KES KEMATIAN KE-17 COVID-19 DI MUAR JOHOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera

KES KEMATIAN KE-17 COVID-19 DI MUAR JOHOR Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 17 orang setakat ini.

INFORMASI, COVID-19, KEMATIAN KE-17 COVID-19, JUMLAH TERKINI KES KEMATIAN COVID-19, LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19


Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Allahu.. meningkat lagi kes kematian. Innalillah.. Harap semua rakyat jaga diri :)

    BalasPadam
  2. hari ni dah ada berita lanjutan PKP ke 14 April pula...bertabah lah semua...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan