Isnin, 19 Oktober 2015

KENALI BAHASA ARNAB



Bahasa arnab,cara penjagaan arnab,




  • Mengerik  gigi yang lembut – Bermakna arnab anda HAppy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.
  • Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy
  • Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar
  • Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja
  • menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
  • Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.
  • Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian
  • Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira
  • Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda
  • mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex
  • makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien
  •  menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu
  • berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.
  • menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda,  atau melompat keatas riba – minta perhatian
  • cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda
  • jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya
  • Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)
  • Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat
  • arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya
  • Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang  jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia  untuk megawan
  • Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera
  • Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.
  • Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.
  • Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit
  • terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan)  atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian
  • perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    NEWS !