Rabu, 24 Mei 2017

BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG KALAU AKHLAK TERUK !!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




TIPS BERTUDUNG , ISU AKHLAK , TUDUNG VS AKHLAK ,


BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG KALAU AKHLAK TERUK !! Jap...Apa kaitan tudung dengan akhlak? Nak tegur akhlak, jangan kaitkan dengan tudung.Akhlak baik ke tak, tutup aurat tu wajib.Cuba bayangkan.Ada orang dia solat, tapi perangai teruk.Pastu ada orang cakap:"Baik tak payah solat kalau perangai teruk..."

Sebenarnya, perkataan macam nilah yang membuatkan orang yang nak berubah tak jadi nak berubah.Tak tutup aurat tu dosa.Akhlak buruk tu pun dosa.Tapi, kalau dia akhlak buruk, kenapa nak suruh dia bukak tudung pulak? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa??!Tak solat tu dosa.Akhlak buruk tu pun dosa.Takkanla sebab dia akhlak buruk, kita nak suruh dia supaya tak solat? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa?

So, apa nak buat?CCL cadang, kalau seorang perempuan tu bertudung, tapi akhlak dia teruk, tegurlah akhlak dia, jangan kaitkan dengan tudung. Tak payah suruh dia cabut tudung.Isu akhlak ni, orang pakai tudung atau tak pakai tudung, dua-dua ada masalah. Dia akhlak buruk bukan sebab dia bertudung atau tak. Tapi, memang dia ada la masalah yang menyebabkan dia berakhlak sebegitu.So, jangan kaitkan akhlak dengan tudung.Ataupun, ada yang guna ayat:"Harap je pakai purdah, tapi couple. Baik tak payah pakai purdah..."

Ada satu ayat yang lagi tah apa-apa saya pernah jumpa:"Kau ni harap je pakai tudung, tapi perangai serupa kafir. Baik kau murtad ke la..."??Seriusly.Nak tegur orang, kena bijak.Jangan di sebabkan teguran kita tu membuatkan seseorang tu rasa benci dengan kebaikan, lalu meninggalkan kebaikan tersebut.

" Perempuan yang bertudung tak semestinya baik.. " Pernah dengar bukan?  Okay,  dengar ni pula yaa
Tudung fungsinya adalah menutup aurat rambut wanita. Dan bukannya bertudung sebab nak nampak baik. Tidak semua perempuan yang bertudung itu jahat. Perangai, fikiran dan hati manusia ni lain² bukan semuanya sama.

Kalau nampak wanita lain yang bertudung melakukan kesilapan,  janganlah libatkan kami yang bertudung litup ni juga ya. Takkanlah disebabkan seorang wanita yg bertudung buat silap,  kami pun akan terlibat sama? Apa pula salah kami ?

Mohon berfikir dahulu yaa. Tak marah pun,  nasihat ja.  Awak pun tak suka kalau orang samakan perangai awak dengan perangai orang lain kan? Kalau awak nak nasihat awak diterima oleh orang lain,  awak kena terima dulu nasihat daripada orang lain. Baru adil.



8 ulasan:

  1. W'salam Cik CL,
    Akak memang tak suka statement macam tu Cik CL..
    Akak setuju sangat tegurlah akhlak bukan kaitkan dengan pakaian.. Tapi orang bertudung juga kenalah seiring dengan penampilan. Jangan sampai dicop sedemikian.. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Semua wanita bertudung terpalit kannn..

    BalasPadam
  2. betullah tu CCL. tudung is tudung. attitude is attitude

    BalasPadam
  3. betul. tudung tu wajib kalau perangai dia tak elok tegur la cara baik jgn nak kait dgn tudung pula.

    BalasPadam
  4. org yg bertudung tu sebab dia tahu berdosa kalau membiarkan org melihat aurat dia dan sebaik2nya akhlak kita pun kita kena ubah kearah kebaikan barulah semua nampak cantik kan..wallahuallam

    BalasPadam
  5. betul tu takda kaitan langsung. sama juga, jika orang islam yang buat salah pun, tegur orang islam bukan agama islam.

    BalasPadam
  6. btol2.. setuju sgt.. rmai yg jdikan mcm slogan dh psl akhlak & tudung.. dlm kes2 (maaf ckp) mencuri kat surau @ masjid pn, org akan kaitkan buat malu org bertudung je.. malu baca.. apa la agaknya pendapat org yg bukan Islam kan.. Nauzubillah.. semoga persepsi mcm tu dpt di buang

    BalasPadam
  7. selalu kena. kadang bukan kita tak nak berubah jadi baik, tapi orang sekeliling selalu buat kita rasa macam down :(

    salam kenal.

    BalasPadam
  8. Semoga kita sentiasa menjaga adab berbicara kan..
    Betul tu, apa kaitan tudung dgn akhlak, nak tegur biarlah sopan ..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !