RESEPI SIPUT LALA MASAK CILI PADI



Assalamualaikum dan salam sejahtera

SIPUT LALA MASAK CILI PADI Salam Ahad dan selamat berhujung minggu . Hari ni CCL nak share resepi yang simple untuk masak siput lala . Selalunya kalau CCL beli siput lala ini tak lain tak bukan mesti buat masak lemak cili padi . So hari ni kelainanlah sikit . CCL beli sepinggan siput lala ni di pasar pagi berharga RM6 . Boleh tahan banyaknya.Al-maklum la dalam family CCL dua orang je yang feveret makan siput lala ni .

Resepi siput lala,resepi siput lala masak cili padi,siput lala masak cili padi,siput lala,blog resepi,masakaan kampung,gambar siput lala,resepi sedap


Bahan-bahan

* Siput lala
*cili padi
*bawang merah
*bawang putih
*minyak
*mentega
*halia
*daun kari
*serbuk kunyit
*gula
*garam
*kayu manis


Cara membuat 

1. Rebuskan siput lala

2.Cili padi,bawang merah,bawang putih dan halia diblender bersama . Anggaran untuk bahan-bahan ini ikut citarasa masing-masing

3.Panaskan kuali masukan satu sudu kecil mentega dan minyak masak panas bersama, CCL masukkan sedikit mentega supaya nakkan aroma mentega .Masukkan bahan-bahan yang diblender tadi bersama kulit kayu manis .

4.Tumis sampai garing dan masukkan daun kari untuk naikkan lagi aroma masakkan .CCL masukkan serbuk kari sebab nakkan kekuningan sikit pada siput lala .

5. Bahan-bahan yang ditumis sudah garing , masukkan siput lala , masukkan sedikit sahaja air,dan tunggu sehingga Siput lala masak . Letakkan sedikit gula dan garam .

Selamat mencuba


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Boleh di bakar kah siput lala ni?

    BalasPadam
  2. Mudah je nak buat resepi ni dan sedap pulak tu. Cuma lala tu sikit je la isinya. Biasanya abe kie ratah aje.

    BalasPadam
  3. Sedapnya nampak, mudah juga bahan dia. tak pernah cub lagi guna mentega tu, nanti boleh try. nyum3

    BalasPadam
  4. tengok gambar pun dah jilat skrin hahaha.. =P

    BalasPadam
  5. Spesis Lala ni macam Kupang, Lokan kan... sama je bentuknya kan...

    BalasPadam
  6. Lala memang best...kalau lagi segar lagi best

    BalasPadam
  7. memang sedap.
    Sepinggan boleh perabih sorang

    BalasPadam
  8. nyummeh !! sedap nye.. tapi kena makesure pedas2 ngam lepas tu makan dengan nasi putih panas2.. hee~

    BalasPadam
  9. kak lina selalu jugak beli lala...mahal jugak satu pek tu kan...tp kak lina sakit hati tau,banyak kulit kosong je,..isi nye secoet jek...hihi

    BalasPadam
  10. sedap nih..boleh cuba nanti

    BalasPadam
  11. Sedap nampak tapi xpermah makan lala

    BalasPadam
  12. Sedanyaaa. Nak kena masak lala lah gini

    BalasPadam
  13. Feberet saya dan anak anak!!!

    BalasPadam
  14. terliur sudah..nampak kepedasan di situ

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan