RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



ketam masak tiga rasa , ketam segar , resepi ketam masak tiga rasa , blog resepi , tips memilih ketam segar , resepi masakan kampung , ketam segar dan manis

RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA  Hai pembaca blog CCL , korang penggemar ketam ? Selalunya korang akan masak apa ketam ni? Kalau dah tak tahu nak masak menu apa  . Apa kata hari ini cuba masak ketam kesukaan korang ini dengan menu tiga rasa . Soal rasa emang meletop dan nak masak pun senang , Yang penting perlukan ketam segar unutk rasa yang lebih sedap dan manis . CCL pasti seisi keluarga akan suka menu tersebut . Menu n juga sesuai untuk hidangan tengah hari dan makan malam  



BAHAN - BAHAN 
2 ekor ketam  dibersihkan
1 biji tomato didadu kecil
1 biji bawang besar didadu kecil
1 pokok daun ketumbar dihiris halu
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng



BAHAN- BAHAN UNTUK  DIKISAR KASAR
3 tangki cili merah
5 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia



CARA MEMASAK
1.Ketam yang telah dibersihkan gaul bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.

2.Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.

3.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.

4.Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.

5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
6.Sedia dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA . 
RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 1:20:00 PTG Rating: 5

27 ulasan:

  1. alahai ccl tengahari gini pulak nampak ketam haha bila nak lunch niii ><

    BalasPadam
  2. Alamak.. tenampak ketam pula.. Menarik meunya.. mudah dan simple..

    BalasPadam
  3. Huwaaaaaa......akak dah la pencinta ketam..dari ari tu cari ketam besar2...takde plak..kena pi cari gak ni

    BalasPadam
  4. Sedapnya... nak try la nanti. Lama tak makan ketam

    BalasPadam
  5. Adeh...Terliur tengok ketam tu aih....huhu

    BalasPadam
  6. Sedapnyaaaaa! akak pun suka ketam. Paling bahagia bila anak2 pun suka juga makan ketam. Tapi part sengsara sebab derang kecik lagi..jadi mak pak kena jadi tukang kluarkan isi ketam. Hahaha! adoii...selalu akak masak lemak takpun sup ketam. Manis2 rase die kan? resepi CCL ni senang ajer. InshALLAH..kalau orang rajin mesti boleh punya buat. :)

    BalasPadam
  7. fevret ketam disini! hehehe. busyra suka gila ketam. tak penah buat lagi maak 3 rasa ni. nnti boleh try. tq CCL. selalu mak akan masak sambal ataupun masak lemak cili padi.

    BalasPadam
  8. Alahai terliurnya mama tengok ketqm Tu mmg sure lazatnye ni

    BalasPadam
  9. sedapnya ketam! rasa macam esok nak masak ketam ni.dapat ketam fresh lagi sedap

    BalasPadam
  10. sedapnya ketam lama tak makan

    BalasPadam
  11. Ya Allah , sedapnya masak ketam ini . Selalu masak sup je ketam ini , kali ini boleh cuba resepi ccl .

    BalasPadam
  12. Sedapnyaaa semalam buat tomyam ketam je

    BalasPadam
  13. feveret anak2 akak ni..kalo blh hari2 nak ketam..

    BalasPadam
  14. Yums.. fevret kita ni ketam.. .Biasa ikan je masak tiga rasa. tak pernah pula cuba ketam masak tiga rasa... Kreatif!

    BalasPadam
  15. Sedapnya ... tetiba teringin pula 😅

    BalasPadam
  16. senang jugak resipi ni nanti boleh try :D

    BalasPadam
  17. Sedap nyaaa, duk kolej terigin lak nak makan ketam 😭

    BalasPadam
  18. seriously, aida suka giler makan ketam.
    tapi tu la. tak brape pandai masak, makan kat kedai or kalau mak masak, CCL.

    BalasPadam
  19. Selalu masak yg campur telur masin tu sedappp giler ... Pernah try ? Bebudak suka goreng jer, kadang2 sup ...

    BalasPadam
  20. boleh bagi resepi ni kat kakak. kita makan je boleh la hehe

    | helloaiman |
    | Jana Bitcoin |

    BalasPadam
  21. wahhhh..sedapnyaa..tq sharing resepi ketam..saya jap lg nak masak ketam...hihiii..

    BalasPadam
  22. Pandainya sedap terliuq tgok. Before ni ketam masak lomak je hihi blh try ni. Mesti sedap kan. Tq. 😘

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.