Rabu, 5 April 2017

HIDUP INI ADA KAWAN MENDAMPINGI KITA


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kawan,tips dalam berkawan,hububgan ersahabatan,ciri-ciri kawan yang baik,sahabat dunia akhirat,kawan tikam belakang,menjaga hati seorang kawan,kawan sahabat di dunia

HIDUP INI ADA KAWAN MENDAMPINGI KITA | Dalam hidup ini ada beberapa jenis kawan yang mendampingi kita.Jenis pertama ini susah sikit nak jumpa. Mereka ialah kawan susah senang kita. Atau sedap sikit kita panggil sahabat. Apa sahaja perkara baik yang kau buat dia akan sokong dan bantu apabila perlu.Jenis ini juga kalau nak bahan, nak marah atau tegur biasanya depa terus sembur atas muka kau. Tak ada cakap belakang. Kadang nampak macam dia tak peduli pasal kita tapi percayalah di belakang kau dia akan cakap yang baik - baik sahaja.Namun awas. Akan ada yang selama ini haram nak peduli pasal kau boleh muncul secara tiba tiba dan mengaku kawan baik. Kalau bukan sebab nak pinjam duit, mesti dia nak ajak kau join bisnes 'juta juta'.hehehehhe 

Yang sejenis lagi ni pula kau kena hati hati. Sebab depan kau dia boleh jadi macam Hawariyyun. Tapi di belakang kau, Masya-Allah. Kalau Firaun tahu, dia pun tak mahu buat kawan dengan orang begini. Apa sahaja yang kita buat semua tak kena dimatanya. Lagi tinggi kau naik, lagi dia geram dan dalam hatinya sentiasa harapkan kau jatuh terjelepok dan terus mati. Ha. Ha. Ha. (Gelak jahat)


Sepotong sabda Nabi yang bermaksud;“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.”

Hal berkawan ini Nabi pun dah bagi panduan. Bukannya boleh berkawan sembarangan orang.Dan cara terbaik dalam berkawan ini ialah dengan bersederhana. Ini baru kenal je kau dah sanjung dia macam kenal lama. Apa yang dia buat semuanya sempurna. Jangan. Kelahanatan hidup ini sukar dijangka. Jadi simpanlah sedikit ragu ragu supaya tidak kecewa. Begitulah.

10 ulasan:

  1. Cam akak sendiri mmg tak ramai kawan rapat.. ada sorang dua je yg boleh dipercayai.. :)

    BalasPadam
  2. Tentang kawan or sahabat ni saya setuju. Nak berkawan pon biar berpada. Tak boleh main redah je kan. hehe. apa apa pon salam kenal dari CikkMira :D

    BalasPadam
  3. Terima kasih singgah!!

    nak kawan dengan sis CCl lahhh..ehehehe!

    BalasPadam
  4. ada kawan yang baik adalah rezeki

    BalasPadam
  5. teman yang baik ada di sisi kita saat kita susah & senang

    BalasPadam
  6. "berkawan ini ialah dengan bersederhana"

    Setuju, nak pula zaman sekarang ni, bukannya semua orang boleh jadi kawan kita. kadang2 nampak baik, tapi hati dia kita tak tahu kan? Maka berhati-hatilah memilih kawan.

    BalasPadam
  7. x dapat nak bayangkan kehidupan yang tanpa kawan :'( sunyinya hidup macamtu. tapi, bila ada kawan yg betul2 sahabat, jangan sesekali dikhianati

    BalasPadam
  8. semoga di kalangan kawan2 kita adalah orang yang baik2 sahaja. aminn

    BalasPadam
  9. betul tu, hehe~kena berkawan, dan bijak memilih yg bgaimana....
    Nona followback here...thanks follow ehhh !!!!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...