PENGALAMAN SEORANG PENGHIDAP SLIP DISC


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

PENGALAMAN SEORANG PENGHIDAP SLIP DISC   Hari ni CCL  nak kongsi dengan para readers semua tentang slip disc . Siapa yang kena penyakit slip disc ? Adakah CCL ? oh no !! Bawa bertenang semua , sebenarnya dua hari lepas bapa saudara CCL terkena serangan yang dipanggil slip disc . Alhamdulillah dah selamat menjalani operation hospital swasta . Hari ini mata CCL beserta jari scroll laman sesawang facebook , CCL ternampak satu status seorang remaja turut mengalami slip disc ..so untuk pengetahuan CCL dan para readers semua tak salah CCL  kongsikan bersama..


Slip disc ,apa itu slip disc,punca punca slip disc,penyakit slip disc,operation slip disc,remaja h8dap penyakit slip disc,tanda tanda slip disc,apa maksud slip disc



Ayuh kita baca kisah remaja ini menghidap slip disc

Since Nana masuk hospital kena slip disc . Ramai sangat-sangat yang call meseg whatsapp tanya punca Nana kena slip disc . Penyakit ni kadang kita tak tahu punca . Nak kata jatuh tak jatuh . Tapi menda Allah da tetapkan . Jadi redha & ikhtiar . Meh Nana nak share macam mana Nana boleh tahu kena slip disc . Moga boleh jadi pengajaran pada semua .

Pada permulaan dia bertahun Nana dpt sakit belakang yang nak kata teruk tu tak . Tapi sekali kena memang sakit .  Masuk awal tahun ni Nana rasa kebas dekat kaki belah kanan sahaja . 3 bulan jugak merana kebas ni . Asal kul 3,4 pagi terjaga . Jirus kaki dengan air la . Amik ais tuam kat kaki la . Mandi la . Bila pergi office asyik tanya kawan . Nana ni kenapa asyik kebas je . Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa . Duduk biasa pun kebas baring pun kebas . Boleh kata 24 jam ada je rasa kebas tu . Memang langsung tak selesa . Kemudian merebak sakit belakang & tongking ( bahagian atas punggung ) . Nak gelak pun terasa kadang-kadang . Sampai tahap nak bgun kena tekan tepi kerusi sebab nak support badan sendiri . Pergi klinik tu takyah cakap la .  Asyik cakap kita ANGIN . Ayat yang sama .

Sampai la 1 masa , seminggu sebelum raya . Keadaan makin teruk . Tgh jalan kaki nak pergi kerja . Tak terasa langsung kaki kanan ni pijak jalan . Okay seram dah masa tu  . Then naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki . Esok hari pergi klinik & minta surat untuk refer pakar .

Sampai pakar doc minta buat MRI . Sebenarnya ni kali ke 3 Nana MRI dalam tempoh 5 tahun ni sejak sakit belakang . Dan resultnya yea Nana kena slip disc . Ada beberapa disc da terkena pada urat saraf belah kanan . Sebab itu kaki kanan je yang kebas . Doc minta buat injection kalau tak makin teruk sebab kita ni manusia kalau doc suh jaga makan ke apa ke bukan nak dengar sangat bila sihat kan ?

Nana pun balik bincang dengan keluarga . Dan pilih jalan dengan mendengar nasihat doktor . DOKTOR TAK PAKSA UNTUK BUAT INJECTION TAU . Nana yang pilih . Nana buat 12 injection dekat belakang & tempoh 2 tahun ni kena jaga diri tak boleh angkat benda berat . Ramai yang sarankan untuk urut . Bukan tak percaya . Tapi buat la tulang tu makin lari . Yang tanggung sakit kita . Orang yang tak rasa sakit . Lain orang lain cara . Tapi yang penting USAHA untuk jaga diri . Orang tak kena memang tak akan tahu rasa n derita dia macam mana . Nak duduk tk boleh nak berdiri lenguh nak baring kebas .

Punca slip disc ni sebenarnya bukan pada jatuh sahaja .

1- cara duduk kita atas kerusi ( rapatkan kerusi pada meja supaya keadaan tak membongkok)2-cara drive / bawa motor3-angkat benda berat tapi cara angkat tu tk betul ( bengkokkan kaki bukan bongkokkan badan)4-duduk atas kerusi wallet letak dekat punggung ( tak stabil kan ) boleh menyebabkan jugak5-keadaan kita bila membongkok6- bangun dari tido mengiring dahulu jangan terus bangun sahaja6-pelbagai simptom lain

Banyak juga la sebab dia . Jangan anggap kita buat sesuatu tu da betul keadaan badan . Sebenarnya tak . Jaga la diri . Kalau rasa sakit tu cepat-cepat la tanya doktor . Sakit sekarang tak kira umur . Kita tak minta sakit tapi sekurangnya apa yang Nana share ni kawan-kawan boleh berhati lepas ni . Jangan sampai kritikal baru pergi check .

MAJORITI MASA NANA BUAT PHYSIO RAMAI ANAK MUDA . ALLAHU MEMANG TERKEJUT . SEBAB INGATKAN KITA SEORANG . YANG DAH TUA HANY BEBERAPA KERAT SAHAJA .

Alhamdulillah Nana da keluar wad . Tapi masih kena berehat & physio lagi . Luka injection tu masih terasa . Untuk 2 tahun ni bersukan boleh tapi nak angkat benda berat kena simpan dalam hati .

Terima kasih mak abah , adik , saudara mara yang datang , keluarga yang bagi sokongan , DR YONG YUAN SHYH Hospital Colombia Asia Setapak-sangat ramah & baik , nurse dekat hospital yang super duper baik , dan kawan kawan semua . Doakan Nana cepat sihat & boleh bekerja semula .

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. ayah Nurul pun mengalami slip disc.. tapi lepas Nurul bagi consume omega guard shaklee, slip disc ayah dah semakin pulih.. Alhamdulillah..

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/07/giveaway-nurul-friends.html

    BalasPadam
  2. sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  3. Bahaya slip discs ni, boleh kira mcm lumpuh...

    BalasPadam
  4. Semoga kita di jauhkan dr perkara sebegini. Amin.

    BalasPadam
  5. Takutnya...betul la pemakanan kita sekarang ni dah macam macam tak terjaga...

    BalasPadam
  6. Allahuakbar... Penyakit ni memang bahaya.. Moga menjadi panduan dan pengajaran daripada pengalaman nana ni.. Thankz CCL Kongsikan kisah ni..

    BalasPadam
  7. x sangka jangka masa panjang mcm tu jdnya

    BalasPadam
  8. Risaunya.. Sha tengah buat fisio nie untuk sakit belakang..

    BalasPadam
  9. saya risau sgt...harap sakit saya ni bkn sbb slip disc

    BalasPadam
  10. Nana..get well soon dik! betul tuh kan. Sekarang ni sakit tak kira umur. Thanks for sharing, sekurang-kurangnya kalau adae org lain yang ada simptom macam Nana ni boleh lah die amik pengajaran kan.

    BalasPadam
  11. yang ada slip disc je faham sakitnya macam mana.. kdg2 x dapat nak buat apa..

    BalasPadam
  12. aida x pernah berjumpa dgn keluarga / sahabat yg ada slip disc.
    kurang pengalaman. just dgr-dgr aje, ccl.
    yg pasti. dari citer ni, memang kena berwaspada.
    beringat.
    kalau sakit, cecepat buat rawatan.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan