Tepuk Dada Tanya Hati


Assalamualaikum & salam sejahtera .

Qoutes of the day , qoutes,  motivasi diri

TEPUK DADA TANYA HATI 
Semua manusia berhak bahagia, tapi dengan merampas kebahagian orang lain akan bahagia? Hari ini mungkin kita akan bahagia, tapi selama mana?. Orang yang merampas ni saja suka tengok orang menderita agaknya..

Jangan kacau kebahagian orang lain hanya kerana kita tak jumpa kebahagian kita. Jangan obses dengan kebahagian diri kita sendiri, sehingga sanggup rampas dan musnahkan kebahagian orang lain yang sudah lama tercipta. Jangan cipta kebahagian atas titisan airmata orang lain.

Kita merampas kebahagian orang lain, nescaya kebahagian kita akan di rampas. Bahagia atas airmata orang lain takkan tahan lama. Trust me!. Hari ini mungkin kita sedang tersenyum, esok lusa boleh jadi kita menanggis pilu, lebih sedih dari seseorang yang pernah kita zalimi.

What goes around comes around. Sekarang kau buat kat orang, one day orang akan buat pada kau balik. Tepuk dada tanya hati. Jangan rampas kebahagian orang lain. Ingat, bahagia atas kebahagian orang lain tak berkat.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. jangan rampas kebahagiaan orang lain tapi buatlah orang lebih bahagia.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan