KEMATIAN KETIGA COVID-19 DI MALAYSIA DICATAT DI SABAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KEMATIAN KETIGA COVID-19 DI MALAYSIA DICATAT DI SABAH Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.


KEMATIAN KETIGA COVID-19 DI SABAH , LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19, CORONAVIRUS 19 , WABAK COVID-19 , KEMATIAN TERKINI COVID-19


Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Catat Ulasan

0 Ulasan