL untuk menikmati penjimatan 30% daripada pesanan korang. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Membeli-belah dengan selamat dari rumah
Berjalan-jalan melihat barangan atau window shopping kini lebih mudah dan selesa. Pilih daripada senarai barangan yang amat panjang daripada pelbagai kategori daripada platform e-dagang seperti Shopee. Platform membeli-belah atas talian tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa perniagaan adalah seperti biasa untuk mereka, dan mereka bekerjasama secara rapat dengan jenama, rakan kongsi dan pembekal untuk terus memberikan keperluan harian dan keperluan membeli-belah kepada rakyat Malaysia.
Kami juga dengar bahawa pada 27 Mac dan 4 April, akan terdapat barangan menarik yang dijual pada hanya RM0.44!
P/s: Pada masa ini, selain daripada pegawai perubatan kesihatan barisan hadapan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua abang delivery daripada FoodPanda, Grab, Shopee Express, PosLaju dan banyak lagi atas pengorbanan anda ketika kami duduk di rumah.
Dalami budaya popular atau pop culture
Apa kata ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga anda atau mengetahui siapa pelakon yang bakal meningkat naik? Tontoni filem atau siri yang menjadi perbualan rakan anda (boleh dibaca sebagai: Crash Landing on You) di Netflix. Gunakan perkhidmatan strim Netflix untuk dapatkan filem dan rancangan TV tanpa had di telefon, tablet, komputer riba dan TV anda dengan pakej bermula daripada RM17 sebulan.
Cergaskan diri.Adakah korang masih ingat tentang azam tahun baharu untuk bersenam dan menurunkan berat badan? Masanya sudah tiba untuk membentang tikar yoga dan mulakan dengan beberapa senaman regangan mudah. Terdapat banyak tutorial percuma yang terdapat di YouTube.
Sebagai alternatif, jika korang sudah mempunyai atau sedang merancang untuk mendapatkan Nintendo Switch, inilah satu lagi sebab untuk mendapatkannya. Nikmati permainan kecergasan di Switch seperti Just Dance 2020, Zumba Burn It Up! atau Boxing Fitness untuk bersenam!
Itulah tips berguna! Tidakkah kita bernasib baik kerana adanya teknologi?! Kami tidak dapat bayangkan kehidupan tanpanya. Fuhh lega!
9 Ulasan
cuba buat e-filing n update HRMIS bagai masa cuti PKP ni. mmg bosan tp sabarlah demi kebaikan semua rakyat Malaysia. Aamiin...
BalasPadamKerja bertahun, baru cuti sebulan..dah boring..lol..ahhaa. Saya masih bekerja..tapi saya suka je berkurung..haih haihh!
BalasPadami did none of the above since i have my list of things to do
BalasPadamPKP dilanjutkan so duduk diam-diam dekat rumah sambil tengok movie
BalasPadamwahhhh ! nice sharing CCL. rasa lama sangat tak singgah sini kan. hehehe ^^
BalasPadamhttps://www.nurulsyahirah.com/2020/03/tiada-simpanan-walaupun-rm1000-ikuti-panduan-ini.html
Layan anak, Main masak2, tgk tv & layan blog 😂
BalasPadamhihi GrabFood and FoodPanda best tapi so far belum lagi.
BalasPadamni nak sambung lagi 14 hari ni blh atur da makanan2..
kitorang pun buat video call satu family guna whatsapp..
BalasPadamTerbaik,harap dapat diteruskan masa akan datang.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan