TIPS PERKAHWINAN :PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera





TIPS PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN  Korang sedang dalam persiapan untuk hari perkahwinan , tapi tak tahu mana nak dimulakan dahulu ? meh CCL share panduan untuk persedian menjelang majlis perkahwinan korang nanti .



12 - 9 BULAN SEBELUM MAJLIS
  • pilih tarikh  , bincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak supaya senang nak berkumpul nanti .
  • pilih tempat rumah ataupun dewan. untuk yang memilih dewan  , korang perlu survey dan booking dengan segera sebab biasanya dewan ni dalam tempoh sebulan awal kejap je dah penuh , so booking awal ok . 
  • sediakan bajet .ni penting supaya korang tak terlebih berbelanja nanti . 

9 - 6 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • pilih tema . Masa ni dah boleh decide dah korang nak tema apa tradisional ke , tema taman ke dah boleh start cari inspirasi . 
  • buat survey untuk setiap vendor perkahwinan . Survey vendor yang diperlukan contohnya baju pengantin , juru makeup , photographer , videographer , pakej perkahwinan , katering , doorgift dan yang lain-lain yang korang perlu . 
  • sediakan senarai jemputan atau buat anggaran . tanya sekali ibu dan bapa berapa anggaran jemputan mereka , kadang - kadang diorang punya jemputan lebih ramai dari kita yang pengantin ni . 

6-4 BULAN MAJLIS
  • mula membuat tempahan dengan vendor perkahwinan mana yang boleh contohnya jurumekap , katering dan pelamin . 
  • jangan lupa apply cuti nanti tak pasal-pasal tak boleh kahwin pulak . 
  • beli barangan hantaran kalau ada sale tue grab cepat-cepat sebab boleh jimat.
  • hadir kursus kahwin ni penting tau ! pastikan korang buat dengan pihak yang bertauliah. 

3 - 2 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • serahkan dokumen di pejabat agama untuk tempahan tok kadi , pendaftaran perkahwinan dan yang berkaitan .
  • buat ujian saringan kesihatan . 
  • buat tempahan bagi mana-mana vendor yang belum settle . ye la kadang-  kadang tu bajet duit kita baru ada masa bulan ni kan , so selesaikan mana yang belum . 
  • edar kad jemputan jangan lupa ya , supaya tetamu  yang jauh  boleh save the date untuk attend majlis perkahwinan korang . 

1 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • fitting baju pengantin , wajib !! ye la takut nanti korang terkurus atau tergemuk dah .. waktu ni korang masih sempat lagi nak alter baju .
  • semak semua tempahan yang diperlukan telah dibuat dengan selengkapnya , mana yang boleh follow -up buat ya . 
  • pastikan semua dokumen berkaitan pernikahan selesai .waktu ni dah wajib settle semua dokumen .

2-1 MINGGU SEBELUM MAJLIS 
  • deko hantaran . kalau tak sempat buat sendiri , boleh minta tolong adik - beradik atau sedara - mara tak pun tempah je dengan mana - mana pembuat hantaran . 
  • fnal confirmation ! follow up dengan semua tempat yang ditempah dan juga tok kadi 
  • meeting dengan family untuk pengagihan semasa majlis supaya memudahkan kerja semasa majlis berlangsung 

1 HARI SEBELUM MAJLIS 
  • pastikan pakaian pengantin sudah digosok . masa ni tengok baju pun dah rasa nervous . 
  • berkan number telefon individu in-charge semasa majlis kepada semua vendor perkahwinan . ye lah takkan mereka nak contact korang masa tengah jadi pengantin pulak kan . masa tue ah tak fikir apa-apa .. 

HARI PERKAHWINAN
  • enjoy the day ! tarik nafas dalam -dalam 
  • tenang dan doa semoga majlis berjalan dengan lancar 


haa ... macam mana dengan semua panduan semua ni ? membantukan ? 



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Good tips to share :) Tempat berlangsungnya nikah dan majlis persandingan adalah benda pertama yang Siqah confirm kan dulu. Lepas tu, barulah mencari segala benda yang lain.

    BalasPadam
  2. noted! done bookmarks. nanti nak kahwin boleh cari balik hehe

    BalasPadam
  3. thankyou for tips CCL.haritu masa kahwin cari jugak info macam ni tapi tak banyak.kelam kabut jugak la jadinya


    btw jum join segmen airah http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html

    BalasPadam
  4. Panduan yang ohsem.. nice sharing CCL..

    BalasPadam
  5. Nice sharing, macam ada bau nasi minyak laa...

    BalasPadam
  6. wah
    bagus nih
    boleh guna masa memerlukan nanti
    hehee

    BalasPadam
  7. amik tips dari part 1 bulan dan ke bawah...hehehehe..
    sbb nk buat mjlis kecil2 je.yg wajib je..^_^
    thanks share

    BalasPadam
  8. nice tips CCL.. sngt berguna ni untuk buat checklist :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan