Rabu, 31 Mei 2017

GIVEAWAY KAD RAYA BY ZAFIRAH NAZRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

GIVEAWAY KAD RAYA BY ZAFIRAH NAZRI



Haii, selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh rahmat . .kali ini CCL luangkan masa untuk support segmen dan giveaway yang rakan-rakan blogger anjurkan ..

Giveaway ini dianjurkan oleh blogger zafirah nazri ..sempena bulan puasa kan .. peserta yang join GA  ini berpeluang merebut 10 kad raya . Hah ayuh join ramai- ramai bukan senang nak dapat kad raya dari blogger sebagai tanda kenang-kenangan ..

Nak join ? Boleh klik pada banner kat atas  atau pun di SINI

GA Bakal tamat 18 Jun ..


13

Selasa, 30 Mei 2017

MURTABAK ANTARA MENU WAJIB DI BULAN PUASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Murtabak,menu bulan puasa,resepi murtabak,murtabak sedap,resepi murtabak mudah,murtabak cheese,murtabak daging,murtabak ayam,murtabak bersama kuah gulai,murtabak bulan puasa,murtabak maggie,murtabak kulit popia


MURTABAK ANTARA MENU WAJIB DI BULAN PUASA  CCL pun tak tahu kenapa setiap kali menjelang ramadhan, murtabak mesti menjadi rebutan. Walhal masa bulan lain bukannya tak ada jual. Tapi bila bulan puasa sahaja, bukan main panjang orang beratur demi sekeping murtabak. Dah macam scene pelancaran tudung Fareeda pulak.

Tak kisahlah apa pun juadah berbuka kita. Selera masing-masing tak sama bukan. Cuma, dalam membeli pastikan kita tidak membazir. Kalau perut bersaiz S, tak perlulah acah-acah nak makan macam perut kau saiz XL. Cukuplah sekadar mengenyangkan.

Membazir ini bukan bermaksud kau membeli sampai penuh tangan kiri kanan. Bukan begitu. Jika beli banyak sekalipun namun ia habis dimakan,  itu tiada masalah. Barangkali selera kau besar.Juga tak perlu memandang serong mereka yang berbelanja besar untuk berbuka. Bersangka baiklah dengan mereka yang membeli juadah berbuka dengan banyak. Siapa tahu banyak perut yang perlu mereka isi di rumah. Anak dan isteri misalnya. Siapa tahu entah mereka berkongsi rezeki dengan yang lebih memerlukan.

Lihat diri kita sendiri sudah memadai. Apakah murtabak yang kita beli itu habis dimakan? Atau ia berakhir dengan tragis di dalam sinki, tong sampah, malah dibiarkan basi di bawah tudung saji. Semoga kita terpelihara dari sikap begini.Jadi marilah kita sama-sama menyambut Ramadhan Al Mubarak. Bukannya Ramadhan Al Murtabak.

9

Isnin, 29 Mei 2017

DALAM HIDUP JANGAN MENGELUH, TAPI BERSABARLAH DALAM SETIAP PERKARA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tps kehidupan,jangan mengeluh,sentiasa sabar,qoutes kehidupan

DALAM HIDUP JANGAN MENGELUH, TAPI BERSABARLAH DALAM SETIAP PERKARA Jangan mengeluh.Jangan cakap hidupmu tidak bahagia.Allah mungkin sudah simpan kebahagiaanmu dekat Syurga . Mungkin .CCL kata mungkin .Dekat dunia ni kita kenalah sabar sikit .Semua orang nak rasa bahagia tu macam mana .Tapi sabarlah .CCL tahu sabar tu tak seberapa indah , tapi cubalah tahan .Allah suruh kita tunggu sekejap . Sekejap je . Tak lama .

Usahalah untuk tunggu .Bermacam hadiah yang Allah dah beri , kenapa dengan sikit ujian ni kita nak lemah jatuh terbaring tak bangkit bangkit ?Semua orang nak rasa dikasihi .Tapi jika bukan kat sini tempatnya , maka mungkin kat sana .Sabar sikit , boleh ? 

Allah tak suka hambaNya mengeluh , sebaliknya Allah minta hambaNya bersabar dalam setiap perkara.InsyaAllah Allah nak berikan yang manis-manis untuk hidup kita . So keep up and stay strong 

10

Sabtu, 27 Mei 2017

JUADAH BERBUKA PUASA DIBELI PETANG TADI DAH HABIS KE TIDAK ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

JUADAH BERBUKA PUASA DIBELI PETANG TADI DAH HABIS KE TIDAK ?   Sebelum fikir juadah berbuka untuk esok, eloklah ramai-ramai pergi dapur dan jenguk juadah yang dibeli siang tadi. Habis ke tidak. Kalau tak habis dan masih elok, boleh bawa masa sahur. Jadi tak perlulah masak teruk-teruk pagi esok. Jangan terus dibuang walaupun korang yang jenis banyak duit dan tak berkira bab makan. 


Juadah berbuka puasa, menu berbuka puasa, resepi berbuka puasa, resepi untuk bersahur, resepi mudah ketika sahur, blog resepi,

Bulan puasa ini bulan pesta ibadat. Dalam sebulan inilah kita nak baiki solat, buka Al-Quran yang sudah lama tidak disentuh, bersedekah, dan lain-lain ibadat yang dirasakan perlu. Yang ini korang buatlah beria-ria macam mana pun. Tak ada yang marah. Lagi pula setiap amalan kita digandakan sepuluh hingga 700 kali ganda. Kos berganda - ganda di bulan ini sahaja tahu.

Ya,CCL tahu pesanan begini klise dan sudah sering diulang-ulang. Tapi itulah, kalau CCL tak pesan, nak harapkan siapa lagi. Done dakwah woih!

Semoga bermanfaat.Salam Ramadhan Al-Mubarak


6

Rabu, 24 Mei 2017

BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG KALAU AKHLAK TERUK !!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




TIPS BERTUDUNG , ISU AKHLAK , TUDUNG VS AKHLAK ,


BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG KALAU AKHLAK TERUK !! Jap...Apa kaitan tudung dengan akhlak? Nak tegur akhlak, jangan kaitkan dengan tudung.Akhlak baik ke tak, tutup aurat tu wajib.Cuba bayangkan.Ada orang dia solat, tapi perangai teruk.Pastu ada orang cakap:"Baik tak payah solat kalau perangai teruk..."

Sebenarnya, perkataan macam nilah yang membuatkan orang yang nak berubah tak jadi nak berubah.Tak tutup aurat tu dosa.Akhlak buruk tu pun dosa.Tapi, kalau dia akhlak buruk, kenapa nak suruh dia bukak tudung pulak? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa??!Tak solat tu dosa.Akhlak buruk tu pun dosa.Takkanla sebab dia akhlak buruk, kita nak suruh dia supaya tak solat? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa?

So, apa nak buat?CCL cadang, kalau seorang perempuan tu bertudung, tapi akhlak dia teruk, tegurlah akhlak dia, jangan kaitkan dengan tudung. Tak payah suruh dia cabut tudung.Isu akhlak ni, orang pakai tudung atau tak pakai tudung, dua-dua ada masalah. Dia akhlak buruk bukan sebab dia bertudung atau tak. Tapi, memang dia ada la masalah yang menyebabkan dia berakhlak sebegitu.So, jangan kaitkan akhlak dengan tudung.Ataupun, ada yang guna ayat:"Harap je pakai purdah, tapi couple. Baik tak payah pakai purdah..."

Ada satu ayat yang lagi tah apa-apa saya pernah jumpa:"Kau ni harap je pakai tudung, tapi perangai serupa kafir. Baik kau murtad ke la..."??Seriusly.Nak tegur orang, kena bijak.Jangan di sebabkan teguran kita tu membuatkan seseorang tu rasa benci dengan kebaikan, lalu meninggalkan kebaikan tersebut.

" Perempuan yang bertudung tak semestinya baik.. " Pernah dengar bukan?  Okay,  dengar ni pula yaa
Tudung fungsinya adalah menutup aurat rambut wanita. Dan bukannya bertudung sebab nak nampak baik. Tidak semua perempuan yang bertudung itu jahat. Perangai, fikiran dan hati manusia ni lain² bukan semuanya sama.

Kalau nampak wanita lain yang bertudung melakukan kesilapan,  janganlah libatkan kami yang bertudung litup ni juga ya. Takkanlah disebabkan seorang wanita yg bertudung buat silap,  kami pun akan terlibat sama? Apa pula salah kami ?

Mohon berfikir dahulu yaa. Tak marah pun,  nasihat ja.  Awak pun tak suka kalau orang samakan perangai awak dengan perangai orang lain kan? Kalau awak nak nasihat awak diterima oleh orang lain,  awak kena terima dulu nasihat daripada orang lain. Baru adil.



8

Sabtu, 20 Mei 2017

LIMA PERSEDIAAN SEBELUM TIBANYA BULAN RAMADHAN


Assalamualaikun dan Salam Sejahtera


1 ramadhan 143H, bulan puasa bagi umat islam, Persediaan menjelang bulan ramadhan, persedian bulan puasa, ramadhan, tips bulan ramadhan, tips dalam bulan ramadhan,


LIMA PERSEDIAAN SEBELUM TIBANYA BULAN RAMADHAN  Salam Sabtu 20 Mei 2017. Hari ini Sabtu terakhir sebelum kita mula menyambut 1 Ramadan 1438 H yang jatuh pada Sabtu depan. Bersamaan dengan 27 Mei 2017.Tidak lama. Kira-kira seminggu sahaja lagi. Debaran sudah terasa. Bagaimana dengan persediaan mental dan fizikal. Sudah bersedia atau belum?

Jadi apa persediaan kita seminggu sebelum Ramadan? Adakah ke pasaraya untuk membeli makanan basah seterusnya disimpan dalam peti sejuk? Atau buat endah tidak endah sahaja. Sampai masa pergilah beli. Atau beli sahaja di bazaar Ramadan.Atau ada yang sudah siap-siap beli baju raya dan tempah tiket bas balik kampung.Tidak salah. Beli baju raya awal senang. Selepas ini tidak kalut lagi. Boleh fokus puasa. Tiket pun perlu beli awal. Supaya tidak  menangis di stesen bas.

Sebenarnya, ada beberapa persediaan yang boleh lakukan sebelum Ramadan memunculkan diri. Antaranya:

1. Ganti Puasa yang Tertinggal Tahun Lepas
Berapa hari tertinggal? Sebab apa? Kalau tertinggal banyak, mungkin sudah lewat. Tapi kalau tertinggal dua tiga hari masih sempat lagi hendak qada'.

2. Memperbanyak Puasa Sunat Sebagai Persediaan
Kadang-kadang terkejut juga 1 Ramadan terus puasa. Sebab itu kita sering letih dan tidak bermaya di hari pertama puasa. Malah ada yang pengsan.Pertama, betulkan niat puasa sunat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam masa yang sama, kita boleh jadikan puasa sunat sebagai persedian awal.

3. Belek Semula Bahan Bacaan Berkaitan dengan Ramadan
Kita berpuasa setahun sekali. Kadang-kadang banyak yang sudah kita lupa. Apa perkara yang wajib, apa perkara yang sunat, apa perkara yang haram dan sebagainya.Selongkar semula buku, majalah, keratan akhbar atau google sahaja.Seminggu inilah masa terbaik untuk menelaah semula. Baca tatacara solat Terawih, niat puasa dan sebagainya. Biasalah setahun sudah tinggal. Niat pun sudah lupa. Nanti hendak niat puasa. Tapi terniat mandi wajib.

4. Bayar Fidyah dengan Nilai Sepatutnya
Ada beberapa sebab yang menyebabkan kita mungkin meninggalkan puasa pada tahun lepas. Pertama, mungkin faktor fizikal (contohnya orang tua) yang menyebabkan kita tidak berupaya berpuasa.Kedua, ibu yang tengah mengandung atau menyusukan bayi dan bimbang akan memudaratkan kesihatan dan bayi yang menyusu. Kalau puasa pengsan. Atau kalau puasa susu tidak keluar.Jadi, orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikannya sehingga masuk Ramadan perlu membayar Fidyah.

5. Rancang Pelan Ibadat Sepanjang Ramadan 1438 H
Ya, pelan Ibadat sepanjang Ramadan pun perlu dirancang. Contohnya jadual perjalanan harian. Pelan Terawih. Pelan membaca dan tadabbur al-Quran. Majlis berbuka puasa. Sedekah. Dan lain-lain.

Perlu. Supaya ibadat kita tersusun dan berjalan dengan lancar.

Sekian, salam Sabtu. Sedang buat apa tu?

9

Rabu, 17 Mei 2017

HIDAYAH DATANG MENGETUK PINTU HATI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



Aku Mahu Hidayah, hidayah, hidayah diri, tips dapat hidayah dari Allah, tips keagamaan,


HIDAYAH DATANG MENGETUK PINTU HATI Hidayah datang mengetuk pintu hati kita kerana kita yang mengizinkan dia masuk.Bukan dia sendiri datang. Sebab hidayah tak datang offer diri. Bukan hidayah zara zya yang berlakon dalam cerita hidayahMu ramadhan tu. Tapi hidayah iaitu petunjuk. Kita kena usahakan hidayah tu.Lainlah soal jodoh. Perlu tunggu. Kadang perlu usaha. Tapi cukup sekadar doa, "Allah, moga jodohku seseorang yang meletakkan Engkau nombor satu. Agar CCL Dapat menumpangnya sekali ke syurga. Dan seseorang yang indah budi dan akhlaknya" Aminkan untuk diri sendiri ya..Berbalik pada tajuk kita okey sayang semua , Sakitkan bila kita nak sambut hidayah tu? Lepas sambut pun still sakit. Tapi, manisnya. Subhanallah. Lebih manis dari gula kapas.


7

Isnin, 15 Mei 2017

SEGMEN: BLOG EYJA DOT COM CARIK BLOGLIST


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



cara blogwalking, cara mudah nak blogwalking, Segmen blogwalking, cara mudah naikkan trafik blog, Tips naikkan trafik blog,


SEGMEN: BLOG EYJA DOT COM CARIK BLOGLIST  . CCL join segmen lagi , kali ini segmen dari blogger Eyja . Blogger Eyja tengah mencari bloglist untuk blog beliau , bukan mudah blog kita untuk memasuki bloglist blogger-blogger lain kan , memandangkan CCL pulak bukanlah blogger yang terkenal diluar sana . so meh ramai-ramai join mana tahu blog uolls pun terpilih ,, 

segmen ini bakal berakhir pada 12/06/2017 . syarat pun cukup simple hanya follow blog dan like fbpage . 

nak join klik banner di atas..


5

Ahad, 14 Mei 2017

COST PER CLICK (CPC) NUFFNANG BULAN MEI BLACKMORES VITAL SINE UNTUK PENJAGAAN RAMBUT


Assalamualaikum dan Salam sejahtera 


cpc nuffnang,nuffnang bulan mei , blackmores vital shine , produk blackmore vital shine , review produk , tips penjagaan rambut , vitamin rambut


hai uolls ..happy weekend day and happy mothers day in the world .. petang hujung minggu ni sempat jugak CCL taip entri baru ..curi jugak masa sedikit untuk update blog disebabkan blog dah tiga or empat hari tak terupdate .. hah hari nieyh hati terasa gembira tak terkata ..CCL try check nuffnang alhamdulillah bulan mei ini melekat jugak satu iklan CPC ..berbanding bulan april yang lalu ..langsung tidak melekat ..harap - harap pihak nuffnang teruskan lagi kasi iklan untuk blog sendu CCL ni ..

cpc nuffnang,nuffnang bulan mei , blackmores vital shine , produk blackmore vital shine , review produk , tips penjagaan rambut , vitamin rambut


iklan kali ni pihak nuffnang kasi dari 'blackmores vital shine '. nampaknya blackmores ada mengeluarkan produk yang baru ..Produk blackmore vital shine ini merupakan produk yang sesuai untuk penjagaan rambut,terutama untuk kaum wanita ..Al-maklum la kaum wanitakan rambut pun panjang-panjang belaka , of course la kena penjagaan rambut yang rapi . 

blackmores vital shine ini merupakan bahan - bahan yang berkhasiat , untuk penjagaan diri kita semestinya kita semua memilih bahan-bahan serta produk yang bagus bukan ?  so gabungan yang ada dalam produk ini seperti ekstrak rebung , ekstrak biji sekoi ,ekstrak teh putih dan bukhtorn laut  . semua bahan sesuai menyihatkan rambut . So untuk mengetahui lebih lanjut boleh terjah laman web  https://www.blackmores.com.my/products/vital-shine


11

Jumaat, 12 Mei 2017

SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY KINAH


assalamualaikum dan salam sejahtera 



BLOGLIST, cara gabungkan widget bloglist, cara letak bloglist di blog, Segmen bloglist, cara mudah naikkan trafik blog, CARA MUDAH BLOGWALKING,




segmen bloglist datang lagi ... opss segmen pencarian bloglist ni bukan CCL yang anjurkan ..tapi datangnya dari blogger kinah nazari .. blogger kinah tengah mencari untuk bloglist beliau .. so CCL rajinkan tangan adakan entri ini ..mudah-mudahan blog CCL  terpilih unutk dimasukkan ke dalam bloglist blogger kinah .. al-maklum la blog CCL blog sendu , tapi aktif 

syaratnya mudah ..

  • follow blog kinah 
  • like fbpage
  • buatkan entri berkenaan 
tarikh tamat segmen pada 14 Mei 2017 .
pada yang nak join rajin-rajinkan jari anda klik banner kat atas 
10

Selasa, 9 Mei 2017

CINTAI KERJAYA ATAU MENYUKAI TEMPAT KERJA MANA SATU PILIHAN YANG LEBIH BAIK ?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

CINTAI KERJAYA ATAU MENYUKAI TEMPAT KERJA MANA SATU PILIHAN YANG LEBIH BAIK ?Tentang pekerjaan. Selalu kita dengar ayat begini, seberat-berat pekerjaan, akan menjadi ringan kalau kita tidak mengerjakannya.Tapi itu bukan penyelesaiannya.

Ada masa, kita selalu mengeluh tentang kerja kita. Kerja kita mungkin tergolong dalam kategori 3D. Dangerous, difficult dan dirty.Kerja mencuci gigi ikan jerung mungkin tergolong dalam kategori bahaya. Kerja membilang bulu kambing mungkin sukar. Atau kerja cuci najis zirafah mungkin kotor.Kita mungkin beruntung. Bagaimana kalau kerja yang melibatkan ketiga-tiga kategori. Mencuci kandang singa misalnya - bahaya, susah dan kotor datang serentak.Semua orang mempunyai impian yang tinggi dalam kerjaya masing-masing. Siapa tidak mahu buat kerja senang, tapi gaji mahal. Kerja mudah dibayar tinggi.Kerja goyang kaki (tukang jahit) pun memerlukan kepada komitmen yang tinggi.

Konsepnya di sini mudah sahaja. Cintai kerjaya kita. Bukan menyukai tempat kerja kita. Kalau kita menyukai kerjaya kita, campaklah ke mana sahaja pun kita boleh hidup. Namun, kalau kita hanya menyukai tempat kerja kita, tatkala ditukarkan ke mana-mana, kita akan terumbang-ambing.Hilang pedoman.


cara apply jawatan kosong, cintai kerjaya mahupun tempat kerja, jawatan kosong, jawatan kosong seluruh malaysia, laman web jawatan kosong, lan web jobmalaysia, tips resume yang lengkap, tips temuduga,

Kata Plato, orang yang ingin bergembira harus menyukai kelelahan akibat pekerjaan.Sahabat, tidak ada pekerjaan yang tidak melelahkan. Tidak ada pekerjaan yang senang. Berilah contoh apa sahaja. Polis, tentera, guru, pegawai bank, kerani, posmen, peniaga, penjaga tiket, penjual nasi, atau apa sahaja - semuanya ada kesusahan yang tersendiri.

Orang mungkin tengok senang. Tapi tidaklah sesenang yang disangka.Di dunia, ada berpuluh-puluh ribu jenis pekerjaan.  Pilihlah mana-mana pekerjaan yang sesuai. Jangan terlalu memilih sangat. Asalkan ada peluang. Tatkala kita mendapat pekerjaan yang tidak kena dengan kelulusan kita, gaji yang tidak setimpal, atau terlalu sukar, bandingkanlah dengan orang yang langsung tidak ada pekerjaan.Ada orang menghantar ratusan resume namun tidak pernah dipanggil untuk temuduga. Ada orang yang tidak pernah puas dengan satu pekerjaan. Kerja, minta berhenti. Kerja, minta tukar. Kerja, minta naik gaji.

Seterusnya, tentang konsep pekerjaan itu sendiri. Memang semua orang bekerja kerana wang. Tapi apa salahnya kitar tukar konsep. Bekerja kerana mencari rezeki yang halal.Akhirnya, hanya pekerjaan yang ikhlas sahaja menjadikan kita tenang dalam menghadapi alam pekerjaan itu.Usah bandingkan kerja kita dengan kerja orang yang lebih tinggi. Sebaliknya, sentiasalah bersyukur dengan nikmat pekerjaan yang Tuhan beri.

10

Isnin, 8 Mei 2017

SIAPA YANG CIPTA ISTILAH 'MONDAY BLUES' ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


monday blues, monday blues qoutes ,happy monday , permulaan hari yang bagus

SIAPA YANG CIPTA ISTILAH 'MONDAY BLUES' ?  Hai uolls.. selamat pagi CCL  ucapkan ..moga permulaan hari ini segalanya mendapat berkat dari Allah s.w.t ..Hari ini hari isnin, CCL pasti semua rakyat diseluruh Malaysia pastinya tengah siap-siap ke tempat kerja.. Anak-anak pula tengah bersiap diri mereka memakai kemeja putih mahupun baju kurung putih dipadankan dengan kain biru ..Kalau di negeri Perlis ni hujung minggu adalah pada hari sabtu dan ahad ..lebih dikenali sebagai weekend day ..sesetengah negeri cuti hujung minggu ada yang sama  dengan negeri Perlis..ada juga negeri yang bercuti pada hari jumaat dan sabtu..so permulaan hari mereka adalah Ahad pada setiap minggu.Tapi bagi CCL permulaan hari minggu adalah Isnin .Hari isnin ini jugak dipanggil 'monday blues'

Siapa la yang cipta istilah 'Monday Blues' ni.. Asal isnin je semua nak jadi lembik, lengai, malas, dan mandom.. di laman-laman sosial pun ada juga sesetengah pengguna akan update tentang 'monday  blues' .. Kenapa perlu spoilkan permulaan minggu dengan perkara yang tak best? Dalam hidup, kita sentiasa ada pilihan.. Baik dan buruk sesuatu pengakhiran bergantung atas pilihan masing masing. Dan CCL sangat percaya, pengakhiran yang baik datang dari permulaan yang baik.

Uolls percaya ke tak? So jangan terlalu monday blues sangat ..


5

Sabtu, 6 Mei 2017

SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY MYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




syarat wajib
  1. follow blog
  2. buat entri segmen
tarikh tamat segmen 
 26 mei 2017

nak join ? boleh teka banner di atas ..


5

PERJALANAN HIDUP BERTITIK TOLAK DARI ALAM ARWAH YANG SERBA RAHSIA MENUJU ALAM SYAHADAH


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

HIDUP INI SATU PERJALANAN | Hidup ini satu perjalanan ..dimana perjalanan hidup seseorang itu sangat panjang .. satu perjalanan yang mana CCL  harus percaya perjalanan ini kena lalui dengan bersungguh-sungguh.Dalam perjalanan hidup manusia ini kita mengenal satu demi satu manusia ..hari ni kita dapat kenal orang yang hebat , tapi tak semestinya yang hebat itu sentiasa hebat itu pasti ada kekurangan , mungkin esok pula kita dipertemukan dengan orang yang baik ..tapi tak semestinya yang baik itu sentiasa baik , tetap jugak ada buruknya



"Hari esok adalah kemungkinan Semalam adalah kenangan Hari ini adalah perjalanan."

Sesungguhnya hidup ini adalah satu perjalanan yang mana menuju keabadian.Perjalanan yang bertitik tolak dari alam arwah yang serba rahsia menuju ke alam syahadah yang serba ghaib dan bersambung pula ke alam kebangkitan semula untuk dihitung di alam penghisaban dan ditentukan akhirnya di alam pembalasan yang kekal abadi antara syurga atau neraka.




hidup ini satu perjalanan , perjalanan kehidpan , perjalanan hidup manusia , tips kehidupan


Sepanjang jalan kita akan menempuh pelbagai situasi,kegembiraan, kegagalan,kekecewaan,keputusan yang getir, bertuah dan musibah,sedih pilu dan sebagainya yang tidak ada penamatnya samada dekat atau jauh perjalanan itu sebagai ujian hidup.sewajarnya lah dalam perjalanan yang penuh liku itu ada yang tersesat, terjebak,terkandas dan terselamat .Demikian juga setiap yang manis bertukar tawar dan hanbar,kesegaran menjadi rapuh dan kemudaan menjadi tua.Seperti sebuah sungai yang bermula dari satu titik air di tanah yang tinggi dan mengalir ke tanah yang rendah.Menuju ke muara sebelum bertaut dengan lautan yang bergelora.Tetes airnya menyelinap masuk melalui rekahan bumi dan menjadi tasik.Dan apabila mentari bersinar, tetesan akan mengewap ke udara menjadi embun dan awan.Dan awan pula berarak perlahan sehingga ke satu peringkat mencurahkan hujan ke bumi dan kembali ke sungai, tasik, muara dan lautan.


Sebenarnya titik permulaan dan pengakhiran adalah satu renungan dan mujahadah untuk kita mengambil pengajaran dalam perjalanan hidup ini.Segala kesusahan, pengorbanan,keberuntungan dan kebahagiaan adalah dari Rahmat dan izin-NYA.Setiap musibah yang terjadi ada hikmah disebalik kejadian yang di luar batas pemikiran akal kita.Hanya yang melihat melalui pandangan mata hati sahaja yang dapat menyelami dan menyedari dari apa yang berlaku.Namun siapalah kita untuk mengatasi ketentuan-NYA.


Renungan ku ini...terus menjelajah dari sebuah perjalanan yang unik penuh dengan keindahan suka dan duka. Ada warna pelangi dan percikan bunga api yang berwarna warni indah dan ada juga bedilan peluru ujian pihak musuh serta gelombang duka....dalam kealpaan dan khilaf....sesungguhnya hidup ini adalah satu perjalanan hanya kesabaran yang mampu menjengah rasa mengubati jiwa.



Daripada ibn Abbas r.a berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


" Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksakan atas mereka."

1

Jumaat, 5 Mei 2017

SEGMEN BLOGLIST BLOG TIARA SAPPHIRE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Segmen bloglist,cara blogwalking,tips trafik meroket,tips trafik tinggi

SEGMEN BLOGLIST BLOG TIARA SAPPHIRE segmen bloglist datang lagi .kalau tadi CCL baru sahaja join segmen pencarian bloglist dari si blogger kisahjuju.com . So kali ni CCL  terpandang segmen yang baru dari si blogger Tiara Sapphire .. tengah mencari bloglist ..

Syarat yang mudah 

  1.  Follow blog Tiara Sapphire
  2. Masukkan blog Tiara Sapphire ke bloglist masing-masing ..
Segmen ini bakal berakhir 8Mei 2017 
So pada yang nak join boleh tekan pada banner . 

7

Khamis, 4 Mei 2017

SANDWICH TELUR BERSAMA CHEESE


Assalamualaikum dan Salam  Sejahtera 

RESEPI SANDWICH TELUR CHEESE   Resepi yang bersiaran kali ini tersangatlah mudah , CCL pasti ramai yang padai membuat resepi yang cukup simple ini .Tetapi atas kerajinan CCL kongsi jugak resepi ini untuk uolls semua . Baiklah hari ini CCL akan kongsikan  satumenu sarapan pagi dan boleh juga dijadikan menu di petang hari .. 'Sandwich Telur Cheese'



resepi , blog resepi , resepi sandwich , resepi sarapan pagi , menu sarapan pagi , resepi sandwich telur , sandwich telur bersama cheese , sandwich cheese , resepi  simple



Bahan-bahannya :

5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
70gm mentega
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
kepingan cheese
1 buku roti putih sandwich
Cheese hancur *Apa jua jenis yang hancur


Cara Penyediaan 

1. hancurkan telur, cheese dan mentega sehingga sebati

2. taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam

3. sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya lakukan sehingga habis
potong dua/ menyerong. Siap! Kalau nak lagi sedap boleh bakar, tapi kalau tak nak pun tak pe..bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperanga..angkat dan hidangkan!

selamat mencuba 


12

Isnin, 1 Mei 2017

TIPS MEMILIH SOTONG YANG SEGAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

TIPS MEMILIH SOTONG YANG SEGAR | Ini namanya sotong cumi atau sotong putih.  Sotong ini banyak dijual di pasar termasuklah di beberapa pasaraya besar. Harganya sekitar RM12 hingga RM60 sekilo bergantung pada saiz dan tahap kesegaran.Memilih dan membeli sotong segar memerlukan sedikit ilmu dan ketelitian. Disini CCL nakxshare serba sedikit ciri ciri sotong segar yang boleh dijadikan panduan.




tips memilih sotong segar , resepi sotong masak tepung , resepi sotong , sotong sumbat , sotong masak sambal , ketupat sotong , kerabu sotong , tips kekalkan kesegaran sotong , gambar sotong , jenis sotong


1. Badannya kenyal dan tidak lembik apabila ditekan. Kepala dan badannya juga tidak tertanggal apabila diangkat. Satu lagi, mata sotong yang segar kelihatan cantik dan tidak sembab seperti mata kau. Okay, gurau je. Hihi.

2. Badan berwarna putih bening dan hanya ada sedikit bintik hitam(Kecuali sotong merah/cabai). Sotong ini masa dalam laut badan dia lutsinar. Maknanya boleh nampak semua organ dia. Tetapi bila naik ke darat, ia akan bertukar putih.(Seperti dalam gambar)

Apabila dibiarkan terlalu lama atau terluka, kulit luar sotong akan bertukar merah keunguan. Ramai yang menyangka sotong begini segar walhal tidak sebenarnya. Tetapi walaupun kesegarannya sudah berkurangan, manis sotong itu tidaklah hilang terus dan masih sedap dimakan jika pandai masak.Cuma, elakkanlah membeli sotong yang kulitnya sudah terobek lesu dan berwarna ungu tua. Itu betul punya sotong lama.

3. Sotong segar juga tidak berbau hanyir dan ada sejenis lendir yang menyelaputi badannya.


4. Tidak direndam atau diletakkan dalam ais. Sotong segar biasanya dijual dengan cara membiarkannya terdedah diatas meja atau dalam pinggan. Ada dua sebab kenapa sotong diletakkan bersama ais. Pertama, untuk mengekalkan kesegaran. Kedua, untuk menyembunyikan kecacatan sotong. Apapun rujuk semula point 1,2, dan 3.



Jadi, begitulah serba sedikit tips untuk mengenal sotong segar. Semoga membantu korang untuk lebih bijak membeli makanan laut di pasar. Yang segar segar ini biasanya manis dia perghh lain macam sikit. Tak percaya pergilah cari sotong segar esok!




19
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !