Khamis, 20 Julai 2017

BILA KITA DAH TUA NANTI . PERNAH TERFIKIR SIAPA NAK JAGA KITA ?


Asslamaualaikum dan salam sejahtera 



tips kehidupan , menjaga orang tua , bila dah tua siapa yang bakal menjaga kita , masa depan kita terletak pada Allah , kehidupan cabaran


BILA KITA DAH TUA NANTI . PERNAH TERFIKIR SIAPA NAK JAGA KITA ?  Siapa nak jaga kita bila kita dah tua? Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti. Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku. Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya? Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia di tangan anak di tangan suami. Walhal yang jaga kita itu Allah. Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga. Itulah kita kata rezeki. Dan rezeki itu hak Allah, Yakin. Yakin. Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah. Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni. Jangan runsing belum ketemu jodoh .Jangan ribut belum ada zuriat .Jangan sedih hanya kerana beranak sorang .Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki . Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan. Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan "eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.Dan Allah itu adil. Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat. Pendek kata ALLAH ADA. Jangan takut.


10 ulasan:

  1. betul tu... smua kat tgn Tuhan. Tp still tertanya2 juga sapa akan jaga kiter...hehe.

    BalasPadam
  2. betul..yakin dengan rezeki Allah

    BalasPadam
  3. betul tue.. tp bagi sy sbagi sorg anak perlu juga berbakti kpd ibu bapa dan jgan sampai terabai .. tue cuma pendapat peribadi sy hehe :)

    BalasPadam
  4. Betul tu jangan runsingkan perkara yang tak pasti serahkan sahaja padaNYA. Apa yang pasti kita perlu doa yang baik-baik, minta yang baik-baik.

    BalasPadam
  5. peringatan untuk diri sendiri..

    BalasPadam
  6. percaya dengan perancangan Allah :)

    BalasPadam
  7. terima kasih untuk peringatan.. hee~ ke mana kita satu hari nanti, semoga ada pengakhiran yang baik baik saja.. in shaa Allah..

    BalasPadam
  8. Betull...runsingkan kerja kita yang masih banyak belum selesai...hihi

    BalasPadam
  9. pandai-pandai la jaga diri...jika diizinkan..

    BalasPadam
  10. aida sgt setuju lah ccl.
    masa depan urusan Allah.
    now kita idup atas jalan nya.
    usaha utk hari tua kita yg baik.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !