STEP PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


tips kecantikan, step penjagaan wajah yang betul , konsi tips kecantikan , skincare routine , tips penjagaan wajah



STEP PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL Ramai lagi yang pakai bedal je bila guna skincare. Pastu muka berminyak lah berjerawat lah apa lah. Kadang2 sebab step tak betul pori boleh tersumbat. Lepas ni boleh try 5 step penting ni ok.


1) Cleanser
Tak kiralah korang buat single cleansing, double cleansing atau triple cleansing, cleanser sentiasa jadi yang pertama. First step ni penting untuk pastikan pori2 korang tak tersumbat untuk next step nanti. (yg pakai double, triple tu ikut step dia la). 

kalau korang bercadang untuk physical exfoliate kulit, ada dua cara. Pertama, kalau scrub korang jenis yang tak tinggalkan stain, korang boleh guna cleanser dulu. Tapi kalau scrub korang jenis yang tinggalkan stain macam scrub kunyit ke kopi ke apa ke, korang boleh guna cleanser selepas scrub.

Tujuan cleanser sebelum scrub ialah untuk pastikan scrub tu betul2 exfoliate kita punya bare skin dan korang tak payah tonyoh kuat2 bila kulit dah betul2 bersih. 


2) Toner
Toner sentiasa step kedua selepas cleanser. Sebab fungsi toner untuk kecilkan pori. Dia cuma boleh tightens the pores supaya tak nampak ketara sangat. So kalau korang ada masalah pori besar boleh cuba cari toner yang sesuai untuk kulit.


3) Moisturiser
Moisturiser kena bertindak atas bare skin, baru dia boleh bekerja dengan effective. Bila pori korang dah clear, senang untuk moisturiser memerangkap lembapan. kalau korang nak guna serum atau essence, pastikan guna essence atau serum tu dulu sebelum guna moisturiser. Sentiasa gunakan yang cair ke pekat. 

Apa beza essence ngan serum? Takde beza pun sbenarnya,  Yang beza cuma dia punya concentration. Biasanya essence lebih concentrated dari serum + both ada some highly active ingredients. Sebab tu korang pakai serum atau essences setitik dua je.

Oily skin perlu tak moisturiser? Jawapannya PERLU. Tolong bezakan HYDRATE dan OILY. Kulit yang hydrate nampak glowing dan sihat, tapi kulit yang oily nampak kusam dan tak bermaya. We want to hydrate our skin, moisturiser takkan menyebabkan kulit tambah berminyak. Boleh cari lightweight punya moisturiser yang berbentuk gel atau lotion yang cepat serap dalam kulit.


4) Cream
Ok yang ni kena ingat. Sekiranya cream tu ada fungsi khusus untuk kulit, sentiasa pakai cream dulu sebelum sunblock / sunscreen. Contohnya "whitening day cream", eye cream", "moisturizing cream", pakai cream dulu. Cream yang ada fungsi khas macam ni kena bertindak atas skin sebelum kita "block" dia dengan sunblock atau sunscreen. Ada pendapat mengatakan bila kulit kita dah hydrate secukupnya, mudah untuk krim2 dengan fungsi khas ni buat kerja lebih efektif.

kalau cream tu cuma untuk tutup cela, contohnya daycream with spf yada yada, bb cream, atau yang takde fungsi untuk moisturising, whitening, hydrating, atau lain2, pakai cream tersebut selepas sunblock.


5) Sunblock / Sunscreen
Apa beza sunblock dengan sunscreen? Haa betul dah tu. Ejaan dia. Satu BLOCK. satu SCREEN. Sunblock, untuk block UV rays especially UVB. Suncreen, untuk SCREENING, dia tapis dulu UV rays yang masuk ke kulit especially UVA. Apa beza A ngan B ni? A (long wave) so dia penetrate sampai ke dalam kulit. Dia ni la punca skin cancer bagai ni. B (short wave), dia stakat kena superficial layer saja. Dia ni punca korang sunburn, kulit berjeragat apa smua.

Lepas apply sunblock/sunscreen, baru korang pakai foundation, face mist, yada yada yada. Sekarang ni ada je sunblock + sunscreen dalam satu produk. Tinggal nak pilih je. Pilihlah yang sesuai dengan kulit.


Selamat menjadi pengguna bijak.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. sha add on serum/ampoule dan takpakai cream dah sekarang hehehe

    BalasPadam
  2. Sebab tulah perempuan bersiap make up lambat banyak lapisan nak tonyoh kat muka kan... Nice sharing. Ok lepas ni kena ingat step ni

    BalasPadam
  3. sempena aida da nak masuk 40-an ni, ccl, memang lengkap steps aida :)
    dulu kala, asyik la skip.
    now, need to improve agar lebih rajin!

    BalasPadam
  4. semua ikut step tapi fatin sunblock tu kadang kadang malas nak apply. Padahal dulu rajin sangat. At last haaaa cepatlaa nak burn.

    BalasPadam
  5. Wah.. bagus tips CCL ini.. Kena follow barulah dapat kulit cantik dan sihat..

    BalasPadam
  6. k.fiezz dah jupe sunblock/sunscreen yg 2 in 1..mudah sangat...

    BalasPadam
  7. k.fiezz dah jupe sunblock/sunscreen yg 2 in 1..mudah sangat...

    BalasPadam
  8. Singgah dan follow sini

    BalasPadam
  9. Klu day cream dh ada spf perlu pkai sunblock lg ke?

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan