Khamis, 27 Julai 2017

HIDUP KITA TERPULANG PADA KITA BAGAIMANA MENGISI HIDUP SEBAIKNYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


perjalanan hidup hamba Allah, perjalanan hidup setiap manusia, tips kehidupan . kehidupan lampau,


HIDUP KITA TERPULANG PADA KITA BAGAIMANA MENGISI HIDUP SEBAIKNYA Benda ini tidak akan selesai. Dan tidak akan pernah selesai. Makan untuk hidup. Atau hidup untuk makan. Bekerja untuk hidup. Atau hidup untuk bekerja. Duit untuk hidup. Atau hidup untuk duit.
Tidur untuk hidup. Atau hidup untuk tidur.

Tapi yang pasti, tatkala malam kita akan rasa mengantuk. Dan kita pun rasa untuk tidur. Sejenak kita berfikir, tentang tidur kita. Esok kita bangun bagaimana? Untuk apa? Kenapa? Bagaimana? Bangun mencari makan, bekerja, cari duit, dan balik tidur. Rutinnya begitu.

Hidup ini akan kosong jika sekadar itu tujuan hidup kita. Kita perlu mengisi hidup ini sebaiknya. Ada satu bekas yang kosong. Di luar sana ada bermacam-macam benda. Terpulang kepada kita untuk mengisi bekas itu dengan apa. Sesuatu yang hanya bermanfaat untuk diri kita cuma, atau untuk sekalian makhluk penghuni dunia.

Hidup ini penuh dengan nasihat-nasihat berguna. Isilah bekas-bekas itu dengan nasihat. Semoga ia menjadi bekal bermanfaat. perjalanan ini terlalu singkat. Untuk kita menolak nasihat bermanfaat. Tapi perjalanan semakin jauh, untuk kita berhati rapuh.

25 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi khamis

    BalasPadam
  2. Tujuan kita hidup, hanya mengutip bekal nak bawa ke sana. kutip bekalan banyak2 supaya kita senang bila balik ke sana nanti. Kan?

    BalasPadam
  3. Betul tu CCL, kita mencorak, kita sendiri pilih jalan yang ingin kita lalui....

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk nasihat ini.

    Hidup sorang berbeza dengan hidup berkeluarga bila apa tindak tanduk yang kita buat bakal mempengaruhinya.

    Dan waktu itu, kita mesti dah bersedia untuk berkorban apa-apa yang kita minat untuk memberi keutamaan kepada mereka.

    BalasPadam
  5. Betul tu. Walau apa pun kita buat, semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah

    BalasPadam
  6. Hidup walau apa pun masalah kita kena hadapi dan bukan lari darinya. Bila kita selesai cara baik In Sha Allah akan rasa tenang dan gembira akhirnya.. Thanks nasihat yang berguna ni...

    BalasPadam
  7. hidup untuk disayangai danhidup untuk menyayangi in sya allah hidup kita akan tenang.. yakin dengan ketentuan Allah.. bahagia itu juga pemboleh ubah. terpulang kepada kita untuk mencorakkan kehidupan kita.. yang penting, chill bebeh, chill!

    BalasPadam
  8. Pesanan yg baik utk semua dan diri sendiri... Terima kasih Allah kerana meminjamkan hiduo ini... Hiduo dan mati kerana Allah !

    BalasPadam
  9. Hidup sebagai khalifah...itu matlamat utama...yang lainnya aturan itu itu kelangsungan hidup kita :)

    BalasPadam
  10. Yup betul tu..kita yg corak kehidupan kita..baik buruk kita sendiri yg kena pikir.

    BalasPadam
  11. Hidup kena ada arah tujuan.kalau tak,memang tak ke manalah jawabnya.kena set mind apa yg ingin kita kecapi

    BalasPadam
  12. Hidup ini hanyalah suatu persinggahan

    BalasPadam
  13. Terima kasih kerana saling mengingatkn. Diri kita ni kalau tak ada siapa yg nak nasihat memang kita takkan sedar, bila org tegur... Nasihatkan..... Kita kena pandai la hadam sebaiknya

    BalasPadam
  14. setuju dengan cik cappucino. hidup kita, kita sendiri yang tentukan.

    BalasPadam
  15. Indeed. Thanks atas perkongsian.

    BalasPadam
  16. Nice sharing and good to ponder. Perlu tahu apa tujuan ALLAH SWT ciptakan kita di dunia ini. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat ALLAH SWT.

    BalasPadam
  17. Terima kasih di atas ingatan. Coraklah hidup dengan panduan dariNya, moga kita sentiasa di dalam jagaanNya.

    BalasPadam
  18. Setuju, apa yang kita buat sekarang- effect mendatang. So, kena sentiasa aware setiap tindakan kita. Terima kasih atas peringatan :)

    BalasPadam
  19. Betul tu.. Jangan hidup bertongkatkan langit, sentiasala berpijak pada bumi..
    Sebab kita tak akan selamanya di atas, kadang-kadang di bawah..
    Jagalah amalan untuk bekalan akhirat, insyaAllah hidup lebih berkat.

    BalasPadam
  20. ya sungguh.. kitalah yang mencorakkan. semoga yang baik2 saja..

    BalasPadam
  21. Betul sangat pengkongsian yang bagus ni

    BalasPadam
  22. Exactly CCL, well said.. 💕

    BalasPadam
  23. Ya betul, we decide how we want to live as long as its follow the religion and rule.

    BalasPadam
  24. Pengisian yang sangat beerti.

    BalasPadam
  25. sememangnya btol ccl.
    isi dgn perkara yg baik.
    penuhi dgn amalan positif.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !