Ahad, 26 Februari 2017

KESEDIHAN YANG BERAJA DIHATI



Bagaimana mengurus kesedihan yang beraja di hati? |Kalau cakap pasal perasaan sedih, semua orang pernah rasa.Selama 24 tahun CikYana diberi peluang atas muka bumi ni..CikYana pun merasa perasaan 'sedih' . Dan faham ..pernah alami perasaan sebegitu rupa.. But yang membezakan manusia ni, sama ada terus jatuh or bangun buktikan yg kau kuat  .Semua orang ada masalah..semua orang pernah rasa sedih...cuma yang beza...macam mana orang tu hadapi masalah dan tangani rasa sedih...


Kesedihan,tips mengatasi sedih,doa menghilangkan sedih,kenapa perlu sedih ,lagu sedih,,ayat sedih,lirik sedih



Firstly apa yang CikYana nak cakapkan .. bila kita sedih automatik kita akan jadi down ..so ingat pesan Cikyana jangan jadikan tangisan itu suatu kelemahan tetapi kutip deraian air mata itu untuk cantuman kekuatan. Pujuk hati sendiri supaya jadi kuat..
Sedangkan nabi muhammad s.a.w still senyum walaupun sedih apatah kita sebagai manusia kan? Kena la kuat asyik nak jatuh ja sampai bila kan..

So..Galilah hikmah di sebalik setiap ujian yang Allah hadirkan.Terkadang kita tak tahu apa hikmah yang terkandung didalam setiap ujian yang diberikan kepada kita . Semoga hati kuat meredhai segalanya..Ujian yang Allah bagi pada Kita berbeza jalan hidup tetapi matlamat kita adalah sama iaitu redha Allah. Dunia adalah tempat kita berpenat lelah tetapi ingatlah Akhirat iaitu Syurga untuk kita rehat secukupnya. So apa yang Cikyana boleh nasihatkan untuk korang-korang yang tengah besarang dalam hati dengan perasaan kesedihan..Bersabarlah, sedikit masa sahaja lagi. Ingatlah, Allah sentiasa bersamamu.

Segala apa yang CikYana kongsikan untuk korang  boleh guna untuk rawat kesedihan di hati. Ambik wudhuk, bentang sejadah, solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Dalam sujud terakhir luahlah segalanya dan mohonlah kekuatan dengan Allah.Nak jatuh rebah dengan hal dunia, boleh. Bersujudlah selama kau mahu, berteleku atas sejadah. Luah pada Allah segalanya. Dia Maha Mendengar. Selesai solat, basahkan bibir dan hati dengan zikir mengingati Allah. bacalah surah Yusuf dan tafsiran al-Quran. Pasti dan pasti hatimu akan terpujuk dengan ayat-ayat cinta-Nya. Dia takkan bebankan diri kita andai kita tak mampu. 

Pejamkan mata dan tidurlah sekejap untuk sebuah ketenangan di hati. Lapangkan fikiran, ikhlaskan semuanya kerana Allah. Pasti kesedihan itu akan terbang umpama debu. Tersenyumlah untuk sebuah kelukaan kerana pasti hadir pelangi keindahan..


Kesedihan itu mungkin tak nampak di mata. Tapi beraja di hati.


12 ulasan:

  1. Tetiap hari duk bersedih ja ni... Moga diri ini makin tabah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah biar besedih dulu . Hari yanng bakal datang akan datangnya kebahagian . Macam pelangi jugak .. ia muncul selepas huan

      Padam
  2. Terima kasih atas peringatan . Semoga saudari tabah dan sentiasa kuat menempuhi cabaran-caraban mendatang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah .moga hati masing-masing tabah

      Padam
  3. Jangan menangis pada perkara yang sia-sia... jadikan air mata itu mahal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. La Tahzan Innallaha Ma'anna
      "jangan bersedih,sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita"

      Padam
  4. Terima kasih di atas perkongsian ni. Boleh relate sangat dengan kehidupan sekarang ni :')

    BalasPadam
  5. Nice sharing sis. Just nak cakap, jangan dilayan sangat kesedihan. Nanti badan pun mudah sakit2.

    Latest from me, http://lynk.my/jlwD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you sis . Ya terima kasih atas nasihat.tapi kadang-kadang ada hari kita perlu bersedih .

      Padam
  6. Terima kasih dengan sharing post ni. Betul, jangan jadikan tangisan itu sebagai kelemahan :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer sama-sama . Nak sedih tue boleh .tapi tak perlu lama-lama kan .merana ja hati tu

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !