4 TIPS TAMBAH KOLEKSI PAKAIAN TANPA MEMBAZIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

4 TIPS TAMBAH KOLEKSI PAKAIAN TANPA MEMBAZIR  | Selain musim cuti sekolah,Disember juga cukup sinomin sebagai bulan berbelanja . Sebab apa CCL cakap bulan Disember sebagai bulan belanja ? Banyak buti di pusat beli-belah mengadakan promosi Y.E.S ( Year End Sale ) sebagai jualan hujung tahun dengan tawaran harga hebat. Sekaligus akan mempengaruhi korang untuk berbelanja dan kalau tak pandai kawal nafsu berbelanja , sah-sah ada yang membeli di luar kemampuan . So penting tau ukur baju tu di badan sendiri bukan badan orang lain , jangan terikut- ikut dengan trend dan jangan terikut-ikut dengan orang yang lebih berkemampuan kalau kita sendiri tak mampu nak berbelanja sebegitu banyak. 

Siapa cakap, kalau tak ikut trend kita akan ketinggalan zaman dek fashion-fashion yang keluar dek goreng pisang hangat gitu , siapa cakap kalau tak ikut trend kita tak boleh dressing segak-segak , smart- smart gitu kan . Sebenarnya ada cara untuk tambah koleksi pakaian korang dalam almari tue .. tanpa perlu membazir .. 

bijak berbelanja, bundle, koleksi pakaian, pakaian bundle, tips jimat berbelanja, Tips tambah koleksi pakaian tanpa membazir, trend pakaian,


JANGAN MALU BELI PAKAIAN BUNDLE
dulu wujud segelintir golongan yang anggap bundle ni sebagai golongan low class. Tapi kini siapa sangka disebaliknya  lebih ramai remaja diluar sana cenderung membeli baju ,seluar dan barangan terpakai sebagai salah satu cara untuk jimat. Bukan tue saja peminat-peminat bundle juga semakin berkembang maju.dengan kewujudan festival tahunan yang menghimpunkan pengumpul dari seluruh negara. So tak hairanlah kalau ada antara pakaian  bundle yang dijual dengan harga tinggi kerana pakaian tersebt berstatus vintage. So jangan malu untuk membeli di bundle dan menjadikannya sebagai port berbelanja .. 

TUKAR BAJU DENGAN ADIK-BERADIK
bertukar baju juga salah satu kaedah untuk tambah koleksi pakaian korang tanpa rasa membazir dan tanpa berbelanja . Jimat kan , tapi berganrung kepada korang juga . Kalau rasa selesa boleh saja cuba cara ni . Lebih menjimatkan,  tapi make sure sebelum nak tujat baju dengan adik-beradik mestilah saiz badan yang sana. Barulah rasa selesa bila pakai. 

BIJAK BANDINGKAN HARGA
tak salah kalau korang ada simpanan lebih nak berbelanja di butik pakaian dalam pusat beli-belah tapi CCL  nasihatkan supaya bijak banding harga. Ingat bukan semua pakaian dijual dengan harga diskaun. So korang perlu ambil masa untuk mencari pakaian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan duit poket ya . Jangan pula tergoda dengan tawaran garga runtuh terus aje beli tak fikir nak banding harga dengan butik-butik lain.

BELI SECARA DALAM TALIAN 
Jadikan platform jual beli atas talian atau lebih mudah sebagai online shopping sebagai salah satu cara terbaik untuk korang berbelanja , sebabnya kadang kala ada harga lebih murah berbanding di butik . Pikihan juga lebih banyak dan menarik cuma korang kena membayar kos pakaian dan koa penghantaran kepada penjual dan tunggu saja barang yang dipesan tiba di rumah . Mudah dan tak perlu bersusah payah. 
4 TIPS TAMBAH KOLEKSI PAKAIAN TANPA MEMBAZIR 4 TIPS TAMBAH KOLEKSI PAKAIAN  TANPA MEMBAZIR Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 9:10:00 PTG Rating: 5

13 ulasan:

  1. busyra dulu time study selalu ke bundle.. barang bundle ni kena pandai pilih.. mmg the best..

    BalasPadam
  2. baju bundle kalau rezeki boleh jumpa yang tak macam bundle..beli online kadang2 lagi murah dari beli kedai..cuma kena ukur leklok lah kan..hehe

    BalasPadam
  3. Nice sharing...mmg skrg sllu beli on9 je sbb lbh murah..beza bnyk ooo..

    BalasPadam
  4. suka beli online jee...hehehe

    BalasPadam
  5. no 2 tu selalu sangat. Sampai masing masing claim baju sendiri. Penat berebut laaa, hahaaa :D

    BalasPadam
  6. sy suka juga beli bundle tp kena pandai pilih, selalunya susah nak cari saiz yg sesuai.. baju tue xda masalah sebenarnya tpnak cari seluar tu yg payah sikit huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat bundle memang macam tu. Kadang-kadang saiz dia ada lari sikitlah dari yang kita nak.

      Padam
  7. kak fiezz pilih yang no.4..hehe..mmg wajib terjah kalau ada sales..alergik..alergik tak terjah..hehe

    BalasPadam
  8. pilihan ke 4 la klu dpt... hehe... tu pun dh lama tak beli baju baru... keke

    BalasPadam
  9. Terbaik info kak CCL. Ini adalah contoh happy berbelanja but at the same time tetap berjimat. :D

    BalasPadam
  10. tukar baju dgn adik beradik tu kalau sama saiz takpe lah. hehehe. satu-satunya adik kak saiz S, kak saiz XL. tobat dia tak mau. hahahahahaha

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.