Selasa, 28 Februari 2017

MEDAN UJIAN UNTUK MANUSIA






MEDAN UJIAN UNTUK MANUSIA  |  Hidup ini adalah medan ujian SABAR dan SYUKUR. Setiap kita diuji dalam bentuk pelbagai mengikut kemampuan dan tahap keimanan ..Kalau tak diuji tak kan rasa apa itu kenikmatan hidup yang sebenarnya. Sabarlah. Allah maha membantu.



Medan ujian manusia,ujian hidup,cabaran hidup,tips kehidupan,quotes hidup,kehidupan masa kini,tips menjaga hati,kekuatan hati


Ada orang diuji dengan lamanya menanti jodoh...
Berat perasaan 'menunggu' tu, Allah je tahu...
Nak pula kalau langsung tak 'nampak' wajah dia siapa, bila, kat mana...

Ada orang dia simpan harapan tinggi pada seseorang. Cintai dalam diam...Tapi rupanya orang yang dia suka, mencintai orang lain pula...Hampanya terasa...
Salah atau tidak nak simpan harapan tinggi ?
Tak salah. Berharap pada Allah bukan manusia semestinya tidak pernah salah.

Ada orang yang bila bernikah, diuji dengan penceraian...Tak mampu bertahan bila difitnah dan dijatuhkan..Dan tiada lagi rasa saling sayang...Pedihnya Allah sahaja maha tahu dan faham.

Ada orang diuji dengan dipoligamikan...Bertahun menyulam cinta bahagia dengan anak yang membesar...Pedihnya terasa bila pasangan mulai berpaling arah...Mulai menukar hati dan perhatian pada yang lain...Sakit dan kecewanya, Allah jua yang lebih tahu.

Ada orang diuji bertahun tidak dapat zuriat...Menangis lihat orang lain bahagia beranak pinak...Terjerut rasa bila orang asyik mempersoalkan bila nak beranak...Sungguh sangat rumit.

Bila berbicara soal hati dan jodoh...Sungguh sangat aneh.sebab bagi CikYana jodoh ni dah macam perkara ghaib..sebab apa CikYana petikan macam tue ?? Sebab jodoh ni Allah sahaja yang lebih tahu, apa yang kita tidak tahu.

Rupanya..Itulah medan ujian buat semua manusia...Cinta paling agung adalah cinta kepada-Nya...Soal syirik begitu halus para ulamak membahaskannya.. sampai mencintai dunia atau manusia melebihi dari DIA, itu juga sudah termasuk syirik tanpa sedar.

Benarlah tauhid ini perlu dijaga...Saat diuji, usah fikirkan soal perasaan semata...Sedangkan pegangan kepada-Nya semakin rapuh dan runtuh...Sedangkan kepercayaan dan keyakinan kepada-Nya semakin pudar dan hilang...Sedangkan Allah menguji tanda sangat cinta dan sayang...Untuk 'menarik' lembut sang hamba lebih dekat kepada kebesaran Tuhan.

Mungkin darjat yang sebelum ini rendah, Allah telah angkat kerana kesabaran...Mungkin tingkat syurga yang paling rendah, Allah telah naikkan di syurga firdausi berkat kerana keikhlasan menghadapi ujian.



Dia selalu ada menghiburkan, menguatkan, melindungi dan menyaksikan segalanya tanpa henti..." Dialah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa, kemudian bersemayam di atas Arsy...Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar dari dalamnya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik ke sana...Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.


Milik-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan."




Ahad, 26 Februari 2017

KESEDIHAN YANG BERAJA DIHATI



Bagaimana mengurus kesedihan yang beraja di hati? |Kalau cakap pasal perasaan sedih, semua orang pernah rasa.Selama 24 tahun CikYana diberi peluang atas muka bumi ni..CikYana pun merasa perasaan 'sedih' . Dan faham ..pernah alami perasaan sebegitu rupa.. But yang membezakan manusia ni, sama ada terus jatuh or bangun buktikan yg kau kuat  .Semua orang ada masalah..semua orang pernah rasa sedih...cuma yang beza...macam mana orang tu hadapi masalah dan tangani rasa sedih...


Kesedihan,tips mengatasi sedih,doa menghilangkan sedih,kenapa perlu sedih ,lagu sedih,,ayat sedih,lirik sedih



Firstly apa yang CikYana nak cakapkan .. bila kita sedih automatik kita akan jadi down ..so ingat pesan Cikyana jangan jadikan tangisan itu suatu kelemahan tetapi kutip deraian air mata itu untuk cantuman kekuatan. Pujuk hati sendiri supaya jadi kuat..
Sedangkan nabi muhammad s.a.w still senyum walaupun sedih apatah kita sebagai manusia kan? Kena la kuat asyik nak jatuh ja sampai bila kan..

So..Galilah hikmah di sebalik setiap ujian yang Allah hadirkan.Terkadang kita tak tahu apa hikmah yang terkandung didalam setiap ujian yang diberikan kepada kita . Semoga hati kuat meredhai segalanya..Ujian yang Allah bagi pada Kita berbeza jalan hidup tetapi matlamat kita adalah sama iaitu redha Allah. Dunia adalah tempat kita berpenat lelah tetapi ingatlah Akhirat iaitu Syurga untuk kita rehat secukupnya. So apa yang Cikyana boleh nasihatkan untuk korang-korang yang tengah besarang dalam hati dengan perasaan kesedihan..Bersabarlah, sedikit masa sahaja lagi. Ingatlah, Allah sentiasa bersamamu.

Segala apa yang CikYana kongsikan untuk korang  boleh guna untuk rawat kesedihan di hati. Ambik wudhuk, bentang sejadah, solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Dalam sujud terakhir luahlah segalanya dan mohonlah kekuatan dengan Allah.Nak jatuh rebah dengan hal dunia, boleh. Bersujudlah selama kau mahu, berteleku atas sejadah. Luah pada Allah segalanya. Dia Maha Mendengar. Selesai solat, basahkan bibir dan hati dengan zikir mengingati Allah. bacalah surah Yusuf dan tafsiran al-Quran. Pasti dan pasti hatimu akan terpujuk dengan ayat-ayat cinta-Nya. Dia takkan bebankan diri kita andai kita tak mampu. 

Pejamkan mata dan tidurlah sekejap untuk sebuah ketenangan di hati. Lapangkan fikiran, ikhlaskan semuanya kerana Allah. Pasti kesedihan itu akan terbang umpama debu. Tersenyumlah untuk sebuah kelukaan kerana pasti hadir pelangi keindahan..


Kesedihan itu mungkin tak nampak di mata. Tapi beraja di hati.


Khamis, 23 Februari 2017

SETIA ITU PERBUATAN ATAU PERASAAN ?




Setia,tips perhubungan,tips kesetiaan,kesetiaan siti sarah,lirik lagu kesetiaan,setia elizabath tan dan faizal tahir,lirik lagu setia hez hazmi,hati berbolak balik,kenapa hati berbolak balik,tips rumah tangga,cinta dan iman,tentang kesetiaan,maksud setia



Setia itu adalah perbuatan dan perasaan.

Setia itu akan ada bila kita terima baik buruk seseorang itu tanpa bandingkan dengan yang lain.Setia itu bukan bermakna setia dalam ungkapan 'sayang' sahaja,tapi setia itu bila kita sanggup berubah demi yang kita sayang.setia dalam baiki keadaan diri.Dari dulu perangai cepat marah tapi diubah kepada lebih penyabar.Konsep setia ini luas.persefahaman dan saling mempercayai juga penting dalam suatu hubungan itu.

Kita setia dalam berkata hal yang sama tapi adakah semua rasa itu akan kekal seperti kali pertama diungkapkan hal yang sama itu.??
kalau hati dan rasa itu masih sama,maka setia itu akan kekal.Mungkin akan tetap sama tapi akan ada satu masa itu,sudah tidak ada rasa seperti kali pertama diungkapkan.

Sebab manusia ini,hatinya bersifat berbolak balik.

Firman Allah swt :
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS Al-An’am: 110)

YAA MUQALLIBAL QULUUB,TSABBIT QALBII'ALAA DIINIKA WA'ALAA THOO'ATHIK.
Artinya;wahai yang membolak balik-balikkan hati,tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu

  
Hati berbolak balik ini bukan limited kepada perasaan cinta atau iman sahaja malah dalam kehidupan kita seharian pun ada berlaku. Apa perlu kau lakukan,fix your heart and everthing ok..Rasa juga kadang berbolak balik.Bila ada sesuatu yang kita tahu ditambah dengan perasa yang lain.Maka,adakah itu ujian atau permainan syaitan,Al haq yang jitu kita lupa,yang syaitan kita pegang dan mainkan segala.

Dan terpulang kepada kita bagaimana nak menghadapi situasi dan menilai sejauh mana kita kenal dan percayakan  seseorang itu.sejauh mana kita sayangkan seseorang itu.Even ditambah perasa dan ujian datang sekali pun,kita takkan percaya pada tokok tambah tersebut.sebab itu,cuma yang tulus sayangkan seseorang itu sahaja akan faham erti SETIA.



Isnin, 20 Februari 2017

TAHU TAK APA FUNGSI UNCANG TEH ?



Wahh banyak betul boleh buat dengan uncang teh ni ek!

Uncang teh yang dah dipakai rupanya ada fungsi dan manfaat berguna kalau korang nak tahu. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata , tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni


uncang teh .tea lipton,kelebihan uncang tea,tips kecantikkan,tips kecantikkan dari tea ,




1)Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh
 Ambil uncang teh terpakai korang letak dalam besen yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.



2) Menghilangkan Eye Bag
Korang rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur




3) Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
uncang teh yang sudah diguna boleh menghapuskan bau yang tidak senang dalam peti ais ? Ya, ambil sahaja beberapa uncang teh terpakai dan letak dalam peti sejuk.




4)Mengatasi masalah jerawat
gosok uncang teh pada muka anda dan biarkan seketika




5)Mencuci peralatan dapur
Ya, uncang Teh terpakai boleh menghilangkan kesan minyak yang melekat pada alatan di dapur. Cara seterusnya, jika bekas atau periuk dipenuhi dengan lemak, rendam sahaja dengan air panas dan letak beberapa teh uncang yang dah dipakai. Hasilnya, lemak dan kotoran degil akan hilang !




6) Baja tanaman

hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekaligus akan menyuburkan tanaman. Korang tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.




7) Menghilangkan Sunburn
Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.




Ahad, 19 Februari 2017

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN



resepi buttermilk chicken,buttermilk chicken,resepi sedap,cara membuat buttermilk chicken,buttermilk chicken rice , menu buttermilk chicken,blog resepi




Bahan-bahannya:



  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari (saya guna cap Alagapas)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
  • 6 biji cili api hijau
  • Minyak untuk goreng ayam

Cara masaknya :



  • Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak .Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  • Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  • Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  • Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..Tapi saya suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer.

selamat mencuba resepi buttermilk chicken

Jumaat, 17 Februari 2017

SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM



Dah lama agaknya CikYana undur diri untuk join segala segmen , contest , giveaway yang dianjurkan oleh blogger - blogger .. bukan sengaja undur diri ..cuma hanya kekangan masa ....so hari nieyh free CikYana join satu segemn yang simple nieh .. 

Segmen dari blogger NUR SYAHIRAH.. Segmen yang diberi nama SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM..

Syarat yang cukup simple ... segmen nieh berlangsung selama sebula , bermula 12 februari 2017 sehingga 12 march 2017 .. 

tak rugi kalau join segala segmen ni...dapat jugak meningkatkan followers blog .. dapat jugak kenal dengan blogger- blogger kan ..

so kalau teringin nak join korang boleh terjah sini SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM


SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM , SEGMEN DARI BLOGGER , TIPS TAMBAH FOLLOWERS BLOG , TIPS TAMBAH TRAFIK , TIPS MESRA SEO , CARA TINGKATKAN TRAFIK BLOG , CONTEST BLOG , SEGMEN  BULAN FEBRUARI , SEGMEN REVIEW BLOG





BILA HATI TERTAUT PADA SESEORANG






Bila hati bertaut pada seseorang,keikhlasan hati,hati tenang,tips dari hati,dari hati ke hati , lirik lagu dari hati ke hati,dari hati ke hati gamma1,kenapa hati berbolak-balik,doa untuk tenangkan hati,hati gelisah,doa hati tenang,cara mendidik hati,hati seorang perempuan,luahan hati seorang perempuan

 Bila dah jumpa seseorang yang kita berkenan ataupun kita suka . First kita kena take a note dalam diri mungkin dia jodoh kita, mungkin tidak ... Lalu kita tunggu dia seumur hidup kita..kita cuba sedaya upaya nak dapatkan hati dia tanpa sedikit pun niat mengunakan apa yang syirik .. Kita lindungi dia seperti seorang Ayah kepada anak perempuannya ..

Lalu akhirnya jodoh tiada antara kita , lalu kita kecewa tetapi waras masih ada di akal kita...

 Ingatlah disaat Allah s.w.t tahu kita sedangkan cintakan sesuatu lebih dari-Nya lalu dia timpakan sesuatu yang sulit dan sukar bagimu iaitu sebuah penantian dimana , Dia tahu kita akan segera mengingati diri-Nya .. 

Ingat juga , tiada istilah berpasangan yang bukan halal dalam istilah Islam maka halalkan hubungan dengan sebuah perkahwinan


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatikupadanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku padaseseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agartidak lalai aku merindukan syurga-Mu.Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnyabermunajat di sepertiga malam terakhirmu.Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, janganbiarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalananpanjang menyeru manusia kepada-Mu.Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakanaku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telahberhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa padataat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah yaAllah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilahjalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Muyang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kamidengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahanbertawakal di jalan-Mu.Amin.....


Khamis, 16 Februari 2017

CENDOL SEMPOI DI WARUNG ABANG MAT CURUT




CENDOL SEMPOI DI WARUNG ABANG MAT CURUT

Bagi pengemar-pengemar cendol yang menetap di utara semenanjung..tak kira laa penduduk negeri perlis mahupun negeri kedah .. meh sini CikYana share dengan uolls semua cendol memang superb lahh bagi tekak CikYana...

cendol,resepi cendol,cendol buah,cendol pulut,cendol laici ,pelbagai aneka resepi cendol,cendol menarik ,makanan menarik di kedah ,cendol viral di kedah ,warung abang mat curut,cendol abang mat curut ,alor setar,cendol alor setar,gambar cendol,cendol hipster,




Ok laaa disebabkan ramai dok tanya kedai ni tang mana meh nak habaq kat ampa. Kedai cendoi sedap ni kat Warung Abg Mat Curut (2) Kg Berjaya Jalan Putra sebelah pejabat pos, bertentang dengan Persatuan Kang Har Tong Aloq Setaq . 


cendol,resepi cendol,cendol buah,cendol pulut,cendol laici ,pelbagai aneka resepi cendol,cendol menarik ,makanan menarik di kedah ,cendol viral di kedah ,warung abang mat curut,cendol abang mat curut ,alor setar,cendol alor setar,gambar cendol,cendol hipster,



Sedap ka dak? Tobat sedap! Macam2 cendoi ada. Hat ni cendoi buah. RM4.50 ja..murahnyaaa...opsss !!! Janyan salah sangka ya... bukan 4 mangkuk cendul nieyh berharga rm4.50 ...no ! .. no !! ... satu mangkuk cendol berharga RM4.50 -RM5.00 ..hahhh ..murah bukan ? ..berpatutan dengan cendol-cendol bersama ingrediants  yang ada dalam cendol tue .. panas-panas..layan cendol sempoii nieyh ..sejuk tekak ..

Cendol sempoi kat warung abang mat curut nieyh Bukak Ahad sampai Jumaat, 10 pagi sampai 10 malam.  ..so uollss yang teringin nk merasai cendol sempoii nieyh elakkan pergi pada hari sabtu ok .. sebab sabtu warung nie bercuti ..

So uolls pengunjung-pengunjung dari negeri lain ..yang sedang travel ke utara semenanjung tak salah singgah sini untuk rasa cendol sempoii ..

Cendol sempoii warung abang mat curut !Kampung berjaya jalan putra alor setar kedahLandmark bersebelahan pejabat pos  & bertentang Persatuan  kang Har Tong Alor Setar Masa beroperasi : Ahad-Jumaat (sabtu cuti ) 10pagi-10malam ..

Rabu, 8 Februari 2017

TARIKH PENTING SESI AKADEMIK 2017/2018






 Tarikh-Tarikh Penting Sesi Akademik 2017/2018 



Tarikh penting sesi akademik 2017,tarikh penting sesi akademik 2018,permohonan upu tahun 2017,permohonan upu tahun 2018,permohonan upu secara online,online upu ,borang permohonan upu 2017,tarikh permohonan upu sesi 2017,tarikh permohonan upu sesi tahun 2018

👉🏼 06 February
Permohonan UPUOnline dan Jualan unik ID BSN DIBUKA


👉🏼 30 March
🌴 Jualan unik ID BSN DITUTUP


 👉🏼 31 March  
🌴 Permohonan UPUOnline DITUTUP


👉🏼09 Apr ~ 15 Apr
🌴 Semakan Panggilan Temuduga Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier


👉🏼 21 May ~ 27 May 
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier


 👉🏼 21 May ~ 27 May 
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA


👉🏼 21 May ~ 27 May
🌴 Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


👉🏼 28 May ~ 31 May
🌴 Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


👉🏼 11 Jun ~ 17 Jun
🌴 Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf


👉🏼 28 May ~ 31 May 
🌴 Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf


 👉🏼18 Jun ~ 24 Jun  
🌴 Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


 👉🏼 12 June
🌴 Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA


 👉🏼 22 June  
🌴 Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP


 👉🏼 06 Aug ~ 12 Aug
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf


👉🏼 06 Aug ~ 12 Aug 
🌴 Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf


👉🏼 13 Aug ~ 19 Aug 
🌴 Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf


 👉🏼 27 Aug ~ 31 Aug 
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf


👉🏼 17 Sep ~ 23 Sep
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf


Jumaat, 3 Februari 2017

HIDUP KITA IBARAT PINGGAN




Hidup kita ibarat pinggan..Andaikan 3 individu berbeza meminjam  sebiji pinggan daripada kita..

Selang beberapa tempoh masa,

individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan  bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus  meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya..


Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..  Pinggan tersebut tempatnya adalah di sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian  barulah ianya diletakkan di tempat yg  sepatutnya..


Individu ketiga pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada  nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..


Begitulah  jua halnya dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam  keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan  terus meletakkan kita di tempat dimana kita berasal, yang baik dan tempat yang  selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..


Namun jika Kita  kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan  ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum  memasukkan Kita ke dalam syurga..


Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak  dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan  teragak2 untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang  hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai  lagi..



Rabu, 1 Februari 2017

TIPS NAK KULIT MUKA PUTIH GEBU



Nak Kulit Muka Putih Gebu Gebas? Pakai Satu Bahan Ni Jer, Memang Berkesan uolss...

Bahan apa yang berkesan sangat tue ? ..hah tak perlu ke sephora,guardian,watson and etc ...korang kena ingat nak cantik tak perlu laburkan duit beribu riban ...sesetengah kosmetik tak semua sesuai dan selamat untuk kulit muka kita..kadang kita pun tak tahu menahu bahan apa yang diletakkan dalam kosmetik yang kita pakai tue kan..ada kosmetik yang kita pilih  selamat dan bebas tanpa mekuari ..kira okeyh la..

Tips yang CikYana nak share dengan korang semua ..sama ada korang dah tahu or tak tahu CikYana tetap nak share jugak ..heheh.. tips yang murah semurahnya..korang just masuk dapur cari je tepung beras .. tak pun jenguk-jenguk je tepung beras kat kedai tue ...tapi jangan jenguk-jenguk je..beli tau ..

sebenarnya tepung beras nie bukan saja boleh dibuat kuih-muih ..sebenarnya banyak kebaikan dan manfaat yang kita tak tahu ..Salah satu contoh, tepung beras boleh buat kulit muka jadi putih malah gebu! ..flawless gitu uolls...dengan harga yang murah..tepung beras bebas kimia  ,bebas mekuari..dan dijamin selamat digunakan...

Meh sini CikYana share cara masker tepung beras..

Tips nak kulit muka putih gebu,tips kecantikkan,tips kulit muka flawless,tips muka putih gebu,tips kulit muka licin,kecantikkan muka,cara penjagaan kulit muka,bahan bebas mekuari ,bahan bebas kimia,masker muka,tips membuat masker muka,tips masker ,cara membuat masker muka,masker muka dari tepung beras,tepung beras,kosmetik bebas bahan kimia,masker dari tepung beras,tips kecantikkan murah,masker murah,


1)Ambil satu sudu tepung beras dan letak dalam mangkuk

2) Campurkan sedikit air dan bagi nampak pekat. Nak campur dengan serbuk kunyit pun boleh tau,bukan sahaja kunyit, nak campur dengan madu, yogurt, putih telur ,serbuk kayu manis pun boleh.  Tapi, kalau korang nak pakai harian, tak perlu campur apa- apa bahan pun okay.

3) Ambil  acuan tepung beras dan sapu pada muka. Buat macam korang pakai masker . Biar hingga kering dan basuh, ataupun korang boleh pakai sampai keesokan hari...

4)Amalkan setiap hari kalau nak lihat keberkesanannya. Yang pasti, kulit muka akan jadi lebih lembut dan cerah tau!..

Haaa mudah kan?? Korang tak perlu berbelanja lebih pun nak cantik ni. Selamat mencuba okay!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...