RESEPI : SPAGHETTI SALMON


Assalamualaikum dan salam sejahtera

RESEPI : SPAGHETTI SALMON 

Bahan-bahannya:

2 keping salmon,
1 paket spageti,
10 ulas bawang putih dihancur kasar,
1 biji bawang besar Holland,
1 biji capsicum, suka hati warna apa,
3-5 ekor udang / sotong suka hati nak letak seafood apa,
3 biji limau nipis,
1 cekak bayam,
1 bahagian brokoli,
1 biji tomato,
2 sudu besar butter,
3 susu minyak zaiton,
3 sudu besar serbuk lada hitam,
1 sudu besar serbuk oregano,
1 sudu besar serbuk mix herbs,
2-3 sudu kecil garam.


RESEPI, RESEPI SPAGHETTI ,SENARAI RESEPI SPAGHETTI,SPAGHETTI SALMON, RESEPI SPAGHETTI SALMON,RESEPI MUDAH

Cara-caranya 

1. Mula-mula griskan loyang dengan sedikit minyak masak. Panaskan oven ke 200 darjah sehingga 10 minit .

2. Masukkan 2biji bawang putih, 1 sudu kecil minyak zaiton,1 sudu besar serbuk lada hitam serta perahan air limau nipis kacau rata dan gaulkan pada ikan salmon.

3. Susun ikan salmon yang sudah siap digaul ke dalam loyang .bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu api bawah 200.

4. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton, tumiskan bawang putih sehingga naik bau .masukkan bawang besar, capcisum,tomato, brokoli hijau,masukkan butter dan kacau rata .

5. Masukkan seafood yang korang pilih, serbuk oregano,mix herbs,serbuk lada hitam,dan garam gaul sama rata.

6. Masukkan sedikit perahan limau dan spaghetti yang telah direbus gaul sama rata dan masukkan bayam.

7. Ikan salmon yang siap dibakar dalam oven tadi dipecah-pecahkan isinya menggunakan garfu dan masukkan terus ke dalam spaghetti dan kacau sehingga sebati.

Siap ! 

RESEPI : SPAGHETTI SALMON RESEPI : SPAGHETTI SALMON Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 7:44:00 PTG Rating: 5

5 ulasan:

  1. Wahh menariknya. belum pernah cuba lagi. mesti sedap ni kan

    BalasPadam
  2. Thanks for a very interesting blog. What else may I get that kind of info written in such a perfect approach? Latest sims 4 news Downloads : Showing 9113 items. Customise your view with Compatible mode, Featured uploads, Favourites and more!

    BalasPadam
  3. Wah, menarik ni boleh la zumal try nanti

    BalasPadam
  4. Terus teringat Salmon kat rumah Seremban ada 2 keping x masak lagi..alahai..lupa la...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.