MANUSIA LUPA DENGAN KESENANGAN



MANUSIA MUDAH LUPA DENGAN KESENANGAN DAN KEINDAHAN YANG DIBERIKAN.







Manusia mudah lupa. Kesenangan dan keindahan yang dimiliki sering membuatkan kita lupa bagaimana untuk mensyukurinya. Kita mudah mengabaikan dan kadang kala menidakkan apa yang sebenarnya telah menjadi milik kita. Kita tak peduli kita tak hairan kita tak kisah akan kehilangan waktu itu. Semua ni terjadi sebab kita berasa dah TERLALU SELESA dengan kesenangan yang dimiliki. Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mau pun kelebihan, seharusnya kita perlu bersyukur.



Tapi, macam mana pulak kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Tepuk dada, tanya iman?
Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu jugak sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tak sempurna. Ingat kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri.



Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah penghalang untuk kita berjaya dan lemah semangat sebab suatu hari nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?



Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanNya. Kebaikan mahupun keburukan.

:)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Betul tu.. kita kena juga sentiasa bersyukur atas kelebihan dan kekurangan kita.. setiap kejadian tu ada hikmahnya :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. setiap hari yg kita lalui jadika yg terbaik dan yang paling penting bersyukur dengan apa yg ada di sekeliling kita

    BalasPadam
  3. Betul.... Yg penting kena selalu bersyukur...baru hati sentiasa tenang

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan