Khamis, 16 Mac 2017

THE SUNSHINE BLOGGER AWARD TAGGED BY MELLYACRAYOLA


Assalamualaikum uolls .. Salam petang Khamis

Minggu ni banyak pulak entri 'The Sunshine Blogger Award' berlegar- legar .. thanks a lot to blogger ' MellyaCrayola' yang sudi tag CCL  untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan .. sebenarnya dah dua tiga hari blogger MellyaCrayola tag CCL .. baru hari ni CCL  berkesempatan nak menjawab 11 soalan tersebut ...

Nak tahu apa yang blogger MellyaCrayola tanya.uolls boleh  terjah entri ni ..


Blogger awards , the sunshine blogger award,cabaran blogger


Soalan dikemukakan dalam bahasa inggeris .tapi CCL macam tak da keyakinan sangat nak jawab dalam bahasa inggeris .. takut nanti berterabur setiap ayat haa..so izinkan CCL  menjawab dalam bahasa melayu ya ..


What would you do if you had one million ringgit? 
Firstly kalau dapat 1 milion ni.niat CCL pergi bersama family tunaikan umrah dan haji . Niat yang kedua nak beli rumah sendiri.al-maklum la harga rumah semakin hari semakin tinggi.Niat yang ketiga CCL  nak sedekahkan pada anak-anak yatim & orang miskin . Rezeki yang kita dapat lebih berkat bila dikongsi bersama ..



What would your ideal day be like? 
Hari yang paling ideal bagi CCL ..hari minggu sabtu dan ahad ,sebabnya pada hari tue terasa diri dekat dengan family masing-masing bebas dengan kerja.Tak lupa juga Hari Jumaat hari yang barakah yang sangat istimewa walaupun kita lalui setiap minggu ..



Your best memory? 
Memori yang paling best dalam kehidupan yang masih segar bugar dalam hidup CCL ialah memori bersama Family..dapat berkumpul ramai-ramai 



Would you rather visit the past or the future (of your own life)? 
Masa lalu tempat yang paling bagus untuk melawat tapi tak good place to stay.Masa lalu jangan dikenangkan sangat bak orang tua-tua cakap.Melawat masa depan mungkin kita boleh merancang masa depan yang bakal datang tapi diingatkan kita hanya merancang Allah yang akan menentukan segalanya.so teguhkan iman untuk terus ke hadapan



Favorite social media platform? 
Facebook .sebabnya melalui facebook boleh dapat pelbagai maklumat yang berlaku di dalam malaysia mahupun di luar negara .
Blogger.sebabnya CCL suka membaca sekali gus suka menulis so platform ni memang sesuai untuk CCL.
Instagram.CCL seorang kaki shoot gambar ..kaki selfie.so platform instagram CCL  gunakan untuk upload gambar-gambar..CCL lebih suka uploas di instagram berbanding dalam facebook.



If you had the chance to meet an author or celebrity, who would you choose? 
Kalau berpeluang jumpa pengarang.CCL  pilih nak jumpa 'Adnin Roslan' ..yang tak kenal Adnin Roslan boleh la google search..Adnib Roslan ni penulis buku 'Tarbiah Sentap' .memang CCL tertarik dengan gaya penulisan beliau ..walaupun gaya penulisan yang simple ..tapi dia punya deep tue memang menusuk la..
Kalau berpeluang jumpa selebriti ..CCL akan pilih berjumpa dengan 'Aeril Zafril' .Baru-baru ni ada tengok blogger-blogger hi-tea dengan dia..alahai jelous yakmat tau tak..huhu.

Do you prefer talking or texting?
CCL lebih suka texting berbanding talking .salah satu sebabnya CCL  bukan kai gayut ..so kalau nak on call handphone ni memang perkara yang importance ja..selebihnya CCL lebih suka texting.



How did you come up with the name for your blog?
Firstly mula menapak dalam dunia blog ni .. blog CCL  dinamakan http://cyanxkamo.blogspot.com ..so tahun lepas CCL ambil keputusan untuk tukar link blog yang CCL tengah guna sekarang . Nama dapatnya nama blog n8 sebenarnya CCL seorang coffee lover ..so terbinalah blog CikCappuccinoLatte .



What is your advice for those trying to get into the world of blogging?
Bagi blogger-blogger yang baeu nak bina tapak dalam dunia blogger .teruskanlah ..jangan berhenti.biarlah isi yang ada dalam blog tue bermanfaat isinya..jangan sekadar mengejar gosip-gosip artis semata-mata .cara penulisan biarlah diredhai Allah ..jangan menulis sampai membuka aib seseorang .



Beyond blogging, what do you (as a job)?
Kalau tak blogging mungkin CCL  akan penuhkan masa yang ada dengan melukis doodle art design ..urmm dah lama jugak tinggal dunia doodle art ni .selain tue CCL suka buat quiling art design ..main dengan kertas-kertas warna warni gitu ..hilang tension ..



If you could live in any country, which one would it be?
Urmm.mungkin CCL  akan pilih negara Istanbul.walaupun tak pernah berangan nak jejak kaki ke sana ..tapi pernah tengok keindahan negara tersebut ..ada air hot ballon tepi-tepi gunung , ladang bunga tulip ..dan seni bina masjid yang cantik-cantik


Hah already done CCL jawab 11 soalan tersebut .hehe ..
Stay tune CCL akan jawab 11 lagi soalan dari blogger seterusnya ... 

2 ulasan:

  1. CR pun ada kawan blogger tagged. Tapi x jawab2 lagi soalannya. Huhu

    BalasPadam
  2. Istanbul sememangnya mempunyai tempat yang indah dan tempat kebanyakan para anbiya disemadikan.. =) Best jugak kalu dapat tinggal di sana.. =)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !