Isnin, 20 Mac 2017

BAHAGIA KITA TAK SAMA



| BAHAGIA KITA TAKKAN PERNAH SAMA DENGAN ORANG LAIN |Kadang-kadang CCL fikir, okay juga single.Hidup single tak pa kot daripada menyakitkan hati sendiri dengan orang lain. Bertambah dosa bertambah air mata.Single tak bermaksud hidup CCL  alone .Family tetap nombor satu.Family sentiasa bagi kebahagian..

Nak rasa bahagia, boleh datang dari pelbagai cara. Kadang bila kita gembirakan orang lain, kita pun rasa bahagia. Dapat kurangkan beban keluarga pun adalah bahagia tersendiri.

Tak buruk pun hidup sendirian zaman ni. Awalnya orang mengata, tapi lama-kelamaan, mereka pun sibuk dengan hidup masing-masing. Tak ada masa nak peduli kita.

Kita buat kerja kita, karier kita dengan sepenuh hati. Devote, bagi komitmen.Bagi CCL tue juga sebahagian dari kebahagiaan bila membuahkan hasil.

Macam CCL  suka budak-budak, tapi tak kahwin lagi ,jodoh belum sampai lagi so tak dak anak sendiri, boleh spend masa di rumah anak-anak yatim, buat diorang anak angkat atau yang mana ada anak-anak saudara, boleh bermanja dengan diorang kan .Selalunya anak - anak saudara la tempat bermanja ,tempat penghibur hati CCL..Kadang CCL Beli hadiah untuk diorang. Ini juga kebahagiaan.Tengok diorang bahagia insyaAllah atas izin Allah kita dapat merasai apa itu kebahagiaan. 

Tolong orang susah walaupun kita susah. Itu juga buah-buah bahagia.Rezeki yang ada lebih baik berkongsi bersama.walaupun kita tak sekaya mana tapi kena ingat ada lagi orang yang semiskin kita. Dengan pertolongan kita at least diorang pun dapat rasa bahagia gembira.

layan cerita, filem, drama yang CCL suka, itu juga erti kebahagiaan. Sudah cukup melihat hero dan heroin bahagia dalam cerita walaupun kita tiada pasangan pun. Ini kerana hati kita mulia, suka melihat kebahagiaan orang lain. Termasuklah kawan-kawan dan semua orang.Tapi kadang dalam diri selalu juga fikir. Bila Allah akan lengkapkan kebahagian dalam hidup CCL  . Macam someone yang selalu ingatkan CCL hidup kiya bersandarlah pada Allah , jangan pada manusia.Allah bagi kebahagian kepada kita lebih banyak dari manusia.

Kebahagiaan Buat hobi CCL layan media sosial layan movie hinggalah memancing ke dalam hutan sepi sekalipun.memancing ? As soon as posible maybe .. Buatlah. Asalkan membahagiakan hati kita semua... Bukannya buat suatu dosa.


Kebahagian,bahagia cara ustaz ebit lew,ebit lew,tips kebahagiaan,kebahagiaan hati,tips hati bahagia disisi Allah


Tambah amalan. Inilah jalan hidup CCL yang sebenarnya. Ibadah dan baiki diri. Hinggalah hujung nyawa. Putus nafas. Ini kebahagiaan sejati.

Bersendirian.CCL pernah terluka dan dihantui dengan perasaan menyesal. Jadi kali ini, CCL pilih jalan untuk bersendiri untuk sementara waktu.Kadang kala kita perlu bersendiri untuk terus beristiqamah ke jalan Allah.Niat tue baik,Allah akan mempermudah semuanya ..

Ramai memilih jalan ni.Jalan ini bukan melawan sunnah. Bukan bertarung dengan takdir. Bukan menidakkan hukum Tuhan.
Tapi, kerana hati nak hidup dengan seseorang yang kita suka. Betul-betul suka. Bukan orang yang kita suka ala kadar. 'Lantaklah asal boleh.'

Sebab apa CCL  kata macam tue, kita bukan nak hadap dia hanya untuk sehari dua. Tapi, untuk jangka masa yang lama. Pasti kita tidak mahu menipunya, malah berpura menipu diri sendiri.

Biarlah orang tu, bahagia dengan orang yang benar-benar menyayanginya.Bukan sebuah luahan kecewa.
Cuma definisi bahagia kita tidak sama.


19 ulasan:

  1. Bahagia itu ada pelbagai jenis. Jika jodoh yang dicari, ingin berusaha, cubalah cari page Cari Jodoh Malaysia. Salah satu usaha.. Tak salah kann..

    * boleh privatekan komen saya jika saya terlalu open. Just sharing saja yaa..

    BalasPadam
  2. @mister zarif
    Ya ..bahagia tue banyak..masing-masing tak sama ..ada yang terlebih bahagia ..ada yang bahagianya sedang-sedang saja .. insyaAllah biar Allah yang bagi jodoh yang baik-baik saja ..

    BalasPadam
  3. Nak bertemu bahagia tu sebenarnya atas diri kita sendiri. Kita kena cari bahagia dengan diri kita sendiri. Jangan cari bahagia dengan orang. Sebab orang ni bila-bila masa je boleh tinggalkan kita. Kita yang usaha untuk senangkan dan bahagiakan hidup kita, lama-lama semua perkara yang baik dan membahagiakan tu akan tertarik untuk datang pada kita.😊

    BalasPadam
  4. Semoga bahagia berpanjangan.

    BalasPadam
  5. In shaa allah akann hadir seseorang nanti .. CCL muda lagi .. Kejar cita-cita dulu =)

    BalasPadam
  6. Yes, bahagia tu dtg dalam mcm2 cara.. So jgn la compare dgn org lain. Mmg sah2 la tak sama dah. 😊

    BalasPadam
  7. betul tu bahagia ada macam2 cara. janganlah compare dengan orang lain

    BalasPadam
  8. Bahagia tu luas...
    lain org..lain cara bahagia nya..:)

    BalasPadam
  9. Bahagia itu subjektif, kadang2 kita ngk org itu bahagia tetapi kita tak tahu disebaliknya. Yang penting kita bersyukur dan sentiasa positif, mesti kita akan rasa bahagia

    BalasPadam
  10. setiap orang ada definisi bahagia masing2..

    BalasPadam
  11. Sebak baca. CCL, I'm gonna cryyyyyy.... 😭😭😭

    BalasPadam
  12. Definisi bahagia berbeza bagi setiap individu..
    Yang penting..kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..

    BalasPadam
  13. Setuju dengan CCL. Memang definisi bahagia itu subjektif dan berbeza bagi setiap orang.
    Yang penting jangan kita letakkan kebahagiaan kita dekat orang lain.
    Kalau nak bahagia, pastikan kebahagiaan kita itu datang daripada kita sendiri.
    Kita yang usaha untuk buat diri kita bahagia, bukan orang lain.

    BalasPadam
  14. yup, betul tu. setiap orang tak sama. Kalau rasa bahagia macam tu, why not teruskan je macam tu kan... hihi apa-apa pon, didoakan semoga CCL happy always...

    BalasPadam
  15. setiap orang tak sama bahagiannya, syukurilah yang kita ada betul tak.

    BalasPadam
  16. Bahagia tu sangat subjektif nak dihuraikan.

    Kalau macam akak ni tengok anak-anak makan dengan seleranya pun dah bahagia sangat

    BalasPadam
  17. best jugak kalau cpt set camera tu..

    BalasPadam
  18. betul.bahagia kita tak sama.mcm saya , tengok anak senyum sihat selalu dah rasa bahgia.bersyukur dengan nikmat bahgia Allah bg kt kita

    BalasPadam
  19. Erti memberi pada yang menerima. Great article and nice wrote up. Setuju sangat apa yg CCL share ni. Bahagia tu kita yg rasa. Kadang small matter jer pandangan org lain. Tapi itu tak penting.. Biar Allah swt yg menilai Kerana sesungguhnya Allah swt Al-Basir and Al-Hakim.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !