8 CHECKLIST KORANG WAJIB BUAT UNTUK HARI ISNIN DAN HARI MINGGU YANG LEBIH CERIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


8 CHECKLIST KORANG WAJIB BUAT UNTUK HARI ISNIN DAN HARI MINGGU YANG LEBIH CERIA  Mesti antara kita semua  merasakan suatu perasaan  yang malas apabila  kena bangun awal pagi  pada pagi Isnin . Sebab korang  sudah bayangkan  5 hari  yang bakal datang  engan penuh cabaran yang perlu korang tempuh .tapi ia sebenarnya  bukan alasan untuk kita bersikap malas  dan bersikap lemah .  kerana bagi CCL sendiri setiap hari Isnin  itu akan sentiasa menanti korang selagi  masih hidup . 


checklist hari isnin , persedian hari isnin , monday blues , tips atasi monday blues , tips kehidupan


Sini 8 tips CCL nak kongsi dengan korang semua  untuk mengatasi  'Monday Blues'

1. Set Semangat Baru
Katalah korang  last week korang hadap macam-macam benda yang korang best. Stress rasa nak cabut kepala rendam dalam ais. Hahhh, hari Ahad korang kena psycho otak sendiri untuk anggap Isnin adalah hari paling tepat untuk mulakan semangat baru!


2. Siapkan TO-DO-LIST
Wajibbb pastikan korang TULIS apa task yang nak kena buat dan apa yang nak kena achive dalam sebelum Isnin tiba. Takde lah nanti dah sepanjang minggu kelam kabut macam sotong dannn Jumaat baru teringat ada benda belum buat!


3. Pastikan Baju Nak Pakai Dah Ready
Lagi bagusss kalau korang dah siap gosok tudung baju seminggu. Baju sekolah anak dan baju korang sama.Macam CCL bekerja nasib baiklan pihak company sediakan uniform khas untuk pekerja , so dah tak ada la pening hari ini naka pakai baju apa , baju warna apa  .   Baju bertimbun dah siap basuh & lipat masuk alamri . Baru lahhh boleh fokus buat kerja hari biasa. Nak cari baju pun mudah. Tak stresss pepagi!


4. Kemas HANDBEG atau BEG
Perempuan biasa lahhh. Macam-macam benda campak dalam beg. Segala mak nenek resit, mekap berterabur. Silap silap sampah  pun penuh. Hahah! Hahhh, kemas beg sesiap malam ni. Letak kat tempat yang senang nak capai. Tak lahhh kelam kambut esok! Kalau yang ada anak, dah sedia susun beg sekolah depan pintu. Esok pagi terus angkat tak ada yang tertinggal. Kalau yang hantar anak ke taska, pastikan beg baju dah siap. Nak lagi senang terus angkat masuk dalam kereta!


5. Pastikan Rumah Dah Kemas
Untuk Isnin yang lebih ceria, pastikannnn rumah dah kemas dan semua nya dah teratur ya!


6. Pastikan Tak Terlalu Penat Hari Ahad
Bagi yang kerja, kalau keluar berjalan hari Ahad pastikan balik lebih awal. Kalau balik terlalu lambat dan tidur pun lewatttt, Isnin anda akan jadi kuranggg EKSAITING! Rehat secukupnya!


7. Asingkan Duit Belanja Anak
Terusss asingkan duit belanja sekolah anak untuk seminggu sesiap. Tak lahhh kalut cari duit kecik!


8. Minyak Kereta + Touch & Go Ada Baki
Malam ni check minyak kereta & baki kad sekali. Kalau tak cukup pegi isi sesiap. Esok tak buang masa beratur panjang!

Hahhh sekarang siapa yang cipta monday blues ? adakah korang sendiri yang cipta atau pun orang lain ? jawapanya boleh baca entri  'siapa yang cipta monday blues '  . macam mana korang dah ready nak hadapi Isnin? SEMANGAT atau LEMAUUU? semoga tips - tips CCL bagi dapat mengatasi masalah hujung minggu korang semua . happy weekand day !! 

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Org yg tak kje mcm cikla ni pun boleh ber monday blues jugak. Hehe. Btw, good tips..

    BalasPadam
  2. Tips yang bagus, terutama point nombor 7 tu.. Memang payah nak cari duit kecik waktu tengah kalut..

    BalasPadam
  3. Dulu kan CCL masa keje monday blues tak wujud. Jadi Friday blues sebabnya masa keje dulu off hari Khamis. Bila nak start keje ari Jumaat tu malas betul hehe

    BalasPadam
  4. Point no 6 tu susah sikit nak buat. Sebab activity ai memang memenatkan every sunday. hehehe!

    BalasPadam
  5. Bagus ada checklist ni boleh check mana yang dah buat ke belum.. sebab maklumlah umur nak masuk 30an ( next year )cepat pelupa.. hehe.. nice tips.. good job..

    BalasPadam
  6. Saya akan siap2 iron baju untuk seminggu
    Pastu susun jadual business appointments almost every night -
    Biasanya malam Rabu saya akan spend masa dengan friends menonton wayang
    And weekends untuk main Uno hahaha
    So always look forward untuk penuhi jadual

    BalasPadam
  7. Orang yg keja macam akak asal isnin jer stress sekali dan seiring mood boss...jaga boss bukan senang..kalau mood baik..baik la mood kita..kalau mood dia kelaut dalam..sama la kita si PA ni mengikut

    BalasPadam
  8. Tips ni bagus tapi saya paling malas bila hari Ahad adalah nak tengok kalender ada meeting atau apa2 yang penting hari Isnin hehehehehe..

    BalasPadam
  9. Alamak, xvalid dekat kami suami isteri.. Sebab kerja tak ikut masa sangat, cuti pun sama... tp memang selalu buat checklist macam nie...

    kecuali part kemaskan rumah, asal kemas je.. anak terus sepahkan.. kena tgu dorang tidur, baru kemas tue lama sikit bertahannya

    BalasPadam
  10. Tips yang bagus ni buat mereka yg bekerja. Mcm sis, tak bekerja so tak pernah merasa monday blues..hehehe

    BalasPadam
  11. I think I need to do the list too. Every Monday, I always have Monday blues and as what you said, we need to encourage ourselves to be more productive.

    BalasPadam
  12. hari isnin biasa siap awal semua sebab ahad banyak masa nak sediakan..hihi

    BalasPadam
  13. Walaupon duduk saje di rumah tp hari2 kena ada checklist baru..hehe..klu tidak jadila perkara monday blues.

    BalasPadam
  14. disebabkan kerja hari2 so monday blues tu macam wujud tak wujud je hahaha

    BalasPadam
  15. Boleh praktikkan nih untuk mereka yang kerja. Macam luqman for now xde monday blues dah sebab tak kerja T_T

    BalasPadam
  16. Nanti nak aplikasi tios ni bila dah kerja

    BalasPadam
  17. Thanks you for the movtiviation, yeah it's begining of the month kena jaga the duit otherwise susah by the end of the month.

    BalasPadam
  18. Takde istilah Monday Blues bagi orang kampung macam pakcik ni.
    tapi entri MB ada tiap2 Isnin. MB kat blog aje.

    BalasPadam
  19. suka tips supaya tak terlalu penat hari ahad. Betul sebab kalau tak mesti rasa tak cukup cuti. hiks

    BalasPadam
  20. Minggu ni je AS takde monday morning blues, sebab Perak cuti umum Jumaat baruni..hihi so rasa cukup masa nak uruskan kerja rumah.

    BalasPadam
  21. Perkongsian yang bagus CCL.. Tak sempat nak monday blues.. Hehehe

    BalasPadam
  22. No 4 tu bila kemas mesti penuh balik huhu mmg dri dulu macam ni. Tak pernah tak full beg tu. Waktu berpantang je clean beg hhaha

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan