Selasa, 28 Februari 2017

MEDAN UJIAN UNTUK MANUSIA






MEDAN UJIAN UNTUK MANUSIA  |  Hidup ini adalah medan ujian SABAR dan SYUKUR. Setiap kita diuji dalam bentuk pelbagai mengikut kemampuan dan tahap keimanan ..Kalau tak diuji tak kan rasa apa itu kenikmatan hidup yang sebenarnya. Sabarlah. Allah maha membantu.



Medan ujian manusia,ujian hidup,cabaran hidup,tips kehidupan,quotes hidup,kehidupan masa kini,tips menjaga hati,kekuatan hati


Ada orang diuji dengan lamanya menanti jodoh...
Berat perasaan 'menunggu' tu, Allah je tahu...
Nak pula kalau langsung tak 'nampak' wajah dia siapa, bila, kat mana...

Ada orang dia simpan harapan tinggi pada seseorang. Cintai dalam diam...Tapi rupanya orang yang dia suka, mencintai orang lain pula...Hampanya terasa...
Salah atau tidak nak simpan harapan tinggi ?
Tak salah. Berharap pada Allah bukan manusia semestinya tidak pernah salah.

Ada orang yang bila bernikah, diuji dengan penceraian...Tak mampu bertahan bila difitnah dan dijatuhkan..Dan tiada lagi rasa saling sayang...Pedihnya Allah sahaja maha tahu dan faham.

Ada orang diuji dengan dipoligamikan...Bertahun menyulam cinta bahagia dengan anak yang membesar...Pedihnya terasa bila pasangan mulai berpaling arah...Mulai menukar hati dan perhatian pada yang lain...Sakit dan kecewanya, Allah jua yang lebih tahu.

Ada orang diuji bertahun tidak dapat zuriat...Menangis lihat orang lain bahagia beranak pinak...Terjerut rasa bila orang asyik mempersoalkan bila nak beranak...Sungguh sangat rumit.

Bila berbicara soal hati dan jodoh...Sungguh sangat aneh.sebab bagi CikYana jodoh ni dah macam perkara ghaib..sebab apa CikYana petikan macam tue ?? Sebab jodoh ni Allah sahaja yang lebih tahu, apa yang kita tidak tahu.

Rupanya..Itulah medan ujian buat semua manusia...Cinta paling agung adalah cinta kepada-Nya...Soal syirik begitu halus para ulamak membahaskannya.. sampai mencintai dunia atau manusia melebihi dari DIA, itu juga sudah termasuk syirik tanpa sedar.

Benarlah tauhid ini perlu dijaga...Saat diuji, usah fikirkan soal perasaan semata...Sedangkan pegangan kepada-Nya semakin rapuh dan runtuh...Sedangkan kepercayaan dan keyakinan kepada-Nya semakin pudar dan hilang...Sedangkan Allah menguji tanda sangat cinta dan sayang...Untuk 'menarik' lembut sang hamba lebih dekat kepada kebesaran Tuhan.

Mungkin darjat yang sebelum ini rendah, Allah telah angkat kerana kesabaran...Mungkin tingkat syurga yang paling rendah, Allah telah naikkan di syurga firdausi berkat kerana keikhlasan menghadapi ujian.



Dia selalu ada menghiburkan, menguatkan, melindungi dan menyaksikan segalanya tanpa henti..." Dialah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa, kemudian bersemayam di atas Arsy...Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar dari dalamnya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik ke sana...Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.


Milik-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan."




19 ulasan:

  1. Manusia diuji seiring kemampuannya menahan dugaan... InsyaAllah ada hikmah disebaliknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sebagai hambanya ..kena bertabah ..kuat menghadapi ujian

      Padam
  2. Memang dunia ni ialah tempat untuk manusia menjalani ujian. Allah takkan bagi ujian diluar kemampuan kita. jadi banyakkan bersabar bila ujian menimpa dan selalu mengingatiNya (bukan time ditimpa ujian sahaja).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan apa yang syed komen ni . Mungkin Allah uji sebab kita sebagai hamba terleka

      Padam
  3. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. yakinlah dengan Allah. Segala aturanNya adalah yang terbaik! :)

    Follow sini jugak. Salam kenal. :)

    BalasPadam
  4. kita mmg layak diuji sbb kita kan hamba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi bernama manusia selagi itu akan terus di uji dan di uji.

      Padam
  5. Kemana ja kita berjalan, hidup berpasangan atau pun tidak, tetap akan diuji.. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap manusia di uji dengan berlainan ujian . Tapi yang pasti, setiap ujian adalah ujian yg dpt dipikul oleh seorang hamba

      Padam
  6. zumal jua berharap agar hati ini lebih tabah dan hanya berhadap cinta Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya zumal . Allah takkan uji hambanya di luar kemampuan.

      Padam
  7. Bersyukur saat diuji..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi kita bergelar manusia selagi tu lah kita di uji..

      Padam
  8. Betul sangat . . Setiap ujian yang menimpa jadikan kita lebih kuat . . Walaupun perit nak lalui ujian tu , tapi , Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya . .Just follow the follow .. Gituu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekuat mana pun manusia benda yg paling dia lemah bila dia di uji tentang hati dan perasaan kan.

      Padam
  9. Tertarik sangat dengan entry ni.. Manusia takkan pernah berhenti diuji dan semoga kita semakin dekat kepada-Nya.. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada satu manusia yang terlepas dari di uji..

      Padam
  10. Sebagai manusia kite mmg selalu diuji.. Sama ada kuat atau tak je utk lalui semua ujian tu.. moga kite menjadi org yg kuat utk harungi setiap ujian yg diberikan olehNYA..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...