REVIEW BUKU DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA OLEH HELIZA HELMI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Diari seorang mujahidah kembara syria , tips mujahidah , review buku #blogger review ,menjadi seorang mujahidah ,heliza helmi


REVIEW BUKU DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA OLEH HELIZA HELMI Buku ni dah lama sampai ke tangan CCL pada pertengahan bulan september ,.Buku ni CCL menang hasil join ini giveaway yang dianjurkan oleh blogger Aerill Hassan . boleh terjah entri ini http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/giveaway-ogos-2017-by-wwwaerillhassancom.html . Alhamdulillah syukur terpilih menjadi salah sorang pemenang dalam GA tersebut . hadiah yang CCL terima adalah sebuah buku motivasi dan pembakar semangat yang bertajuk ' Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria' . Buku ni selamat sampai ke tangan CCL pada akhir bulan september , sekarang dah bulan Oktober , mak oii !! lama benar ambil masa untuk review buku ni . Selesai baca , baca dengan penuh penghayatan baru boleh review kan .. 


Buku Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria adalah salah sebuah buku yang ditulis sendiri oleh pelakon dan penyanyi Heliza Helmi dan Roziyah Mahamad . Tidak digambarkan apabila berita yang Heliza Helmi diterima sebagai seorang sukarelawan ke Syria bersama Cik Puan Heliza Helmi dan team Aman Palestin . tidak boleh dihuraikan dengan kata - kata , hanya air mata yang memberi jawapan kepada setiap perjalanan mereka . 




Diari seorang mujahidah kembara syria , tips mujahidah , review buku #blogger review ,menjadi seorang mujahidah ,heliza helmi

Alhamdulillah Apa yang menariknya tentang buku ini ialah Heliza Helmi bersama teamnya menceritakan pengalaman beliau ketika menjejaki ke tanah Syria dan Palestin . Heliza Helmi berkongsi perassan sepanjang musafirni Allah memberi pelbagai hikmahnya walaupun mereka diuji , tidak tercalar keimanan , malah makin bertambah lagi ketaqwaan kepada Dia. Travelog ini juga ditulis dengan penuh hikmah bagi memindahkan perasaan Heliza Helmi dan Team Aman Palestin kepada pembaca 

Sinopsis buku Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria 

Manusia ini ada dua jenis. Satu seperti telur dan satu lagi seperti bola tenis. Bayangkan telur dibaling pada batu. Apa yang akan jadi? Ya, telur akan pecah dan isinya akan melekat pada batu. Sekarang, bayangkan pula bola tenis dibaling pada batu. Apa akan jadi? Bola tenis itu akan melantun, betul? Apabila dibaling lagi kuat, bola itu akan melantun lebih tinggi.

Begitulah seperti hidup kita. Batu diumpamakan seperti ujian. Sekiranya jadi seperti telur, apabila diberikan ujian kita akan bersedih, kecewa, ataupun putus asa bersama dengan ujian itu. Namun, sekiranya kita memilih bagi menjadi bola tenis, apabila mendapat satu ujian, kita akan bangkit lagi tinggi. Dan ujian itu adalah bagi menaikkan darjat kita, menjadikan diri kita lebih baik, dan mengampunkan dosa kita sekiranya kita sabar, redha, dan bersangka baik pada Allah s.w.t.

Hayati setiap bait cerita Diari  Seorang Mujahidah Kembara Syria  Rasai seolah-olah kita berada di bumi Syam dan turut sama berjuang menjadi mujahid dan mujahidah !
REVIEW BUKU DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA OLEH HELIZA HELMI REVIEW BUKU DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA OLEH HELIZA HELMI Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 9:45:00 PTG Rating: 5

6 ulasan:

  1. kena dapatkan buku ini untuk baca sendiri...

    BalasPadam
  2. Masya Allah buku menarik..

    Saya cukup tertarik

    BalasPadam
  3. Menarik info ni. Nti nk cari kat popular...tq sis sharing

    BalasPadam
  4. Wah macam best aje buku.ni...kena cari kat library...hihi

    BalasPadam
  5. Sha ada buku ini.. Tapi belum sempat baca..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.