Rabu, 5 Julai 2017

KENAPA MAHALNYA RASA SEBUAH KETENANGAN ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


tips kehidupan ,tips memperoleh ketenangan . mahalnya sebuah ketenangan , doa ketenangan hati , doa penerang hati


KENAPA MAHALNYA RASA SEBUAH KETENANGAN ?  Orang yang diberikan harta mewah melimpah ruah, pasangan yang sweet romantik, anak-anak yang bijak dan comel, pangkat dan kerjaya yang tinggi.Itu semua tiada apa-apa maknanya jika tidak bertakhta ketenangan dalam jiwanya.Tenang ini berkait rapat dengan rahmat dan barakah.

Orang yang tenang, adalah orang yang dicurahkan rahmat dan berkat dalam setiap langkah hidupnya.
Orang yang tenang, adalah orang yang hatinya tidak terpisah dari Allah.Orang yang tenang, adalah orang yang jiwanya meyakini janji Allah.Orang yang tenang, adalah orang yang sentiasa merapati Allah tanpa jarak.


“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)”.
(Al-Fat’h: 4).


Jika hati seseorang sudah menjadi tenang dan jiwanya menjadi tenteram, keadaan yang demikian itu akan berpengaruh dan berbekas dalam sikap hidupnya sehari-hari.Ia tidak akan menunjukkan kegembiraan yang berlebihan bagi apa yang diperolehnya, juga tidak akan bersedih hati apa yang tidak dapat dijangkaunya.Dia mampu menghadapi segala kesukaran dan beban hidup dengan penuh kesabaran dan keberanian.Serta tidak akan tergoncang oleh gelombang kesusahan bagaimanapun hebatnya.Kerana mengetahui dengan penuh keyakinan bahwa pertolongan Allah akan datang padanya.

Allah-lah yang berkuasa menghilangkan segala bencana dan kesengsaraan dan menggantinya dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan.Dengan tenang iman itulah hamba beriman tidak akan kehilangan kesabaran atau dirundung rasa putus asa.Subhanallah Mahal sekali.Tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Apatah lagi perhiasan emas yang berkilauan.

Orang yang tenang adalah orang yang paling bahagia meskipun dia tak punya apa-apa. Sesederhana sahaja hidupnya. Namun jika tiada apa-apa, miskin pula, tidak pula memiliki ketenangan maka itu adalah miskin yang berganda. Mintalah dengan Allah. Allah mahu hadiahkan pada yang mahu meminta pada-Nya.




6 ulasan:

  1. Ye ketenangan bukanlah diukur dari wang ringgit dan harta yang melimpah ruah.

    BalasPadam
  2. Betul ketenangan tu mahal nilainya...tak semua orang dpt rasa tenang tu even banyak duot sekalipun

    BalasPadam
  3. Memang susah untuk mendapatkan ketenangan walaupun kita kaya raya... :(

    BalasPadam
  4. Ketenangan itu datangnya dari Allah.. Maka kena selalu bersyukur dengan apa adanya.. Insya Allah..

    BalasPadam
  5. nak memiliki ketenangan memang mencabar.. yakinlah Allah sentiasa ada menjaga kita semua..

    BalasPadam
  6. memang mahal, ccl.
    dikurniakan Allah ketenangan dlm sejam dlm sehari pun, alhamdulillah.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !