SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN BIG PORTION DI HANNAH COOKIES PERLIS



Assalamualaikum dan salam sejahtera .

SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN BIG PORTION DI HANNAH COOKIES PERLIS  | Berita baik bagi korang penggemar western food terutama peminat pasta yang berkunjung ke Semenanjung Utara, Negeri Perlis Indera Kayangan mencari western food yang sedap-sedap  CCL nak recomended satu tempat yang menarik perhatian tekak korang , iaitu Hannah's Cookies yang terletak di Lot 526 Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar Perlis

Antara satu menu yang CCL nak kongsi dengan korang semua tentang kelazatan tersebut ialah ' Spaghetti Carbonara Chicken Big Portion '


Food review, review makanan, spaghetti carbonara chicken, western food di hannah cookies perlis, spaghetti carbonara sedap,


Apa yang menariknya tentang spaghetti ni rasanya memang marvelous dan memang sesedap tekak CCL terimanya.Spaghetti Carbonara ni ada dua pilihan sama ada korang nak spaghetti carbonara chicken ataupun spaghetti carbonara seafood .Ikut citarasa masing-masing .

Hari ni , CCL memilih untuk makan spaghetti carbonara chicken .Selesai oder makanan, tak perĺu ambil masa yang lama untuk menunggu. Dalam 5 minit hingga 10 minit dah tersedia  hidangan yang CCL oder . Bila waiter dah serve makanan atas meja ni , CCL terkejut dengan food presentation . Spaghetti Carbonara Chicken yang dihidangkan dalam portion yang besar. Mula fikir ' alamak banyaknyer , boleh ke habiskan semua ni'  ternyata CCL berjaya juga habiskan spaghetti carbonara chicken big portion ni. Alhamdulillah kenyang . Sedap dan lazat . 



KEISTIMEWAAN SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN DI HANNAH'S COOKIES PERLIS 

♢ Dihidangkan dalam bentuk portion yang banyak.Memang kenyang untuk sorang makan .

♢Sos carbonara yang banjir sehingga tidak menampakkan spaghetti . 

♢ Rasa sos carbonara yang creamy dan secukup rasa .

♢ Gabungan mantap sos carbonara bersama herbs , oregano dan cheese. 

♢ Condiments cendawan dan ayam yang dipotong sederhana besar.

♢ Spaghetti yang lembut 

♢ Harga berpatutan 



Info Hannah's Cookies 

Alamat : Lot 526 Jalan Kaki Bukit 01000 Kangar Perlis 
Facebook : Hannah's cookies
Instagram : @hannahcookiescafe
Waktu beroperasi 
• isnin ( tutup )
• selasa - jumaat ( 12.00 pm - 10.30pm )
• sabtu - ahad ( 4pm - 10.30pm ) 




SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN BIG PORTION DI HANNAH COOKIES PERLIS SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN BIG PORTION DI HANNAH COOKIES PERLIS Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 2:52:00 PTG Rating: 5

10 ulasan:

  1. Memang besar portion tu.. Puas makan..

    BalasPadam
  2. tapi agak kosong carbonara dia

    BalasPadam
  3. Bnjir btul kuah dia ..nyummyy

    BalasPadam
  4. Nampak dalam gambar, besar portion tu..muak tak CCL..selalu spaghetti kuah cam ni, cepat muak...

    BalasPadam
  5. Dulu selalu jugak g sana. Tp tak try spageti. Mama suka salmon dia :)

    BalasPadam
  6. wahhh.. nampak sedap :)

    BalasPadam
  7. Ya Allah terliurnya kita tengok!!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.