10 RAHSIA CANTIK DARI THAILAND, WAJIB BACA PETUA NO. 7, 8 DAN 9 UNTUK CERAH & LICINKAN KULIT!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


 10 RAHSIA CANTIK DARI THAILAND,tips kecantikkan , 10 rahsia kecantikkan dari thailand , masker muka , detox,minyak urut , rawatan haba , masker kunyit , scrub kunyit , lidah buaya , masker betik
10 RAHSIA CANTIK DARI THAILAND, WAJIB BACA PETUA NO. 7, 8 DAN 9 UNTUK CERAH & LICINKAN KULIT! Thailand sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam dan menjadi tumpuan pelancong kerana terkenal dengan kecantikan pulaunya.Bukan pulau sahaja yang cantik, malah kecantikan wanita Thailand juga dikagumi semua. Daripada petua kekal awet muda agar tidak dimamah usia hinggalah cantik luar dan dalamnya, wanita Thailand ada rahsia dan ritual cantik mereka.


1. Makanan yang kaya dengan herba dan rempah-ratus
Herba dan rempah-ratus mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman. Maka, tidak pelik kebanyakan masakan Thai menggunakan herba dan rempah-ratus dalam setiap menu.Antara herba dan rempah-ratus yang sering digunakan seperti kunyit, serai, asam jawa, rempah kari, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, daun kesum dan daun pudina.Herba dan rempah-ratus berkesan untuk kesihatan dalaman kerana ia melancarkan peredaran darah, melawaskan sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.Selain itu, bahan-bahan ini juga merupakan sumber semula jadi pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang baik untuk kecantikan kulit dan rambut.That's why CCL suka masakan Thailand. Sangat- sangat suka!

2. Minuman Ala ‘Detox’
Minuman ala ‘detox’ pula cukup sinonim dalam kalangan wanita Thai. Selain menghilangkan dahaga, ia juga berfungsi menyingkirkan toksik dan lelemak daripada badan. Salah satu jus ‘detox’ yang terkenal dalam kalangan masyarakat Thai ialah jus serai.Jus ini adalah campuran serai dan limau nipis. Untuk membuang lemak dan angin dalam badan, ambil tiga batang serai dan rebus bersama dua cawan air. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal satu cawan air. Kemudian, minumlah semasa masih panas. Amalkannya selalu agar badan terasa lebih ringan.

3. Amalan Berurut
Amalan berurut juga menjadi simbolik kepada negara gajah putih ini. Golongan wanita di sana lebih senang menjadikan amalan berurut sebagai rutin kecantikan mereka.Ini kerana berurut dapat melancarkan peredaran darah, merehatkan badan dan mampu menenangkan fikiran.
Jom buat sendiri minyak urut!
Minyak kelapa (dibuat menggunakan santan daripada sebijik kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak)
3 camca besar halba
4cm halia
4cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, masak bersama halba dan minyak sehingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama. Sapukan minyak ini pada seluruh tubuh ketika kamu berurut.

4. Santan Kelapa
Satu lagi rahsia cantik wanita Thai adalah rambut mereka yang sihat, hitam dan lebat. Ini kerana mereka lebih selesa menggunakan sumber asli untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik secara semula jadi.Caranya mudah saja, lembapkan rambut dengan santan pekat selama 30 minit, kemudian bilas. Hasilnya, rambut kelihatan hitam, bersinar dan lebat.

5. Limau Nipis
Limau nipis juga banyak digunakan dalam masakan dan minuman Thai. Kaya dengan kandungan vitamin C, limau nipis juga berupaya mengharumkan rambut.Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris, kemudian gosokkan ke seluruh kulit kepala. Biarkan beberapa minit, selepas itu cuci sehingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh meredakan pening dan menyejukkan kepala.

6. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksik melalui peluh. Tubuh terasa lebih ringan dan segar jika amalan rawatan haba dilakukan secara teratur.

7. Kunyit
Jika wanita India menggunakan kunyit untuk menyerikan wajah, begitu juga dengan wanita Thai.Kunyit sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan seperti skrub dan sabun di Thailand. Sifat kunyit yang mengandungi antiseptik berupaya menghilangkan jerawat malah membantu mencerahkan kulit.Berikut adalah ritual cantik wanita Thai untuk melicinkan kulit wajah menggunakan kunyit:Ambil 1cm kunyit hidup, setengah camca asam jawa dan bedak sejuk. Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah setiap hari sebelum tidur. Insyaallah kulit wajah lebih licin.

8. Lulur atau scrub
Satu lagi kemestian dalam ritual cantik wanita Thai adalah amalan berlulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut.Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur.
Antara kelebihan scrub badan adalah:
Kulit tubuh lebih halus.
Kulit lebih cerah dan gebu.
Menanggalkan sel-sel kulit mati.
Memudar dan menghilangkankesan parut.
Melancarkan peredaran darah.

9. Lidah Buaya
Tidak lengkap ritual wanita Thai tanpa menggunakan daun lidah buaya. Khasiat gel daripada daunnya berkesan menghilangkan jerawat.Maka tidak hairanlah mengapa daun lidah buaya sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan.gel lidah buaya juga sesuai untuk menegangkan kulit wajah yang kendur sekali gus mengurangkan kedutan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembap untuk kecantikan.

10. Masker Betik
Wanita Thai gemar menggunakan masker betik kerana ia kaya dengan Vitamin A yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. Betik adalah sumber antipenuaan serta bahan pencerahan semula jadi yang dapat merawat kulit kendur.Campurkan tiga camca besar betik masak yang dikisar, 1/3 cawan oat dan satu camca besar madu. Sapu pada muka dan biarkan selama lima hingga 10 minit kemudian bilas dengan air suam. Insya Allah kulit wajah beransur tegang.

Selamat Mencuba 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Patutlah kulit diorg semua cantik2 kan

    BalasPadam
  2. Saya pakai aloe si yaya tu jer...oklah sikit...dlu muka ni kering aje...ni boleh la sikit sikit...nak kata mulus tu belum lagi la...hahaha

    BalasPadam
  3. thanks for the tips :D Mellya memang suka baca entry cenggini hahah bila nak ada kulit flawless entah

    BalasPadam
  4. nice. thanks for the tips ccl! bolehlah saya amalkan pasni :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan