Rabu, 9 Ogos 2017

PENTINGNYA PERANCANGAN YANG BANYAK SUPAYA MEMPERSIAPKAN DIRI DALAM SETIAP KEADAAN


Assalamualaikum dan salam sejahteta

PENTINGNYA PERANCANGAN YANG BANYAK Buat perancangan yang banyak. Buat plan A, B, C dan D. Jika begini berlaku apa patut CCL buat? jika begitu berlaku apa CCL perlu buat? It is okay kalau orang kata korang fikir terlampau jauh, berangan dan sebagainya. Itu untuk diri korang juga. Bila korang susah, bukan mulut itu yang membantu korang.

Dengan adanya perancangan, korang sedang mengagak masa depan korang dalam masa yang sama korang sedang mempersiapkan diri korang untuk setiap keadaan yang berlaku. Itu satu kebaikan sebab korang akan jadi lebih tenang hadapi apa juga kemungkinan dalam masa yang sama kau letak diri kau dalam mode : SEDIA



Pentingnya perancangan, pentingnya perancangan yang banyak, perancangan hidup, plan yang sesuai, tips kehidupan,


Kenapa CCL  kata buat perancangan yang banyak? Supaya korang tak buang masa. Bila apa apa berlaku, korang cuma tinggal pilih je plan kau. Dan kebaikannya korang dah sediakan langkah pada waktu sekarang untuk sesuatu yang akan datang. Jimat masa. Bila hal sekian sekian berlaku, korang cuma perlu padankan dengan plan/persediaan yang telah korang siapkan je.


Jangan letak kedua dua kaki korang untuk benda berisiko. Kesalahan korang adalah suka menangguh dan lebih suka menunggu dari mengatur langkah. Tidak suka berfikiran jauh sebab tak nak sibuk sibuk. Suka bersenang senang dahulu bersusah susah kemudian. Akhirnya kita akan terlepas banyak peluang dan membuang lebih banyak masa.

CCL cuma kongsi apa yang CCL lakukan. Selebihnya Allah aturkan. Semoga berjaya. Jangan putus asa. Allah ada 💪

10 ulasan:

  1. emoga setiap perancangan kita sentiasa dalam keadaan yang baik. ya betul.. sesungguhnya perancangan DIA lebih baik

    BalasPadam
  2. betul tu. kita merancang, Allah juga merancang. tapi Allah sebaik-baik perancang.

    helloaiman

    BalasPadam
  3. Bagus,satu perkongsian yang baik...

    BalasPadam
  4. Setuju tu CCL... mesti ada backup plan...

    BalasPadam
  5. Selagi kita tak minta beras kat orang lain...selagi tulah usah nak pening kepala nak dengor apa org kata...kita ikut je jalan kita...fokus..fokus....

    BalasPadam
  6. setuju. kita merancang, ALLAH yg tentukan.
    bagus jugak buat banyak perancangan nie :)

    BalasPadam
  7. Setuju sangat.. Tak dalah kaalu kita pilih ke depan supaya kita bersedia dengan segala kemungkinan..

    BalasPadam
  8. Perancangan yg saya rancang memang terlalu banyak tapi pelaksanaannya hanya Allah yang tentukan..dan saya setuju apa yg sis katakan tue...

    BalasPadam
  9. thanks for sharing CCL. betul tu memang penting kena ada backup plan. tapi biarlah apa yang kita rancang tak memudaratkan diri kan :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !