PENDAPATAN BAWAH RM 4RIBU LAYAK DAPAT BR1M WALAUPUN ADA SSM


PENDAPATAN BAWAH RM 4RIBU LAYAK DAPAT BR1M WALAUPUN ADA SSM | Dua tiga hari ni ..CCL tengok rata - rata kat media sosial panas macam pisang goreng hangat ..panas macam cuaca kat Perlis ni haa ..panas berkaitan BR1M vs SSM  ..Ada yang tak dapat BR1M sebab ada daftar SSM, so disuruh dapatkan pengesahan SSM. Mungkin SSM nak minta penyata kira kira untung rugi, atau penyata bank. So, yang buat rayuan tu actually macam perangkap.. Bila penyata kita serah kat SSM campur pendapatan isi rumah. Last last bukan dapat duit. Kena isytihar pendapatan untuk bayar cukai pulak. Sila tak note dear..

 Kesimpulannya, yang tak dapat BR1M tak perlu la buat rayuan. Buatlah pilihan yang bijak. Kecuali kalau akaun bank memang tak aktif, atau memang dah lama tak niaga, sila buat rayuan. Tapi, kalau akaun bank berdesup duit masuk, hari hari ada transaction keluar masuk, better lupakan buat rayuan tu. Kang LHDN mai cari lagi naya..apa pun CCL pun tak nak cakap banyak pasal BRIM vs SSM ni .apa kata kita dengar penjelasan dari pihak kerajaan tentang isu ini


BRIM 2017,SSM,SEMAK BR1M 2017,SEMAK BR1M 20Q7 SECARA ONLINE ,RAYUAN BR1M 2017 KERANA STATUS SSM,SSM PUNCA BR1M GAGAL,RAYUAN BR1M 2017,CARA MEMBUAT RAYUAN BR1M 2017,LAMAN WEB BR1M 2017,E-BR1M ,E-BR1M 2017

   
KUALA LUMPUR – Semua individu bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 dan isi rumah dengan pendapatan RM4,000 ke bawah layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini.

Justeru itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan yang kini tular di laman sosial kononnya pemohon yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak layak mendapat bantuan itu.

“Sesiapa yang mendaftar BR1M, tak kira ada SMM ke tiada SSM, 
dapat bantuan ini kalau pendapatan di bawah RM4,000.

“Saya beri jaminan bahawa isi rumah yang berpendapatan bawah RM4,000 dan
individu bujang yang bergaji RM2,000 ke bawah akan dapat BR1M… kalau siapa tak
dapat, saya nak tahu,” katanya dalam sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Johari berkata kebanyakan permohonan yang ditolak adalah disebabkan kegagalan pemohon menyertakan salinan slip bayaran gaji atau penyata bank kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya beliau telah memaklumkan kepada pihak LHDN supaya tidak
menyukarkan urusan permohonan bantuan itu.

“Mereka yang mempunyai pendapatan bawah RM4,000 perlu dibantu. SSM memang
untuk menggalakkan masyarakat berniaga, cuma pemohon BR1M perlu sertakan sekali
slip bayaran gaji dan atau penyata bank.
“Kalau dua-dua itu tak ada, mereka perlu beri salinan buku akaun simpanan,”
katanya.

Johari menjelaskan dokumen itu perlu disertakan bagi mengelak permohonan
bantuan itu dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Sebelum ini saya difahamkan oleh pihak LHDN, setelah diperiksa didapati
ramai penerima BR1M sebenarnya memperoleh pendapatan hasil perniagaan
yang banyak, ada yang berpendapatan sehingga RM9,000 sebulan,” katanya.

LHDN turut mengedar risalah kepada pemohon supaya menyertakan bersama
slip bayaran gaji, penyata bank atau salinan buku akaun simpanan ketika membuat
permohonan itu.- BERNAMA


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Sebab nila setitik habis susu sebelanga kan...

    BalasPadam
  2. nasib baik sy dapat ��

    BalasPadam
  3. Aduh.. Macam2 sekarang.

    BalasPadam
  4. suami sis tak dapat kerana isu SSM dan sorry cakap kami x akan buat rayuan. Nak bg buat cara nak bagi x nak bagi buat cara x nak bagi. Untuk merayu x kan sekali sekali. Dari merayu mcm tu ke sana ke mari baik sis merayu atas tikar sejadah. Setidak2nya diri sis tak rasa hina mcm seorang pengemis

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan