Khamis, 30 Mac 2017

3 RAHSIA ALLAH DITUTUP RAPAT-RAPAT



Tiga rahsia dari Allah,Jodoh Rahsia Allah,Rezeki Rahsia Allah,Ajal maut Rahsia Allah,doa murah rezeki,tips kehidupan,keberkatan hidup,ajal maut seseorang


1. Rahsia Allah dari segi jodoh
Takda siapa yang  tahu siapa jodoh kita dan takda siapa boleh tentukan siapa jodoh kita.. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana nak berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat oleh Allah..Jodoh itu rahsia Allah..Kat mana? Allah dah tentukan.Bila? Allah dah tetapkan..Sweetkan Allah.Allah nak bagi surprise dekat kita semua.. sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga.Ada orang bercinta bertahun tapi kahwin dengan orang lain..Ada orang tak bercinta pun tetiba kahwin..Jodoh tu rahsia Allah , ajal pun sama.. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh...doakan CCL Jadi yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.


2. Rahsia Allah dari segi rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.Rezeki tu rahsia Allah ..Kuat mana pun kita usaha, kalau Allah kata bukan rezeki kita, maka bukan. Sebab tu usaha disulamkan doa dan tawakal.

3. Rahsia Allah dari segi ajal maut
Ajal dan maut kita tidak tahu bila. Semua itu rahsia Allah.Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur.Kadang orang tu yang dah lama sakit tapi orang yang tak sakit tu mesti meninggal dulu. Allahu, Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh sebab pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.


Rabu, 29 Mac 2017

SEGMEN 24JAM BLOGLIST #25 MIALIANA.COM


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

SEGMEN BLOGWALKING JANJI KITA



Assalamualaikum ..

Segmen blogwalking,cara nak blogwalking,cara nak tingkatkan trafik blog,cara backlink blog,contest blogger, tigkatkan trafik blog,

Segmen Blogwalking Janji Kita | segmen ni datangnya dari blogger Janji kita .. blogwalking ni di mana salah satu cara mengunjungi blogger- blogger lain sekaligus dapat mengeratkan silaturahim.

Bagi CCL  segmen blogwalking  ni banyak manfaat yang tersendiri .. salah satunya sebagai media untuk membangunkan tali silaturrahim antara blogger lain..so tak rugi rasanya kalau join segmen macam ni ..sekalihus dapat mempromosi blog kepada blogger yang lain dan boleh dapat pengunjung-pengunjung yang baru .. 

So,disini CCL boleh katakan memang takkan rugi punya .. segmen ni berlangsung sehingga  5 April 2014 . Meh kita support-support segmen dari blogger kita . Nak join boleh klik SINI . Syarat pun cukup mudah hanya follow blog,add circle google,follow instagram, like fb page .. 

Dalam segmen ni pemenang yang bertuah bakal dapat hadiah misteri dari tuan segmen .. 

KEK PISANG COKLAT MOIST


RESEPI KEK PISANG COKLAT MOIST Biasanya kita pernah dengar 'Kek Pisang' dan ' Kek Coklat Moist'  ni dua nama resepi yang berbeza ..tapi kali ini CCL nak share dua resepi kek ini menjadi satu sahaja  yang dipanggil 'Kek Pisang Coklat Moist '


Kek pisang,kek coklat moist,kek pisang coklat moist,resepi kek pisang coklat moist,resepi kek


Bahan-bahan yang diperlukan

  • 4 biji pisang
  • 2 biji telur
  • 2/3 gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/3 mentega
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 koko
  • 1/2 cawan serbuk koko

Cara membuat 

1. Hancurkan 4 biji pisang, kemudian masukkan 2 biji telur, 1/3 mentega yang telah dicairkan .masukkan 2/3 gula perang,1 sudu kecil esen vanila,soda bikarbonat, serbuk penaik dan juga 1 sudu kecil garam. Gaulkan bagi sama rata bahan tersebut sehingga sebati.

2.Masukkan 1 cawan tepung jagung bersama 1/2 cawan serbuk koko  bersama 1/2 koko dan bahan tersebut digaul sehingga sebati .

3.Masukkan bahan yang telah siap digaul dengan sebati ke dalam bekas untuk dibakar.dan taburkan kepingan koko.

4.masukkan ke dalam oven,dan dibakar pada suhu 180c selama 45minit.dan siap di makan 

Selamat mencuba resepi kek pisang coklat moist.yang penting resepi yang sangat simple..


Ahad, 26 Mac 2017

KIFARAH ITU PASTI TANPA ADA KAKI DAN KITA TAK BOLEH LARI



"Kifarah Itu Pasti Tanpa Ada Kaki Dan Kau Tak Boleh Lari"



Kifarah ,maksud kifarah,hukum kifarah,harapan pada orang,cinta vs harapan,tips hubungan ,hubungan cinta,hubungan jarak jauh,tips kekeluargaan,kifarah


Kalau kita buat perkara baik maka kita akan terima ganjaran kita yang baik-baik . Tapi kalau kita buat jahat balasan itu sangat dasyat sampai kita sendiri boleh jatuh sehingga menongkat..Hari ini kita persampahkan manusia tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.Manusia itu bukan boneka yang boleh kita permainkan sehingga kita rasa kita puas hati  lalu kita campak sesuka hati.Mungkin kita telah biasa anggap manusia itu adalah permainan hidup. Sehingga kita lupa kita juga manusia yang sedang hidup di dunia nyata.Sebab itu jadi manusia tak perlu hidup dalam kepura-puraan kerana bila sampai masanya kau sendiri tidak akan mampu untuk melarikan diri.
Kita yang telah wujudkan kifarah itu sama ada baik atau pun buruk dan jangan pernah kita menyalahkan takdir ilahi.

"Kifarah itu adalah hadiah buat diri sendiri untuk kita muhasabah diri"


Jumaat, 24 Mac 2017

DONUT SEBIJI RM3,SUSHI RM2 TAPI BILA KUIH TEPI JALAN 50 SEN SEBIJI MAHAL ?


Scroll wall facebook ..terpandang dekat satu wall ni tentang rezeki seorang peniaga kuih tepi jalan ..so CCL kongsikan untuk uolls semua


Resepi kuih muih,rezeki,rezeki seseorang



"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?"  tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

Sumber:facebook



Rabu, 22 Mac 2017

LAZADA BIRTHDAY 5th BLOGGER CONTEST




Lazada birthday blogger contest,lazada online shopping,cara mudah beli dalam lazada,perkhidmatan lazada,kebaikkan lazada,kekuranggan lazada




| LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST | Nampaknya lazada ada buat contest khas untuk blogger-blogger .Dah lama CCL  nampak contest ni berjalan-jalan time CCL blogwalking. Ramai jugak blogger yang tak melepaskan peluang ini untuk join . Dan ada juga yang dah dapat suprise dari pihak Lazada .Haishh semakin cemburu pulak CCL  tengok .. so disaat-saat akhir CCL  memutuskan untuk relakan diri join jugak contest ni . Mana tahu rezeki kan ..nak merasa jugak suprise box dari Lazada ni memandangkan CCL  ni boleh dikatakan tiap-tiap bulan akan shopping dalam Lazada .walaupun barang yang CCL shopping tue tak banyak .At least lazada jugak pilihan shopping online dihati dan dimata CCL ..Lazada tetap dihati ..

So setiap contest yang korang nak join semestinya ada syarat ..dan ada hadiahnya 

Lihat senarai hadiah. Teruja tak..Lazada Malaysia mencari 30 pemenang bertuah.

1. Less than 50 Participants (10 winners) 

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

3. More than 100 Participants (30 winners) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 


So tanpa buang masa lagi ..CCL sahut contest lazada ni .kena jawab 3 soalan dari pihak lazada ...mana tahu kalau ada rezeki untuk menang . Harap-harap CCL  pun dapat jugak suprise box dari lazada 




a)  What do you love about Lazada Malaysia?
b)  Top three product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)
c)  How do you think Lazada Malaysia can improve?
d)  What is your birthday wish to Lazada Malaysia?


Apa yang anda suka tentang Lazada?


a)Dari segi harga
Apa yang boleh CCL  jelaskan ..dari segi harga memang murah.kadang CCL  ada jugak servey-servey harga di kedai dan di dalam lazada . Ternyata dalam lazada harganya murah sedikit berbanding luar.so terlihat disitu penjimatan bukan ..lagi berganda murahnya bila Lazada adakan sale kaw-kawa ..alahai rambang mata CCL  dibuatnya..eh barang murah kualitinya macam mana ? InsyaAllah ..kualitinya ok ..setakat sekarang CCL  shopping tak pernah lagi ada barang yang rosak ..barang yang paling besar CCL  pernah beli adalah Almari Baju 3 pintu ..korang nak tahu harganya berapa ? Hanya rm159 ..murah bukan ? Sampai sekarang almari tue masih kukuh berdiri ..materialnya woodboard ..macam almari biasa ..

b)Dari segi penghantaran

Kalau yang selalu shopping dalam lazada ni.korang akan perasan ada dua jenis penghantaran ..maksud CCL  disini ..penghantaran dari dalam negeri ..dan penghantaran dari luar negara ..kalau korang beli barang daei luar negara ..korang jangan merungut cakap lama .dah nama pun luar negara so korang kena la tunggu 1 minggu atau pun 2 minggu ..insyaAllah barang korang akan selamat sampai olwh pihak posmen. Penghantaran yang kedua dalam negeri .hah ini ambil masa yang ekspress.kadang order petang ni.esoknya barang dah sampai . Lagi menariknya lazada ni ..setiap barang yang kita nak beli..CCL suka letakkkan poskod rumah ..dan boleh tahu jangka masa penghantaran barang yang CCL nak order tue ..

C) Dari segi postage

Hah..ini satu lagi yang CCL tertarik dan sayang dengan lazada..kebanyakkan barangan dalam Lazada ni free postage uolls.menarik kan ..dah tue jimat lagi .tapi korang jangan anggap CCL cakap semua barang free postage .tapi ada sesetengah barang sahaja ..kita sebagai customer just buat payment barang saja..harap pihak lazada dapat kekalkan barang-barang yang dah free postage memandangkan ekonomi sekarang semakin meninggi..semestinya harga postage semakin hari semakin naik ..

3 Produk yang diidamkan dari Lazada Malaysia 

A) Xiomi Yicam camera
Sebenarnya CCL kaki bergambar .tak kira la bergambar dengan rakan-rakan ataupun selfie.segala gambar boleh disimpan jadikan kenangan pada masa akan datang . Sesetengah gambar ada juga CCL uploadkan dalam media laman sosial instagram .So tak salahlah kalau CCL idamkan xiomi Yicam Camera ni .kalau dapat satu ni pun dah cukup bersyukur alhamdulillah . 


Lazada birthday blogger contest,lazada online shopping,cara mudah beli dalam lazada,perkhidmatan lazada,kebaikkan lazada,kekuranggan lazada

B)Microwave oven
Barangan kedua yang CCL idamkan  adalah microwave oven . Disebabkan CCL suka mencuba resepi biskut-biskut yang simple.so CCL dengan microwave oven memang tak boleh dipisahkan kalau nak homade biskut ..tapi yang sedihnyaa ..microwave oven kat rumah baru saja rosak .so kena beli pulak yang baru ..tergendala plan-plan nak try buat biskut baru ..


Lazada birthday blogger contest,lazada online shopping,cara mudah beli dalam lazada,perkhidmatan lazada,kebaikkan lazada,kekuranggan lazada



C)Analog 3D mirror Peacock Clock
Alamak .tengah-tengah godek laman lazada ..mata CCL terpikat pulak dengan jam dinding ni ..menarik dan begitu cantik sangat ..kalau lazada kasi suprise kat CCL wah ..memang cantik lah ..sebab di rumah CCL semua jam dinding tak berdesign.semuanya berbentuk bulat.so kalau ada jam sebegini boleh letak kat ruang tamu sekali gus jadi penghiasa pada dinding

Lazada birthday blogger contest,lazada online shopping,cara mudah beli dalam lazada,perkhidmatan lazada,kebaikkan lazada,kekuranggan lazada




Pendapat supaya lazada ditingkatkan lagi mutu perkhidmatan 

Bertanyakan tentang apa yang pihak lazada perlu pertingkatkan dari segi perkhidmatan ..fikir lama jugak CCL  untuk memberikan jawapan . Sebab selama CCL  menjadi pelanggan setia Lazada . Pihak lazada sentiasa memberikan feedback yang cepat.so untuk pendapat CCL.. CCL harap pihak lazada dapat kembangkan lagi perkhidmatan Cash On Delivery (COD) ke serata kawasan . Setakat sekarang CCL  belum pernah lagi COD  barang dalam lazada . So mana tahu kalau Lazada perkembangkan lagi COD ..makin bertambah customer untuk shopping..

Ucapan Birthday untuk Lazada

CCL nak ucapkan "Happy Birthday 5th To Lazada". Semoga lazada Malaysia dapat menjadi salah satu syarikat online shopping number satu di Malaysia juga di serata pelusuk negara. Semoga Lazada Malaysia terus berkembang maju dengan jayanya

Lepas dah jawab semua soalan, korang kena hantar link post korang ke email contest@lazada.com.my dengan tajuk Lazada Birthday Blogger Contest... Mudah je kan.


Isnin, 20 Mac 2017

BAHAGIA KITA TAK SAMA



| BAHAGIA KITA TAKKAN PERNAH SAMA DENGAN ORANG LAIN |Kadang-kadang CCL fikir, okay juga single.Hidup single tak pa kot daripada menyakitkan hati sendiri dengan orang lain. Bertambah dosa bertambah air mata.Single tak bermaksud hidup CCL  alone .Family tetap nombor satu.Family sentiasa bagi kebahagian..

Nak rasa bahagia, boleh datang dari pelbagai cara. Kadang bila kita gembirakan orang lain, kita pun rasa bahagia. Dapat kurangkan beban keluarga pun adalah bahagia tersendiri.

Tak buruk pun hidup sendirian zaman ni. Awalnya orang mengata, tapi lama-kelamaan, mereka pun sibuk dengan hidup masing-masing. Tak ada masa nak peduli kita.

Kita buat kerja kita, karier kita dengan sepenuh hati. Devote, bagi komitmen.Bagi CCL tue juga sebahagian dari kebahagiaan bila membuahkan hasil.

Macam CCL  suka budak-budak, tapi tak kahwin lagi ,jodoh belum sampai lagi so tak dak anak sendiri, boleh spend masa di rumah anak-anak yatim, buat diorang anak angkat atau yang mana ada anak-anak saudara, boleh bermanja dengan diorang kan .Selalunya anak - anak saudara la tempat bermanja ,tempat penghibur hati CCL..Kadang CCL Beli hadiah untuk diorang. Ini juga kebahagiaan.Tengok diorang bahagia insyaAllah atas izin Allah kita dapat merasai apa itu kebahagiaan. 

Tolong orang susah walaupun kita susah. Itu juga buah-buah bahagia.Rezeki yang ada lebih baik berkongsi bersama.walaupun kita tak sekaya mana tapi kena ingat ada lagi orang yang semiskin kita. Dengan pertolongan kita at least diorang pun dapat rasa bahagia gembira.

layan cerita, filem, drama yang CCL suka, itu juga erti kebahagiaan. Sudah cukup melihat hero dan heroin bahagia dalam cerita walaupun kita tiada pasangan pun. Ini kerana hati kita mulia, suka melihat kebahagiaan orang lain. Termasuklah kawan-kawan dan semua orang.Tapi kadang dalam diri selalu juga fikir. Bila Allah akan lengkapkan kebahagian dalam hidup CCL  . Macam someone yang selalu ingatkan CCL hidup kiya bersandarlah pada Allah , jangan pada manusia.Allah bagi kebahagian kepada kita lebih banyak dari manusia.

Kebahagiaan Buat hobi CCL layan media sosial layan movie hinggalah memancing ke dalam hutan sepi sekalipun.memancing ? As soon as posible maybe .. Buatlah. Asalkan membahagiakan hati kita semua... Bukannya buat suatu dosa.


Kebahagian,bahagia cara ustaz ebit lew,ebit lew,tips kebahagiaan,kebahagiaan hati,tips hati bahagia disisi Allah


Tambah amalan. Inilah jalan hidup CCL yang sebenarnya. Ibadah dan baiki diri. Hinggalah hujung nyawa. Putus nafas. Ini kebahagiaan sejati.

Bersendirian.CCL pernah terluka dan dihantui dengan perasaan menyesal. Jadi kali ini, CCL pilih jalan untuk bersendiri untuk sementara waktu.Kadang kala kita perlu bersendiri untuk terus beristiqamah ke jalan Allah.Niat tue baik,Allah akan mempermudah semuanya ..

Ramai memilih jalan ni.Jalan ini bukan melawan sunnah. Bukan bertarung dengan takdir. Bukan menidakkan hukum Tuhan.
Tapi, kerana hati nak hidup dengan seseorang yang kita suka. Betul-betul suka. Bukan orang yang kita suka ala kadar. 'Lantaklah asal boleh.'

Sebab apa CCL  kata macam tue, kita bukan nak hadap dia hanya untuk sehari dua. Tapi, untuk jangka masa yang lama. Pasti kita tidak mahu menipunya, malah berpura menipu diri sendiri.

Biarlah orang tu, bahagia dengan orang yang benar-benar menyayanginya.Bukan sebuah luahan kecewa.
Cuma definisi bahagia kita tidak sama.


Jumaat, 17 Mac 2017

ORANG YANG BERPURA BAIK LEBIH MENAKUTKAN DARI ORANG JAHAT





Orang jahat tu tak menakutkan sangat..sebab apa CCL  katakan 'orang jahat tak menakutkan sangat ... sebabnya segala perbuatan jahatnya kita dapat lihat depan mata kita sendiri .. kita tak dengar dari mulut orang lain .tapi terbukti orang yang buat jahat tue ada di depan mata..banyak benda dalam dunia ni yang kita tak sangka..kadang kadang orang tu je nampak baik.. tapi sebenarnya dialah yang suka berpura pura.

Yang menakutkan tu, Orang yang berpura-pura baik..yang boleh CCL  katakan orang zaman sekarang ni berpura pura baik ibarat macam bidadari yang ada sayap cantik yang turun dari syurga..takutnyaa..Sebab apa CCL  cakap 'orang yang berpura-pura baik' tue lebih menakutkan ? Depan bukan main baik,Belakang kita...dia lah tukang simbah minyak, jadi batu api.dia lah yang menjadi talam dua muka malahan ada jugak yang bermuka-muka ..

Tips dalam berkawan,tips perhubungan,kawan tikam belakang,sikap berpura-pura,hindar kawan yang suka tikam belakang


hidup ini bukan tentang siapa yang terbaik.. bukan tentang siapa yang jahat ..bukan tentang sesiapa yang berpura-pura jadi baik ..tapi soal siapa yang boleh jadi orang baik-baik..dan berbuat baik bukan berpura-pura baik..Bagi CCL buat apa nak berpura pura baik, sedangkan ada orang yang boleh terima buruk baik kau.Burukkan orang lain sebab tak suka tengok kebahagiaaan orang tu.

Berubahlah, kifarah tu ada, awak.

What goes around comes around, tau?

Macam mana yang awak buat kat orang tu, macam tu jugaklah yang awak akan dapat.sebahaya-bahayanya orang jahat, yang lebih bahaya itu orang yang berpura-pura baik padahal aslinya jahat !Insya-allah..kalau awak buat baik, lebih baik ganjaran yang ALLAH bagi awak...sebahaya-bahayanya orang jahat, yang lebih bahaya itu orang yang berpura-pura baik padahal aslinya jahat !
Okay?

Tolong kunyah pelan-pelan dan telan sampai kenyang...


Khamis, 16 Mac 2017

THE SUNSHINE BLOGGER AWARDS TAGGED BY UNNIANJE


The sunshine blogger awards kalau tadi blogger Mellya Crayola yang tag pada CCL  .. kalau nak tahu 11 soalan yang Blogger Mellya Crayola ajukan .. boleh baca SINI

Kali ni CCL  ditag lagi oleh blogger unnianje. Boleh baca entri beliau DISINI


So sesi CCL menjawab 11 soalan dari blogger Unnianje


1. Who are you?
Seorang gadis remaja berusia 24 tahun ..dan seorang yang memegang jawatan receptionist di salah sebuah hotel di negeri Perlis.


2. During the course of your life is the most embarrassing this ever happened?

Perkara yang memalukan dalam hidup CCL ..tersilap seliper masa kat masjid . Ceritanya selalu kat masjid diorang sediakan selipar jepun ja untuk ke tandas or ambil wuduk. Sekali CCL tukar kasut untuk masuk ke toilet dalam beberapa minit macam tu.hah sekali terdengar suara orang cari selipar .apa lagi CCL  pun gelabah la mana tahu CCL  tersilap pakai.so duduk dalam toilet pikir punya pikir sama ada nak keluar or stay dalam toilet.CCL kuatkan diri keluar dari toilet ..bersama kekuatan yang ada CCL tanya sorang makcik tue.rupanya CCL pakai selipar dia ..yang disangkakan selipar milik masjid ..CCL pun minta maaf la kat makcik tue.muka time tue memang malu padan la.mujur la makcik tue ok .tak marah.memang tak boleh lupakan perkara ni .



3. You like travel? why?

Ya..CCL suka travel .Bagi CCL  ni travel ni banyak manfaat .salah satunya kita boleh tengok keindahan dan tempat-tempat menarik di negeri atau negara lain . Dapat juga serba sedikit ilmu mengenai adat resam, cara kehidupan mereka .


4. state in Malaysia,a state where your don't go?

Belum sempat lagi nak jejak kaki ke negeri Sabah,Sarawak,Negeri Sembilan,Johor


5. Which state cuisine that you like? ( unless your state)

Suka masakan Kelantan & Terangganu especially Nasi Kerabu, Budu ,Cencalok ..alahai ..kalau pergi sana memang wajib makan 


6. Do you like your job now?

Sekarang rezeki CCL  bekerja sebagai receptionist hotel . Alhamdulillah serasi dengan diri CCL  . 


7. The most disappointing in your life? why?

Yang mengecewakan dalam diri sebagai anak sulung tak dapat nak bagi mak ayah segulung ijazah .. CCL  pun belajar sampai STPM  sahaja . Lepas STPM  dapat tawaran belajar . Tapi CCL slow talk dengan parents yang CCL macam dah tak dapat nak sambung belajar .tak dapat nak follow course yang CCL  dapat tu.so CCL doakan supaya adik CCL  boleh bagi mak ayah segulung ijazah .sebab dia punya kecerdikkan lebih sikit dari CCL ..mak ayah mana yang tak nak tengok anak dia berjaya kan .. 


8. Who is the first person you're looking for if your are in emergency?

CCL  akan cari orang yang paling dekat dengan CCL .first minta bantuan dari orang yang CCL  kenal .. 


9. What is the first thing, will do when you wake up?

Perkara pertama yang CCL  lakukan time bangun pagi ..of course godek-godek handphone dulu. Siap-siap iron baju,mandi,solat subuh,breakfast (kalau sempat) dan siapa-siap pergi kerja


10. If someone give your 10k. what do you do?

CCL  akan bagi sumbangan di masjid,sumbangan pada anak-anak yatim .. selebihnya CCL  akan pergi travel ke oversea


11 What you like about me? why?

Semestinya suka ..sebabnya CCL  dapat kenalan baru ..walaupun tak pernah bersua muka ..hanya di alam maya ..dikira kawan jugak tue.hehe . 

Selesai sudah CCL  jawab 11 persoalan dari blogger unnianje..thanks sebab sudi tag CCL.

THE SUNSHINE BLOGGER AWARD TAGGED BY MELLYACRAYOLA


Assalamualaikum uolls .. Salam petang Khamis

Minggu ni banyak pulak entri 'The Sunshine Blogger Award' berlegar- legar .. thanks a lot to blogger ' MellyaCrayola' yang sudi tag CCL  untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan .. sebenarnya dah dua tiga hari blogger MellyaCrayola tag CCL .. baru hari ni CCL  berkesempatan nak menjawab 11 soalan tersebut ...

Nak tahu apa yang blogger MellyaCrayola tanya.uolls boleh  terjah entri ni ..


Blogger awards , the sunshine blogger award,cabaran blogger


Soalan dikemukakan dalam bahasa inggeris .tapi CCL macam tak da keyakinan sangat nak jawab dalam bahasa inggeris .. takut nanti berterabur setiap ayat haa..so izinkan CCL  menjawab dalam bahasa melayu ya ..


What would you do if you had one million ringgit? 
Firstly kalau dapat 1 milion ni.niat CCL pergi bersama family tunaikan umrah dan haji . Niat yang kedua nak beli rumah sendiri.al-maklum la harga rumah semakin hari semakin tinggi.Niat yang ketiga CCL  nak sedekahkan pada anak-anak yatim & orang miskin . Rezeki yang kita dapat lebih berkat bila dikongsi bersama ..



What would your ideal day be like? 
Hari yang paling ideal bagi CCL ..hari minggu sabtu dan ahad ,sebabnya pada hari tue terasa diri dekat dengan family masing-masing bebas dengan kerja.Tak lupa juga Hari Jumaat hari yang barakah yang sangat istimewa walaupun kita lalui setiap minggu ..



Your best memory? 
Memori yang paling best dalam kehidupan yang masih segar bugar dalam hidup CCL ialah memori bersama Family..dapat berkumpul ramai-ramai 



Would you rather visit the past or the future (of your own life)? 
Masa lalu tempat yang paling bagus untuk melawat tapi tak good place to stay.Masa lalu jangan dikenangkan sangat bak orang tua-tua cakap.Melawat masa depan mungkin kita boleh merancang masa depan yang bakal datang tapi diingatkan kita hanya merancang Allah yang akan menentukan segalanya.so teguhkan iman untuk terus ke hadapan



Favorite social media platform? 
Facebook .sebabnya melalui facebook boleh dapat pelbagai maklumat yang berlaku di dalam malaysia mahupun di luar negara .
Blogger.sebabnya CCL suka membaca sekali gus suka menulis so platform ni memang sesuai untuk CCL.
Instagram.CCL seorang kaki shoot gambar ..kaki selfie.so platform instagram CCL  gunakan untuk upload gambar-gambar..CCL lebih suka uploas di instagram berbanding dalam facebook.



If you had the chance to meet an author or celebrity, who would you choose? 
Kalau berpeluang jumpa pengarang.CCL  pilih nak jumpa 'Adnin Roslan' ..yang tak kenal Adnin Roslan boleh la google search..Adnib Roslan ni penulis buku 'Tarbiah Sentap' .memang CCL tertarik dengan gaya penulisan beliau ..walaupun gaya penulisan yang simple ..tapi dia punya deep tue memang menusuk la..
Kalau berpeluang jumpa selebriti ..CCL akan pilih berjumpa dengan 'Aeril Zafril' .Baru-baru ni ada tengok blogger-blogger hi-tea dengan dia..alahai jelous yakmat tau tak..huhu.

Do you prefer talking or texting?
CCL lebih suka texting berbanding talking .salah satu sebabnya CCL  bukan kai gayut ..so kalau nak on call handphone ni memang perkara yang importance ja..selebihnya CCL lebih suka texting.



How did you come up with the name for your blog?
Firstly mula menapak dalam dunia blog ni .. blog CCL  dinamakan http://cyanxkamo.blogspot.com ..so tahun lepas CCL ambil keputusan untuk tukar link blog yang CCL tengah guna sekarang . Nama dapatnya nama blog n8 sebenarnya CCL seorang coffee lover ..so terbinalah blog CikCappuccinoLatte .



What is your advice for those trying to get into the world of blogging?
Bagi blogger-blogger yang baeu nak bina tapak dalam dunia blogger .teruskanlah ..jangan berhenti.biarlah isi yang ada dalam blog tue bermanfaat isinya..jangan sekadar mengejar gosip-gosip artis semata-mata .cara penulisan biarlah diredhai Allah ..jangan menulis sampai membuka aib seseorang .



Beyond blogging, what do you (as a job)?
Kalau tak blogging mungkin CCL  akan penuhkan masa yang ada dengan melukis doodle art design ..urmm dah lama jugak tinggal dunia doodle art ni .selain tue CCL suka buat quiling art design ..main dengan kertas-kertas warna warni gitu ..hilang tension ..



If you could live in any country, which one would it be?
Urmm.mungkin CCL  akan pilih negara Istanbul.walaupun tak pernah berangan nak jejak kaki ke sana ..tapi pernah tengok keindahan negara tersebut ..ada air hot ballon tepi-tepi gunung , ladang bunga tulip ..dan seni bina masjid yang cantik-cantik


Hah already done CCL jawab 11 soalan tersebut .hehe ..
Stay tune CCL akan jawab 11 lagi soalan dari blogger seterusnya ... 

Rabu, 15 Mac 2017

SEGMEN BLOGLIST APRIL 2017 by Farah Shahidah


SEGMEN BLOGLIST APRIL 2017 by Farah Shahidah

Assalamualaikum ...
Tengah-tengah sesi CCL  blogwalking ..mata terpandang pulak dengan segmen ni ..so CCL  secara lajunya terjah support segmen ni ...

Segmen,cara blogwalking,tips tambah follower,tips tingkatkan trafik blog,tips mudah berblogwalking


Segmen ini dianjurkan oleh Farah Shahidah.. CCL first time terjah blog Farah Shahidah ..sekali gus kena patuh syarat-syarat yang tuan segmen anjurkan .. hanya follow blog & like fb page ... syarat yang simple ..semua orang boleh lakukan ... 

Kalau uols nak join boleh terjah link ni 

Opss !! Sebelum korang nak join ... CCL  nak kasi tahu .. segmen ini terbuka untuk kaum hawa sahaja .. kalau korang tanya CCL kenapa segmen ni terbuka untuk kaum hawa ..tak dapat CCL nak menjawabnya .. 

Dalam segmen ni tuan punya segmen nak tahu apa kategori blog CCL nieh .. yang boleh CCL perjelaskan ..blog CCL dalam kategori bebas ..kenapa bebas ? Sebab macam-macam cerita CCL publishkan ..

Tentang kehidupan
Kadang-kadang blog ni la jadi diari online CCL .kalau dulu tulis dalam buku.apa segala perasaan ditulis dalam buku.kini zaman dah moden ..diari kita online kan ..

Review produk dan makanan . 
Kekadang tue CCL ada juga review produk-produk berkesan pada diri CCL.macam produk-produj kecantikkan kesihatan .. bukan setakat produk aje. Makanan pun CCL  review jugak .terselit jugak tempat-tempat makanan yang best dan resepi-resepi.

Sekian sahaja CCL jelaskan blog sendu CCL  ni ..


Selasa, 14 Mac 2017

TIPS KECANTIKKAN : HOMEMADE DYAS SCRUB HANYA PERLUKAN SATU BAHAN SAHAJA



Assalamualaikum..

Kecantikkan dengan perempuan memang tak boleh lekang dalam kehidupan seharian .. baik perempuan mahupun lelaki . Tapi yang banyaknya perempuan lebih lagi teliti tentang kecantikkan seluruh badan ni .kecantikan dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki .. so kaum-kaum adam jangan marah .ada juga sesetengah kaum adam yang pentingkan kecantikkan . Bila kecantikkan terjaga of course la penampilan pun turut terjaga ..

Nak cantik ? Nak segak ? Nak kulit muka macam telur rebus yang baru dibuang kulit ..memang kalau uolls tanya mana -mana pun kaum hawa ..rata-rata boleh dikatakan semua inginkan kulit telur rebus yang baru dibuang kulig .. putih,kulit licin,mulus dan gebu ..so ada yang sanggup pergi treatment muka untuk dapatkan hasil yang sebegitu . Sampaikan sanggup habiskan ribuan ringgit gara-gara nak kulit muka telur rebus ..

Alhamdulillah setakat sekarang CCL sendiri belum terjebak ke kancah berhabisan wang ringgit semata-mata nak kan kulit muka telur rebus tu.yang penting jaga kecantikkan muka ni memang kena selalu amalkan tips-tips ..tak payah bazir wang pun uolls akan dapat kukit muka macam telur rebus .insyaAllah atas izin Allah .atas kerajinan dan usaha uolls jugak

CCL  tak bak membebel banyak-banyak . Petang ni CCL nak kongsi satu produk ..berkaitan dengan kecantikkan muka . Uolls pernahkan dengar 'scrub muka' .hah scrub muka ni boleh dikatakan pentig bagi CCL ..sebabnya  scrub muka ni dapat menghilangkan sel-sel kulit mati pada skin kita.. selain tue whitehead dan blackhead.kulit pun akan jadi lembut selembut kulit baby uolls . Tapi kena rajin amalkan ..kalau tak mampu buat setiap hari ..buatlah dua hari sekali. At least kita dapat rasa kulit kita bebas dari sebarsng kotoran yang melekat pada kulit muka time kita make up letak krim berkilo-kilo tu kan ..

So dah setahun lebih CCL berkawan dengan "Dyas Scrub' sebab scrub ni memang sesuai dengan kulit muka CCL  .. uolls yang belum baca entri berkaitan dengan ' Dyas Scrub ' uolls boleh baca kat Klik sini
Satu scrub ni memang tahan lama ..harga pun berpatutan dengan kuantiti ..

Tapi sejak-sejak scrub CCL habis .. rasa macam malas pulak nak oder .selalu memang CCL akan oder online sahaja scrub ni .sebab kalau nak cari kat luar tue memang payah nak ada ..kena cari agent-agent yang jual dyas scrub baru mudah .. so CCL  rajinkan diri homemade sendiri scrub ni..mudah dan jimat duit..bahan pun simple sahaja ..

Meh sini CCL  ajarkan ..tapi make sure bahan yang paling utama wajib ada kalau nak buat scrub ni ialah beras ... tak kisah lah beras taj mahal,cap rambutan, cap macam-macam lagi ..whatever la.yang penting beras ..

Homemade dyas scrub,scrub muka organik, cara buat scrub muka dengan mudah,tips kecantikkan,tips kulit muka mulus,buang sel kulit mati,skrub muka itu penting,scrub muka yang murah,scrub muka tanpa bahan mekuari



Keadaan beras yang CCL dah masukkan dalam blender kering ... beras ni tak perlu dibasuh dahulu.terus je uolls masukkan dalam blender ni.


Homemade dyas scrub,scrub muka organik, cara buat scrub muka dengan mudah,tips kecantikkan,tips kulit muka mulus,buang sel kulit mati,skrub muka itu penting,scrub muka yang murah,scrub muka tanpa bahan mekuari

Keadaan beras yang sudah dihancurkan oleh blender .
Oppss ! ! Diingatkan jangan blender beras ni terlalu lama .takut nanti kan terlalu hancur tak dapat nak scrub pada muka ..dah jadi macam tepungkan .. 

Homemade dyas scrub,scrub muka organik, cara buat scrub muka dengan mudah,tips kecantikkan,tips kulit muka mulus,buang sel kulit mati,skrub muka itu penting,scrub muka yang murah,scrub muka tanpa bahan mekuari

Seperti yang CCL  tunjukkan dalam gambar kat atas ..beras yang dah diblender ..biatlr halusnya tue macam berpasir ..nanti senang kita nak tonyoh-tonyohkan pada muka ... 


Mudahkan homemade scrub ni ... sebijik macam dyas scrub dah..selamat digunakan ..srcrub ni bukan hanya dipakai pada muka .. seluruh badan pun boleh untuk buang kotoran dan daki-daki yang degil pada seluruh badan ... 

Yang belum baca kisah dyas scrub . Uolls boleh baca kat sini Kisah CCL review produk dyas scrub.

Mudah dan jimat..hanya guna barang yang ada di dapur sahaja.sebenarnya ada banyak lagi bahan yang boleh dipakai kat dapur tu untuk dibuat scrub .ini salah satu yang CCL amalkan . Korang yang nak boleh la mencuba ...dijamin 100% no mekuari ok ... 








Isnin, 13 Mac 2017

CPC NUFFNANG MARCH 2017 : MAMEE MONSTER BIZKID & ROBI



CPC NUFFNANG MARCH 2017 : MAMEE MONSTER BIZKID & ROBI

Assalamualaikum .. dan salam petang isnin to uolls para reader blog cik cappuccino latte . 

petang isnin yang terasa bahang hangatnya di negeri Perlis Indera Kayangan ni .. CCL sempat nak godek-godek earnings  Mr.Nuffnang .. Awal bulan march hari tue CCL godek-godek jugak khabar berita earnings Mr.Nuffnang tapi malangnya tiada sedikit pun yang melekat seperti bulan-bulan lain ..sedih bukan kepalang lah .. selalunya Mr.Nuffnang akan bagi lekat jugak sikit CPUV .. tapi bulan ni Mr.Nuffnang lagi bermurah hati kasi melekat CPC ..agak lama jugak CCL tak dapat CPC nuffnang nieh .. kebanyakkan Mr.Nuffnang kasi CPUV ..antara CPC yang melekat bulan ni ada dua ..satu datangnya dari 'Mamee Monster Bizkid ' dan satu lagi datangnya dari ' Robot Robi'


apa itu nuffnang, BE NUFFNANG, CARA CASHOUT NUFFNANG, cara mendapatkan earnings cpuv nuffnang, cara tingkatkan earning nuffnang, cashout nuffnang dengan mudah,




thanks Mr.Nuffnang walaupun kasi dua iklan .. CCL bersyukur sangat ..at least CCL dapat rasa jugak  yang blog CCL sentiasa dalam perhatian Mr.Nuffnang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...