RESEPI TAT BAYAM & BAWANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera



BAHAN KULIT TAT:
  • 230gm tepung gandum
  • 100gm mentega
  • 30ml air
  • Garam secukupnya


BAHAN INTI BAYAM:
  • 70gm bayam hijau |cincang halus
  • 1 biji bawang |cincang halus
  • 4 biji telur
  • 150gm susu segar
  • 20gm keju parmesan
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Air secukupnya


CARA MEMASAK:
  • Panaskan oven dengan suhu 200 ⁰ Ketepikan.
  • Satukan tepung, mentega dan garam. Ramas dengan menggunakan hujung jari hingga menjadi seakan serbuk roti.
  • Masukkan air dan uli hingga menjadi doh.Bahagikan doh beberapa bahagian dengan berat lebih kurang 30 gram setiap satu dan tekan pada acuan tat mengikut saiz yang dikehendaki.Biarkan ia di dalam peti sejuk sementara membuat inti.
  • Untuk membuat inti: Celurkan bayam di dalam air panas hingga layu, toskan dan cincang halus. Ketepikan.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang hingga layu dan masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian masukkan bayam dan gaul sekata. Alihkan dari api dan biarkan sejuk seketika.
  • Dalam bekas berasingan satukan telur dan susu dan kacau sekata. Masukkan bawang dan bayam yang ditumis tadi. Kacau sekata dan seterusnya masukkan keju parmesan.
  • Keluarkan kulit tat daripada peti sejuk. Tuangkan ke dalam kulit tat dan bakar pada di dalam oven 35-40 minit hingga kulit tat perang dan inti masak.
  • Keluarkan dari oven dan biarkan seketika. Sesuai dihidangkan suam

selamat mencuba 


RESEPI TAT BAYAM & BAWANG RESEPI TAT BAYAM & BAWANG Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 5:38:00 PTG Rating: 5

12 ulasan:

  1. salam sis, tak pernah makan tart bayam ni, tapi nampak macam sedap, tq share resepi:)

    BalasPadam
  2. Nampak sedap sis, terus rasa nak cuba buat ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
  3. Thank you for sharing!! ^^

    BalasPadam
  4. Wahhh...sedap gayanya ni.

    BalasPadam
  5. uuish baru festime dengar. tapi tengok gambar nampak sodap tuuu..

    BalasPadam
  6. Thank you share healthy recipe ni :)

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan lagi tart mcm ni. Nanti nk try..

    BalasPadam
  8. salam lamanya tak buat tart sebab kemalasan nak buat tart tu huuu... sedapnyaa

    BalasPadam
  9. wahhh macam sedap je ni.. kita nak try lah nanti!

    BalasPadam
  10. ini pun sedap! kenapa BW di blog CCL wktu2 mcm ni.. haha

    BalasPadam
  11. Great tips..!!
    https://www.indhospitalsolution.com/services/best-healthcare-recruiters-consultant/

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.